Selamat Tinggal Awak

19 1 0
                                    

Seminggu pun berlalu.  Harini tibalah masa Aida untuk pergi mencari ilmu di negara orang.  Niat sebenarnya, untuk pergi terus dari hidup si Haiqal.

"Mana Haiqal ni Aishah?  Kata nak ikut tengok Aida di lapangan terbang."

"Entahlah Fahid.  Mungkin dia ada hal kot."

"Mana si Haiqal ni.  Mesti dia ni sibuk dengan girlfriend dia." Ujar hati kecil Aida.

Walaupun dia sudah cuba untuk melupakan Haiqal, namun hati kecilnya masih berharap akan kemunculan Haiqal buat kali yang terakhir.

Betullah kata orang, cinta pertama ni memang tak dapat dilupakan walaupun kita dah cuba untuk move on.  Ini kerana orang yang kita cinta buat kali pertama ni ada tersimpan jauh di dalam sebuah sudut iaitu sudut hati kita.

Akhirnya, Aida pergi tanpa bertemu dengan Haiqal.  Dia cuba untuk menahan tangisannya kerana hatinya berat sekali untuk meninggalkan Aishah, Fahid dan terutama sekali Haiqal.

Beberapa minit kemudian Haiqal telah tiba di lapangan.

"Awak terlambatlah Haiqal.  Aida dah berlepas dah pun."

"Huh!  Dah berlepas.  Maaflah tadi traffic jam."

"Takpalah.  Nah!  Dia ada beri surat untuk awak."

"Surat apa ni?"

"Entah, Aida yang beri.  Dia kata tolong sampaikan kepada Haiqal."

Haiqal terpaku.  Dia tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan yang ada di dalam sampul surat tersebut.

"Jomlah kita balik Haiqal."

Haiqal meninggalkan lapangan terbang dengan hati yang berat.  Dia amat berharap yang dia dapat bertemu dengan Aida buat kali terakhir.

Suatu PernantianWhere stories live. Discover now