Ep 12

149 9 0
                                    

"Oppa nak Dahyun hantarkan ke rumah or nak pergi klinik dulu?"
tanya Dahyun yang sedang memandu itu kepada Baekhyun.

"Kita pergi farmasi jelah.Nak beli ubat luka.Nanti risau pulak dorang EXO tu kalau oppa balik dengan keadaan macam ni.Kalau pergi klinik nanti,takut terserempak dengan fans tu lagi bahaya."

"Ok👌Pemandumu ini sedia menurut perintah."
Dahyun pun memandu ke farmasi.

###

"Kau rasa apa jadi tadi?Sampai berdarah-darah macam tu sekali?Aku cuma harap yang dia tak gaduh dengan sesiapa.Dahlah solo mixtape dia baru keluar,macam mana dia nak hadap kalau media tahu yang dia bergaduh dengan orang sampai berdarah."
kata Rapmon kepada Jimin.Mereka berdua sedang menonton tv di ruang tamu. J-Hope dan V ada dalam bilik lepas lari sebab  takut tengok tangan Suga yang berdarah tadi.Jin dan JK pula sedang memasak di dapur.Maklumlah,tak lama lagi masa untuk makan malam.Suga dari tadi ada dalam bilik.

"Entahlah,hyung.Aku rasa takde yang serius kot.Biasalah Yoongi hyung tu kan memang jenis yang baran sikit."
balas Jimin pula.

###

"Ni biar saya yang rawat luka oppa tu."
kata Dahyun.Pembalut luka yang baru dibeli tadi,Dahyun ambil dan letakkan di bahagian siku Baekhyun yang terluka.Baekhyun sempat berkhayal seketika semasa Dahyun membalut lukanya.

"Kenapa dari tadi oppa tengok saya macam tu?"
kata Dahyun.Matanya masih tak lari dari siku Baekhyun walaupun dia bercakap dengan lelaki itu.

"Ha?Mana ada?"
Baekhyun cuba menafikan kata-kata Dahyun.Sedangkan dari tadi dia asyik memerhatikan Dahyun.

"Ok,dah siap.So,saya hantar oppa balik ye sekarang."
Tadi mereka berhenti di tepi jalan selepas membeli ubat luka di farmasi.

"Tapi,macam mana awak nak balik kalau awak hantar saya balik?"
tanya Baekhyun.Risau pula dia tentang Dahyun yang terpaksa pulang sendirian nanti.

"Takpe.Lagipun lepas ni saya nak jumpa Suga.Saya naik teksi je.Oppa pun masih cedera.Takkanlah saya nak suruh oppa drive sendiri balik rumah."
Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Dahyun.

###

Sudah tiba waktu makan malam.Jin membawa makanan yang telah siap dimasak ke meja makan.Jungkook juga ada bersama bagi menolong hyungnya itu.

"Kookie,kau pergi panggil budak-budak tu makan.Biar aku je yang bawa makanan ni."
kata Jin kepada Jungkook.Jungkook pun berlalu untuk memanggil hyungnya yang lain makan.

"Rapmon hyung,Jimin hyung jom makan."
Rapmon dan Jimin yang sedang asyik menonton tv itu terus bangun dan menuju ke meja makan.Jungkook naik ke tingkat atas.Dia menuju ke bilik JHope dulu.

"Tok!Tok!"
Pintu bilik diketuk.V muncul dan membuka pintu.

"Kookie.Nape?"
Jungkook terus masuk ke dalam bilik.Laptop V dan Jhope masih bercahaya.
"Dari tadi hyung main game ke?"
Jhope berhenti bermain apabila menyedari Kookie ada dalam bilik.

"Dah takde keje.Ni jelah yang kita orang buat.Eee..aku masih takleh lupa pasal tangan Suga yang berdarah tadi tu."
jawab Jhope.V pun buat muka geli lepas dengar Jhope ungkit balik pasal tangan Suga tadi.

"Dahlah,tak payah nak geli-geli sangat.Jom makan.Dinner dah siap.Aku yang tolong Jin hyung masak tadi."
Sempat lagi Jungkook buat muka bangga.Bukannya dia yang masak,setakat tolong pun nak berlagak.Hahaa.

"Makan?Hyung jom?Aku pun dah lapar ni."
V dan Jhope pun berlari ke meja makan sebab tak sabar nak makan.Jungkook menutup pintu bilik selepas keluar dari bilik Jhope.

Dia menuju ke bilik Suga pula.Perlahan Jungkook membuka pinti bilik Suga.
"Mesti Suga hyung tengah tidur sekarang ni."
Bisik Jungkook kepada dirinya sendiri.Tekaannya tepat.Suga memang sedang tidur.Tangannya kanannya berbalut.

"Hyung?"
Lembut Jungkook menggoncang bahu Suga.Suga menggeliat seolah-olah dia mahu bangun tetapi tidak.Sekali lagi Jungkook cuba menggoncang tubuh Suga.Kali ini Suga bangun.

"Apa?"
Suara Suga kedengaran garau.

"Jom makan?Makanan dah siap."
Suga membuat isyarat tangan untuk menghalau Jungkook dari biliknya.

"Kejap lagi aku turun."
Jungkook pun keluar dari bilik Suga.Suga masuk ke bilik air untuk membasuh mukanya.Selepas berasa segar,dia mengambil telefonnya dan memeriksa jam.

"Baru pukul 7 malam."
kata Suga.Dia turun untuk makan.Telefon dibawa sekali.

###

Dahyun menaiki teksi untuk ke studio Suga selepas menghantar Baekhyun ke rumah.Kira-kira setengah jam perjalanan dia sampai.Dia menunggu di luar studio Suga.

"Saya dah sampai ni.Awak kat mana?"
Dia menghantar mesej ke Suga.

Di rumah BTS...

BTS sedang makan malam dengan berselera sekali.Bunyi notification dari telefon Suga membuatkan mereka berhenti seketika.

"Mian."
kata Suga.Suga memeriksa notification yang baru masuk.

"Saya dah sampai ni.Awak kat mana?"
-Dahyun-

Laju tangan Suga menaip menaip mesej.

"Aku otw ni.Kau masuklah dulu.Bahaya kau kat luar malam-malam camni."
-Suga-

Suga makan dengan cepat kerana dia tak sabar hendak berjumpa dengna Dahyun.BTS hairan melihat keadaan Auga itu.Selepas selesai makan,Suga meletakkan pinggannya di singki lalu bergegas mengambil kunci kereta dari dalam bilik.

"Aku ada hal kejap."
kata Suga kepada BTS sebelum dia keluar rumah.

###

Selepas menerima mesej Suga itu,Dahyun menekan kata laluan pada pintu studio Suga.Dia masuk dulu memandangkan Suga menyuruhnya masuk dulu.Dahyun melihat ke sekeliling studio Suga.Berselerak.Dah macam setahun  tak dikemas.Dia hanya mampu menggeleng kepala.Dahyun meletakkan beg silang yang dia pakai dibatas sofa.Lengan baju yang panjang itu dia lipat hingga ke siku.

"Kenapalah awak tak kemas studio awak ni,Yoongi?"
Sempat Dahyun membebel sambil mengemas barang-barang Suga yang berselerak itu.

###

"Macam mana aku boleh lupa ni?Dia dah janji nak jumpa tapi aku pulak yang lupa.Apalah kau ni,Yoongi?"
Suga mengetuk kepalanya beberapa kali.Geram dengan sikap pelupa yang ada pada dirinya.Suga ni bila dah tidur memang semua benda dia lupa.Nasib baik tadi Kookie yang bangunkan dia untuk makan malam.Kalau tak, memang sampai sekaranglah Suga masih lagi tidur.Suga memecut keretanya.Dia tak mahu membiarkan Dahyun menunggu lama-lama.Sebenarnya,Suga memang tak sabar nak jumpa Dahyun.

###

Akhirnya,Suga sampai di studionya.Dia menekan kata laluan lalu masuk.Kelihatan Dahyun sedang tidur di atas sofa.

"Dia tidur masa tunggu aku?"
Bisik Suga.Dia tak mahu meninggikan suara kerana tak mahu Dahyun terbangun.Selimut yang ada di dalam laci Suga ambil lalu dia selimutkan Dahyun.Dahyun bergerak-gerak.Mungkin kerna tersedar akan kehadiran Suga di situ.Dahyun membuka matanya perlahan-lahan.

"Awak dah sampai?Mian,saya tertidur tadi."
Dahyun lantas bangun. Suga yang tadi duduk di sebelah Dahyun beralih duduk di hadapan Dahyun.

"Takpe.Ok, sekarang ni aku nak kau tunaikan janji kau.Kau kata nak explain kat aku malam ni pasal apa jadi petang tadi.So,kau boleh mula sekarang."
Tegas suara Suga.Lagipun,memang itu tujuan mereka berdua hendak berjumpa tadi.

BERSAMBUNG..

Accidentally Fall in Love[✓]Where stories live. Discover now