Buaya Boleh Makan Tak?

89 15 10
                                    

Ikuti perbualan antara seorang guru dengan 3 orang muridnya.

Suatu hari seorg ustaz bertanyakan satu soalan kepada tiga orang pelajarnya, "Buaya boleh makan tak?" "Tidak boleh!" jawab pelajar pertama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suatu hari seorg ustaz bertanyakan satu soalan kepada tiga orang pelajarnya, "Buaya boleh makan tak?"
"Tidak boleh!" jawab pelajar pertama.
"Boleh!" kata yang kedua.

"Apa hujah kamu berdua?"

"Tidak boleh kerana ada hadis Nabi melarang memakan daging binatang pemangsa yg memburu dengan taringnya (Riwayat al-Bukhari). Buaya antara binatang tersebut. Demikian pendapat mazhab Syafi'i dan lain-lain." Pelajar pertama berhujah.

"Boleh, kerana terdapat hadis Nabi: 'Airnya suci lagi menyucikan manakala bangkai binatangnya halal dimakan.(Riwayat al-Tirmizi). Buaya termasuk binatang di air. Demikian mazhab Maliki dan lain-lain," Hujah pelajar kedua penuh yakin.

Tiba-tiba pelajar ketiga bersuara, "Tentulah buaya boleh makan. Kalau tidak boleh makan, mati kebuluranlah buaya! Ustaz bkn bertanya; buaya boleh dimakan atau tidak."

🐑🐑🐑

Pengajaran:
Lain sudut berfikir lain pula pandangan yang diberi. Demikian lumrah manusia yang diciptakan Allah dengan tahap intelektual dan pengalaman yang beragam. Maka uruskan perbezaan pendapat dengan memahami sudut pandang pihak berlainan terlebih dahulu.
😉

🐑🐑🐑

Illustration by @teenytoon
160318

TEENY TOONWhere stories live. Discover now