Ep 6

184 15 0
                                    

Oleh kerana cuba menyelamatkan Dahyun dari terjatuh,Suga terjatuh bersama-sama Dahyun.Buat seketika mereka tidak bergerak.Suga memandang wajah Dahyun.Dahyun juga memandang wajah Suga.

"Ehem ehem.Dahyun?"
tanya Miss M kepada Dahyun.Dahyun segera bangun dari atas Suga.Suga juga berdiri.Wajah mereka berdua merah.

"Ya,Miss M.Saya hampir terjatuh tadi.Tulah Su.."
Belum habis Dahyun bercakap,Miss M memotong kata-katanya.

"Masuk bilik persalinan sekarang."
Nada suara Miss M tegas.Seolah tidak suka dengan apa yang berlaku tadi.Dahyun hanya diam dan menurut kata Miss M.

"Mianhae,Miss M."
Suga meminta maaf kepada Miss M setelah Dahyun pergi.

"It's ok.But,next time kena hati-hati.Saya tak nak Dahyun digosipkan dengan awak nanti.Banyak masalah yang timbul kalau perkara ni terjadi."
Nasihat Miss M pendek kepada Suga.

"Nae,I'll make sure it never happen again.I'm sorry but I need to go on stage."
Suga meminta diri dari Miss M dan naik ke pentas.Kini,giliran Suga untuk menyanyi.Dia menyanyikan lagu dari solo mixtapenya,iaitu lagu Give It To Me.

###

Miss M masuk ke bilik persalinan Twice.
"Dahyun,I ned to talk to you."

Ahli Twice yang lain keluar dari bilik itu bagi memberi ruang buat Dahyun dan Miss M berbincang.

"Ada apa Miss M?"

"Awak tahu kan syarat company kita?Awak tak boleh ada apa-apa hubungan dengan sesiapapun.Kalau awak langgar syarat,kontrak awak akan ditamatkan.Awak nak macam tu?"

"Tapi,saya mana ada relationship dengan sesiapa?Kenapa Miss M marah saya pulak?"

"Habis tu,tadi apa awak buat dengan Suga?Awak tahu kan orang boleh salah faham kalau tengok keadaan awak berdua macam tu?'

"Tadi saya nak explain kat Miss M tapi Miss M mencelah.Sebenarnya,tadi Suga tolong saya sebab saya nak terjatuh kat tangga.Takkan tolong kawan artis pun tak boleh?"
Dahyun dari tadi cuba mengawal nada suaranya.Dia tidak mahu meninggikan suara di hadapan Miss M yang dia sudah anggap seperti kakak sendiri.Tapi,tipulah kalau dia cakap dia tak terasa bila Miss M marah dia padahal dia tak buat salah pun.

"Takpe kalau maacam tu.Tapi,lain kali awak kena jaga batas awak.Saya minta maaf kalau awak terasa."
Miss M memeluk Dahyun.Dia bukannya marah,cuma dia tak mahu Dahyun terlibat dengan gosip yang mungkin akann menghancurkan karier Dahyun sebagai penyanyi.

"Saya pun minta maaf Miss M.Saya tak patut tinggi suara dengan Miss M.Saya patutnya tahu yang Miss M buat semua ni sebab sayangkan saya."
Dahyun membalas pelukan Miss M.

###

"Wah,hyung!Aku dengar lagu kau dapat nombor 1 kat chart.Betul ke?"
kata Jhope kepada Suga.Sebaik saja selesai melakukan persembahan tadi,Suga kembali ke bilik  latihan di bangunan syarikat mereka.

"Tulah,aku pun tak sangka gak."
jawab Suga sambil menukar bajunya di situ.Dia mengenakan tshirt hitam dan seluar sukan untuk berlatih menari.

"Hyung,belanja kita orang lamb skewer ye?"
kata Jungkook apabila mendapat tahu berita gembira itu.

"Ye,balik practice nanti aku belanja korang.Korang makanlah daging puas-puas nanti."
Terbit senyuman di bibir Suga.

"Yeay!"
Jimin,V dan Jungkook menjerit keriangan.

"Guys,dah-dah pasal cerita daging ni.Jom sambung practice."
Rapmon yang baru keluar dari tandas itu muncul.BTS pun memulakan practice mereka.

####

"Mmmm,sedapnya daging ni."
Jimin berkata dengan mulutnya yang penuh dengan daging.

"Eee,Jimin hyung pengotorlah.Makanlah habis dulu baru cakap."
kata V.

"Daging memang sedap,tapi hari ni jadi lagi sedap sebab Suga hyung yang belanja."
kata Jungkook pula.Memang riuh keadaan di kedai makan itu apabila BTS makan di situ,bukan kerana peminat yang datang,tapi disebabkan BTS memang suka makan dengan bising.Peminat hanya berkumpul di luar restoran memandangkan Suga menempah satu restoran untuk membelanja ahli BTS.

"Hyung,sini aku suap kau."
Jhope membuat ssam(daging yang dibalut dengan sayur) lalu menyuakan ke mulut Suga.Suga pun makan ssam yang diberi oleh Jhope.

"Korang dua ni kunyit ke apa?"
tanya Jin yang sedang makan dengan normal itu.

"Biarlah,aku kunyit ke,serai ke.Kau ni aku dah belanja tu makan jelah."
Balas Suga yang geram dengan Jin itu.

"Suga hyung,Jin hyung ni mengata orang kunyit tu memang hobi dia.At least,kita tak guna chopstick sendiri bila makan kat kedai.Macamlah kat kedai ni takde chopstick."
kata si Rapmon pula.Ahli BTS ketawa apabila mendengat Rapmon mengejek Jin yang sememangnya suka guna chopstick sendiri walaupun makan kat kedai.

####

Setelah pulang dari makan malam,ahli BTS masuk tidur kerana kekenyangan.Hanya Suga yang masih belum tidur.Selalunya dialah yang paling awal tidur jika BTS ada aktiviti di luar sebab Suga memang suka tidur.Suga pergi ke atas bumbung rumah BTS.Di atas bumbung ni dihias ala-ala mini bar.Ada taman bunga mini dan rumah anjing-anjing milik BTS pun ada di sini.Suga mencapai sebotol soju dan duduk melihat pemandangan di bandar Seoul.Pemandangan waktu malam di Seoul memang indah.

"Kenapa aku masih tak dapat tidur ni?Nak kata aku tengah fikirkan sesuatu, rasanya tak kot?"
Suga meneguk soju yang dia ambil tadi sehingga setengah.Tiba-tiba dia teringat tentang kejadian siang tadi bersama Dahyun.
"Dahyun? Kenapa aku tiba-tiba ingat kat dia ni?"
Suga cuba menghilangkan wajah Dahyun dari fikirannya tapi dia tak mampu.
"Jantung aku berdebar setiap kali aku ingat pasal dia.Takkanlah aku dah.."
Soju diteguk sekali lagi.Kali ini habis sebotol soju itu dia minum.Akhirnya,Suga duduk di sofa yang ada disitu lalu tertidur.

###

Keesokannya...

"Weyh,korang ada nampak Suga hyung ke?Pagi tadi aku bangun dia dah takde dalam bilik."
Jin yang cemas itu memberitahu hal itu kepada ahli BTS  yang lain.

"Takkan dia lari rumah kot?"
balas Jhope pula.

"Selalunya,Suga hyung yang paling lambat bangun tidur.Nak cakap yang dia bangun awal,macam tak logik pulak."
kata Namjoon pula.

"Hyung dah cari kat seluruh rumah?"
Jungkook yang baru bangun itu juga mengikuti perbincangan itu.

"Dah,aku cari kat toilet,kat luar rumah dalam rumah,smua xde."

"Kat atas bumbung dah cari?"
tanya Jungkook.

"Belum,aku cari sekarang."
Jin bergegas menuju ke atas bumbung.Tekaan Jungkook betul.Suga ada di atas bumbung dan sedang tidur di sofa.
"Hish,budak ni.Sengaja buat aku risau.Jin mengambil bantal lalu meletakkan di bawah kepala Suga.Dia berhati-hati kerana tak mahu membuat Suga terbangun.Jin turun semula ke ruang tamu.

"Dia tidur kat atas bumbung tu."
kata Jin.Ahli BTS hanya mengangguk faham.

###

Dahyun yang baru bangun tidur terus menuju ke dapur.Selalunya,sarapan dah disediakan oleh Jongyeon dan Sana.Dia terus duduk di meja makan.Seperti biasa,sarapan dah disediakan.Dia hanya perlu makan.Ahli Twice pun sudah mula berkumpul di meja makan.

"Mana Mina dengan Momo?"
tanya Nayeon selaku ahli paling tua dalam Twice.Nayeon memang berkelakuan seperti mak-mak sikit.Dia pantang kalau ada orang tak turun makan.

"Dorang baru habis mandi,kejap lagi turunlah tu."
kata Jihyo pula.

"Ting!"
Dahyun mencapai telefonnya yang diletakkan di attas meja makan.Satu mesej baru masuk dalam whatsappnya.

"Duet?"
Secara spontan Dahyun berkata begitu selepas membaca mesej itu.Ahli Twice semua memandang Dahyun seolah-olah ingin Dahyun memberitahu apa yang berlaku.

"Ada orang ajak aku buat lagu duet."
kata Dahyun.Dahyun menunjukkan mesej yang baru diterimanya kepada ahli Twice.

"****?Dia ajak kau duet?But why?"
kata Tzuyu yang terkejut dengan perkara itu.

BERSAMBUNG...

Accidentally Fall in Love[✓]Where stories live. Discover now