Surat Buat Awak

10 3 0
                                    

Setelah tiba di rumah, Haiqal membaca surat daripada Aida.  Dia tidak sabar untuk mengetahui apa yang tertulis dalam surat itu.

Haiqal,

Hai, awak.  Saya nak minta maaf atas semua perangai buruk saya selama ini.  Sebenarnya awak tak bersalah.  Saya yang bersalah.  Saya tahu saya tak patut layan awak macam tu.  Sebenarnya saya buat awak macam tu disebabkan oleh semua ego yang dah lama saya pendam di hati selama ini.  Saya harap awak faham apa yang saya nak beritahu ini.  Saya harap suatu hari nanti awak dapat jodoh yang baik.  Setakat ini saja, harap awak dapat maafkan saya.

Aida.

"Memang betul apa yang saya jangka selama ini.  Aida memang ada menaruh perasaan terhadap saya.  Kenapa dari dulu lagi saya tak perasan.  Kenapa baru sekarang dia nak beritahu saya.  Saya rasa sangat bersalah kerana sudah menyakiti hati Aida.  Sebenarnya saya pun lama sudah menaruh perasaan terhadap dia tetapi saya takut dia akan menolak cinta saya sebab dia menganggap saya sebagai kawan."

Haiqal berasa amat bersalah terhadap Aida.  Selama ini Haiqal berharap Aida dapat menceriakan setiap harinya dan dapat mengubati hatinya yang duka akibat si Aqilah, cinta pertamanya.

Haiqal cuba untuk menelefon Aida tetapi tidak diangkat oleh Aida.  Haiqal berasa pasrah.  Dia berjanji bahawa dia akan menuntut cintanya daripada Aida suatu hari nanti.

Suatu PernantianWhere stories live. Discover now