Zodiak - Pisces 😉
"Memandangkan cikgu anjurkan perkhemahan kat Kem Kaizen ni untuk cungkil bakat dalam bidang kesusasteraan jadi sekarang, kau orang cipta satu sajak tentang tempat ni." kata Cikgu Suhana.
"Hah? Dahlah saya tak pandai buat sajak."
"Susahlah cikgu, kita baru je duduk tak sampai sejam kat sini dah kena buat sajak pasal tempat ni?"
Qaira mendengar sahaja rungutan pelajar-pelajar sekolahnya sambil tersenyum. Matanya mula ligat meneroka keindahan di kawasan sekeliling untuk mencari idea. Tangannya mula bergerak menulis apa yang difikirkan.
"Fuh, cepatnya kau dapat idea! Tak disangkal lagi, kau memang pisces hehehe." ujar Fariysa. Kemudian, dia mengeluh. 'Kenapa aku kat sini!'
"Pisces? Apa kaitan dengan pisces?" tanya Ayreen.
"Orang yang berzodiak pisces ialah orang yang kreatif dan berimaginasi tinggi. Jiwa Qaira memang sesuai dengan bidang ni."
"Aku pun boleh buatlah walaupun bukan pisces." Sela Ayreen dengan bibirnya yang mencebik tidak puas hati.
"Dee, aku nak pergi tandaslah. Teman aku!" Hanis berkata sambil menarik tangan Diyana.
"Alaaa, kau pergi jela. Ni siang hari bukan ada apa pun!" sindir Diyana. Dia sedang tekun mencari idea.
"Dah siap ke belum? Saya bagi masa lagi sepuluh minit! Siapa yang tak siap, saya denda!" Lantang suara Cikgu Aisyah memberi peringatan.
"Haa dengar tu! Aku taknak kena denda! Kau ajaklah sesiapa..., si Qaira tu ke?"
"Kenapa Qaira?"
"Qaira tu baik, dia mesti kesian kat kaulah walaupun dia sendiri tak siap lagi."
Hanis bangun lalu langkah diatur menuju ke arah Qaira yang sedang sibuk menulis sajaknya.
"Qaira, teman aku pergi tandas! Aku takut nak pergi seorang diri."
"Kejap eh, lagi sikit je nak siap."
"Alaaa, aku betul-betul dah tak tahan ni. Tolonglah aku weh, kali ni je!" Hanis menyusun ayat sehabis baik.
Qaira menatap wajah Hanis yang sedang terdesak di sebelahnya. Hatinya berasa kasihan melihat Hanis walaupun sajaknya tidak siap sepenuhnya.
"Okey, aku teman kau!"
"Terima kasih weh! Sayang kau ketat-ketat!" balas Hanis sambil menarik tangan Qaira mengikutinya.
......................................
"Qaira! Awak dari mana?"
"Tandas." Qaira terus tunduk memandang lantai apabila matanya bertembung dengan wajah tegang Cikgu Aisyah.
"Sajak tak siap, ada hati pergi tandas! Teruk pulak tu! Budak tadika tulis pun lagi okey!" sinis nada suara Cikgu Aisyah berkata.
"Hah? Tadi Cikgu Suhana suruh tulis lima rangkap tapi saya tak siapkan rangkap ketujuh je."
"Tujuh? Wah muka awak betul-betul tebal eh? Apa tujuhnya? Tengok ni! Dua rangkap pun tak sampai!" marah Cikgu Aisyah. Dia mencampak kertas itu ke lantai.
Qaira memungut kertas itu. 'Eh, ni bukan sajak aku! Ni bukannya tulisan Ayreen ke?'
Dia terus memandang Ayreen. Ayreen tika itu sedang tunduk ke bawah sambil bibirnya terukir senyuman puas.Qaira dapat merasakan Ayreen yang menukar kertasnya kerana pisces boleh mengagak pemikiran seseorang dan dapat mengesyaki jika ada yang menipunya.
YOU ARE READING
G2C - Give , Guide To Challenge
De TodoInilah usaha saya untuk menjadi yang lebih baik ~ Nak baca ? Jom jom ... 😊😉😆😄