Manusia Sempurna

28 4 0
                                    

Semalam kami berbual panjang.
Pertemuan tiga sahabat. Bekas rakan sekolah tetapi masing-masing memilih bidang yang berbeza. Aku berbeza dengan mereka. Lain cabang sejak dari zaman sekolah.
Sepatutnya kami berempat. Tapi salah seorang dari kami sibuk mengurus ahli baru. Seorang bayi lelaki yang comel. Bermula dari cerita yang santai. Ex-boyfriend masing-masing. Dan akhirnya kini, masing-masing 'bersama' dengan yang lain. Tidak ada cerita yang menyedihkan. Yang ada cuma gelak ketawa mengenang zaman remaja yang culas. Culas dan naif.

Sesekali aku menegur sahabatku yang duduk di sebelahku. Tersenyum menekan skrin telefon yang tidak berbutang. "Tengok kat depan. Ada orang merajuk". Aku bisik di telinganya. Mana tidak merajuknya, kawan jauh-jauh datang jumpa. Tapi budak sebelah ni sibuk dengan telefon. Okey, untuk memujuk, aku bagi cadangan, "semua letak telefon di tepi".

Kali ini kami cuba tidak menjadi orang yang tergolong dalam golongan anti-sosial. Berbual pada topik yang lebih dewasa. Cuba berbual dengan bertentang mata. Dan ayat pada skrin telefon budak sebelah tadi buat aku tersenyum. "Dr tu berlagak". Aku cuma mampu ber'haha.

Okey fokus ke depan. Kami bercerita tentang anak. Oleh sebab salah seorang daripada kami dah ada anak, maka sahabat yang dah kawin lebih lama daripada dia terasa sedikit terbeban mengenai hal ini. Okey, aku namakan sahabat yang baru bersalin itu sebagai Oli, sahabat di hadapan aku tu adalah Ami dan di sebelah aku adalah loy. Boleh bayang kedudukan watak?.

Ami lebih dulu berkahwin di antara kami berempat. Tapi mungkin belum ada rezeki, jadi belum dikurniakan rezeki zuriat. Selepas Ami, Oli menyusul dan alhamdulillah, di usia perkahwinan satu tahun, dia sudah mempunyai seorang hero kecil yang sangat comel. Ami tak perna cemburu. Dia tak perna merancang soal anak, walaupun kita semua tahu, apa lagi yang kita harapkan dari sebuah perkahwinan selain cinta melainkan zuriat. Tadi aku kata dia terbeban dengan hal ini. Ya, terbeban akibat mulut-mulut manusia yang sempurna. Syukurlah,  'mereka' selaku manusia sempurna telah menjadi manusia yang tertib hidupnya. Menghabiskan sekolah di usia 17 tahun, dapat ijazah di usia 22 tahun. Berkahwin di usia 23 tahun, dapat anak di usia 24 tahun dan memiliki rumah sendiri di usia 25 tahun. Itu mungkin mereka. Sempurna.

Tapi tidak semua orang ada jalan masa begitu. Mungkin dia berkahwin di usia 20 tahun tapi dapat anak di usia 30 tahun. Mungkin dapat beli rumah sendiri di usia 21 tahun tapi masih belum sambung belajar atau dia kurang bijak jadi tidak ada rezeki sambung sampai PHD. Atau mungkin dia dah ada anak, tapi belum nikah (itu kau faham sendiri).
Itu lah qada dan qadar. Se'qadar' mana jalan hidup yang di qadakan pada kita.

Berbalik kepada tadi. Ami terbeban. Terbeban sebab mulut orang yang sempurna. Ami langsung tidak menyemburui Oli kerana jalan hidup yang agak tersusun. Hampir sempurna. Tapi sempurna pada itu sahaja. Oli baru kehilangan ayahnya. Beberapa hari sebelum anaknya lahir ke dunia. Dia merintih. "Kenapa Allah tarik ayahku terlalu cepat. Sampaikan tidak sempat melihat anak aku lahir". Aku cuma mampu tersenyum dengan rintihannya. Bukan apa, aku mengenang nasib sendiri. Sekurang-kurangnya, ayahmu sempat mewalikan engkau. Sempat melihat perutmu membesar. Sempat memenuhi rasa tekak mengidammu. Tapi aku, aku tidak akan perna sempat merasa saat itu bersama ayahku. Dan aku cuma berkata, sabarlah.. Doakan yang baik-baik.  Mungkin hati dia masih bersedih dengan kehilangan yang baru dan aku pula sudah terbiasa tanpa Ayah.

Tidak ada manusia yang jalan hidupnya sempurna.

Ami masih bercerita tentang zuriat. Tentang kata-kata daripada manusia yang sempurna. Aku masih menerawang dengan fikiran sendiri. Sambil melihat loy di sebelah yang ralit dengan telefonnya. Aku dan dia masih 'bujang'. Tapi kami bahagia begini. 'Begini' yang hanya di fahami oleh kami. Kami belum puas berbual. Tapi, 'majlis reunion' kecil ini perlu di suraikan sebab besoknya aku akan bekerja pagi. Ami menggelarkan ku sebagai orang yang sentiasa sibuk. Haha. Siap tanya jadual kerja aku, bila masa aku 'free' lagi, sebab dia cuma ada masa kurang lebih dua minggu di sini.  Tapi masalahnya, masa aku sentiasa berbayar. Hahaha.. Ok cuma bercanda.

Sebenarnya nak bahagia ni senang je, bersyukur dengan apa yang kita ada dan tak payah dengar kata-kata manusia yang suka menjatuhkan. Tapi yang susahnya adalah, bukan senang kita nak bersyukur sebab kita mengabaikan apa yang kita ada dan kita sibuk mencari apa yang kita tidak punya. Yang paling jelas, telinga kita tak dapat tapis suara-suara manusia sempurna. Telinga kita serap, terus tersimpan dalam hati. Sampai hati jadi bengkak.

Jaga-jaga dalam berbicara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2018 Sekadar BicaraWhere stories live. Discover now