Dr. Doktor Kecik

34 4 0
                                    

Repost

Surat terbuka untuk masyarakat.

Ke hadapan saudara saudari yg masih tidak memahami sistem kesihatan di Malaysia. Saya ingin menerangkan sekali lagi tentang sistem kesihatan dan perawatan di Malaysia.

Perkara yg anda semua perlu faham !
1. Unit kecemasan di klinik kesihatan tidak berfungsi 24 jam, tidak seperti jabatan kecemasan di hospital yang berfungsi 24 jam. Waktu operasi mengikut waktu bekerja 8.00 pagi - 5.00 petang ( extend hour sehingga 10.00malam jika ada sahaja ). Selepas tamat waktu bekerja, klinik kesihatan beroperasi secara pasif yang mana staff-staff ( Doktor, MA, SN, Dll ) bersedia atas panggilan sahaja. Mereka tentunya berada di rumah dan bukannya berada di klinik pada waktu malam.
2. Jika ada kes-kes kecemasan, mereka akan dipanggil melalui panggil telefon yang ada tertulis ( dipamerkan ) di klinik tersebut. Mereka juga tentunya perlukan masa untuk bersiap untuk datang bekerja, mana tahu masa itu mereka sedang makan, solat, berehat bersama keluarga dan lain-lain. Logiklah mereka ambil masa dalam tempoh sejam untuk sampai. Lainlah jika anda ke jabatan kecemasan di hospital sebab ia beroperasi secara 24 jam dan staff sentiasa ada.
3. Jika isteri atau ahli keluarga anda ada tanda-tanda nak bersalin, sila bawa ia ke labour room  ( dewan / bilik bersalin ) di hospital atau buat panggilan ambulan jika anda tiada kenderaan dengan kadar segera, bukannya anda bawa ke unit kecemasan klinik kesihatan. ( Unit kecemasan bukan tempat untuk beranak )
4. Segala aduan perlu dilakukan dengan cara yg betul, setiap premis kesihatan kerajaan Malaysia menyediakan kotak-kotak aduan orang awam bagi tujuan penambahbaikan. Bukannya dengan cara-cara memburuk-burukkan staff atau memfitnah kami pegawai kesihatan dengan menviralkan di media sosial khususnya di facebook sedangkan anda sendiri tidak mengerti apa NIAT ANDA SEBENARNYA ?
5. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas anda jika anda melakukan seperti berikut :-

A) Pengambilan gambar dalam premis hospital / klinik dan penyalahgunaan gambar petugas juga membolehkan tindakan undang-undang diambil bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
B) Mengambil gambar dalam premis hospital / klinik termasuk petugas kemudian menyebar fitnah atau maklumat palsu ke media sosial ( facebook, twitter dan sebagainya ) juga boleh didakwa Seksyen 233, 241 Akta Komunikasi dan Multemedia.
C) Perbuatan memfitnah atau memburukkan petugas hospital / klinik boleh disabitkan dibawah Kanun Jenayah seksyen 499 , 500 , 505.
D) Perbuatan atau kata-kata yg berniat ugutan kepada petugas hospital / klinik boleh didakwa dibawah seksyen 506 kanun keseksaan.
E) Perbuatan menghalang, menghina, menganggu, menfitnah penjawat awam menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 156 kanun keseksaan.
( Perkara A - E akan ditentukan oleh pendakwaraya )

6. Mohon gunakan perkhidmatan kami secara berhikmah dan sila jaga kesihatan anda dan ahli keluarga anda.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca.
" Kami berhak dihormati "

Yang benar,
Doktor Kecik.
( Pembayar cukai kerajaan Malaysia )

2018 Sekadar BicaraWhere stories live. Discover now