Task 5 : Epilog

47 5 2
                                    

"Wan Er, lepaskan Shen Yue!"

"Hahaha hero dah datang! Aku tahu kau boleh bunuh aku tapi... kalau aku mati, Shen Yue pun mati jugak!"

"Apa kau nak?"

"Aku dah tukar fikiran. Bunuh Shen Yue tak dapat apa-apa. Tapi, bunuh kau, aku dapat kuasa kau. Kau masuk dalam bilik tu dan tunggu malaikat maut jemput kau!"

Yi Tian memandang sebuah bilik yang diperbuat dari besi. 'Maafkan aku. Aku tak boleh ada kat sisi kau lagi.'

"Kau ni kelakarlah! Hahaha kau baru je pulih dari cedera parah tapi kau sanggup mati disebabkan perempuan bodoh tu? Kau ada banyak masa, ada banyak harta, kau boleh dapat macam-macam jenis perempuan."

"Kau salah. Duit... masa... walaupun aku boleh dapat banyak mana perempuan sekalipun, diorang tak akan sama macam Shen Yue."

Yi Tian berjalan menuju bilik itu. Dia melihat bayangan Shen Yue di depan bilik itu. Dia tersenyum. 'Aku tak pernah menyesal jumpa kau.'

Yi Tian baring di atas katil di dalam bilik itu.  Pintu bilik terus tertutup rapat. Badannya mula berasa sejuk. Bilik itu bilik sejuk beku.

Wan Er mengetahui kelemahan pari-pari. Mereka tidak boleh terdedah dengan suasana sejuk. Kesejukan akan membekukan seluruh tubuh lalu mereka akan mati secara perlahan-lahan.

................................

Skrin yang berada di siling tiba-tiba dihidupkan. Shen Yue dapat melihat dengan jelas paparan yang dipertunjukkan. Yi Tian! Yi Tian sanggup berkorban untuk dirinya.

"Yi Tian! Jangan! Yi Tian, bangun!" Shen Yue meronta-ronta untuk melepaskan diri. Semakin kuat dia mencuba, semakin ketat ikatan di badannya.

Air mata Shen Yue mula mengalir. 'Aku taknak hilang kau!' Dia mengumpul kekuatan. Kali ini, dia meronta lebih kuat lagi. Ikatan di badannya dan leher semakin kuat sehinggakan Shen Yue berasa sesak. 

"Yi Tian... Yi Tian...." Shen Yue terkulai lemah.

................................

"Yi Tian... bangun... bangunlah... jangan tidur!" Lirih nada Shen Yue sambil mengusap wajah Yi Tian yang sudah sejuk membeku. Dia menggeletar saat mencapai tangan Yi Tian dan memeriksa nadi lelaki itu. Tangisannya pecah. Nadi kekasih hatinya tidak lagi berdenyut untuk kekal hidup.

"Darah... darah aku!" Shen Yue terlihat serpihan kaca di atas lantai. Dia mengambil kaca itu lantas menghiris pergelangan tangannya sehingga mengeluarkan darah. Darahnya dititiskan ke dalam mulut Yi Tian.

"Yi Tian... telanlah... telan!" Shen Yue menahan sakit pedihnya luka pada tangannya. "Aku merayu... telanlah macam hari tu... kau boleh pulih sebab darah aku... bangunlah! Kau datang sini nak selamatkan akukan? Siapa yang nak bawak aku pergi dari sini..."

Semakin lama darah Shen Yue semakin berkurangan. Dia tak dapat bertahan lalu tidak sedarkan diri. 'Biar kita sama-sama mati, mungkin kita boleh hidup bersama kat alam lain.'

Wan Er berdekah mengetawakan dua insan yang dianggap bodoh di hadapannya. "Aku memang bijak. Bunuh seorang dapat free seorang hahaha. Masuk jugak perangkap aku ye, Shen Yue! Wah ada kacalah kat lantai... ingat ni drama? Of course, aku yang sediakan untuk mempercepat kematian kau. Darah kau ada limit bukan sukahati boleh guna! Dendam aku dah terbalas!"

"Yi Tian! Yi Tian!" Shen Yue tersedar dari mimpinya yang panjang.

"Anak mak dah sedar!" Qing Suo memeluk Shen Yue erat. Hao Ming tersenyum lega. Anaknya selamat.

"Mak... mana Yi Tian?"

Qing Suo dan Hao Ming saling memandang. "Yi Tian dah pergi."

...................................

Tiga bulan kemudian,

"Woi! Kau kat mana? Aku penat tau tak tunggu kau! Aku dahlah baru lepas habis kerja!" Lantang suara Shen Yue memarahi kawannya, Wendy.

"Kau tunggu je kat taman tu. Kejap lagi aku sampai!"

"Aku bakar rumah kau kalau kau tak datang." Shen Yue menamatkan panggilan dengan perasaan geram.

Dia berjalan-jalan di kawasan taman bunga yang kecil. Tiba-tiba langkahnya mati. Dia terkedu melihat pasangan yang berada di hadapannya. Air mata mula jatuh membasahi pipi.

"Yi... Tian." Bergetar suara Shen Yue melihat lelaki yang dia tunggu untuk kembali di sisinya berpegangan tangan dengan perempuan lain.

Shen Yue terus berpaling dari Yi Tian. Dia mahu pergi dari situ. "Shen Yue... awak nak pergi mana? Awak tak rindu dengan saya?"

"Hiks... awak... awak nak apa lagi! Awak jaga jela kekasih baru awak. Tahniah dan selamat tinggal."

"Kekasih? Ni adik sayalah, Shu Qi." Yi Tian tersenyum kecil.

Shen Yue terus kembali memandang Yi Tian. "Mak cakap awak dah pergi."

"Memang saya dah pergi... pergi dari dunia saya dan masuk ke dunia awak."

"Awak jahat! Awak tinggalkan saya tiga bulan!" Semakin galak air mata Shen Yue mengalir keluar.

"Saya takut awak tak terima saya lagi... awak bagi saya masa tiga bulan! Tiga bulan untuk ganti masa yang saya dah sia-siakan, saya akan pikat awak balik!"

Shen Yue berlari memeluk Yi Tian. "Tak payah... saya terima awak balik."

"Eiii tak mencabar langsung! Nampak sangat awak betul-betul sayang saya."

Shen Yue mencubit lengan Yi Tian. Yi Tian menggosok lembut kepala buah hatinya. Mereka berdua ketawa gembira.

Done, TunIndah 😄

G2C - Give , Guide To Challenge Where stories live. Discover now