EP 20

134 7 0
                                    

BERITA TERKINI

Salah seorang ahli dari kumpulan Kpop terkenal iaitu BTS yelah dituduh menciplak lagu pada baru-baru ini.Insiden tersebut berlaku pada sidang media lagu terbarunya di Seoul, Korea Selatan kelmarin.Penyanyi yang bernama Min Yoongi atau lebih dikenali sebagai Suga itu masih belum memberi apa-apa kenyataan tentang perkara tersebut.Syarikat Big Hit Entertainment juga mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Namjoon hanya mampu mengeluh membaca artikel tersebut.Dia menyandarkan tubuhnya di dinding hospital.

"Namjoon,Yoongi hyung dah sedar."
kata Hoseok yang baru keluar dari wad Suga.

"Jinjja?So, macam mana? Doktor cakap apa?"
tanya Rapmon kepada Jhope.

"Dia tak apa-apa.Cuma badan dia lemah sebab dia tak makan apa-apa.Maybe pagi esok dah boleh discharge."
terang Jhope kepada Rapmon.

"Kau baliklah dulu.Malam ni biar aku jaga dia."
kata Rapmon.

"Takpe,biar aku je jaga Yoongi hyung.Aku takkan balik selagi dia tak discharge."
Tegas Jhope berkata.

"Oklah,kalau kau cakap macam tu.Aku balik dululah.Manager tengah tunggu tu."
Rapmon beredar dari situ.Jhope masuk semula ke wad Suga.

###

"Kenapa Yoongi tak jawab call ni?Dah 3 hari benda tu jadi.Dia ok ke tak?"
Dahyun bermonolog sendirian di dalam bilik hotelnya.Dari tadi dia mundar-mandir di dalam biliknya itu.Dia risaukan Suga.Dia percaya Suga tak lakukan semua itu.Kalau ikutkan hati,mahu sahaja Dahyun pulang ke Korea terus masa mendapat tahu tentang berita itu beberapa hari yang lalu.

"Takpe,Dahyun.Maybe dia perlukan masa untuk selesaikan perkara tu.Esok kau balik Korea.Bolehlah kau jumpa dia."
fikir Dahyun lagi.

"Oi,kau cakap dengan sapa tu?"
Hampir nak melompat Dahyun sebab terkejut dengan soalan Nayeon itu. Nayeon baru sahaja habis mandi.

"Takde siapa-siapa.Aku cuma practice rap je tadi."
kata Dahyun memberi alasan.

"Tak payah nak menipulah.Aku dah tau semuanya."

"Tau pasal apa?"

"Pasal kau dengan Suga.Kau couple dengan dia kan?"

"What?No.Mana ada.Takkanlah aku couple dengan dia.Kau ingat aku  gila ke apa?Kau pun tau apa akibatnya kalau kita ada relationship selagi kontrak kita belum tamat."
Dahyun cuba menafikannya.

"Miss M dah cerita kat aku.Dari awal lagi aku dah tau.Tapi aku sengaja biarkan je.Aku tau kau betul-betul suka kat dia.So,aku tak kisah asalkan kau happy.Cuma satu je nak aku nak ingatkan,jangan sampai company tau.Nanti kau jugak yang susah."
kata Nayeon.

Dahyun terus memeluk Nayeon.
"Gomawo,unnie.Gomawo sebab faham aku."
Dahyun jadi sebak.Dia tak sangka Nayeon sebaik itu.

"Kau janganlah risau sangat pasal Suga tu.Aku pun percaya dia tak buat semua tu.Esok kan kita nak balik Korea,so bolehlah kau jumpa dia."
Nayeon mengusap belakang Dahyun.Seolah menenangkan Dahyun yang masih resah dan risau tentang Suga.

"Aku harap dia tak apa-apa.Aku tak taulah kenapa aku asyik tak sedap hati.Aku rasa macam ada benda dah jadi kat dia.Aku call,mesej langsung dia tak reply or jawab.Selalunya, laju je dia jawab call aku."
kata Dahyun lagi.

###

Jhope yang tidur di sebelah katil Suga tersedar apabila terdengar suara Suga.Jhope berpura-pura tidur dan mendengar apa yang Suga katakan.

"Dahyun ah,saya rindu awak.Yoongi rindu awak.Awak cakap awak takkan tinggalkan saya lagi.Tapi kenapa awak takda bila saya sedih?Cepatlah balik.Oppa minta maaf kalau sayang bencikan oppa sebab semua ni jadi."
Kedengaran sebak suara Suga.Hanya Dahyun saja yang mampu menenangkan dia bila dia bersedih.Dia sangat-sangat perlukan Dahyun saat ini.

"Hyung cakap apa ni?"
kata Jhope yang mengangkat kepalanya.

"Hope ah,mianhae aku buat kau tersedar pulak."

"Takpe.Tapi apa yang hyung cakap tadi? Apa hubungan hyung dengan Dahyun?"

"Aku rasa aku kena cerita semua kat kau.Sebenarnya..."
Suga pun ceritakan pasal dirinya dan Dahyun kepada Jhope.

###

"Encik Min Yoongi dah boleh discharge hari ni.Lain kali,pastikan encik makan.Jangan seksa diri encik walaupun encik tengah sedih."
pesan doktor itu kepada Suga.Suga dan Jhope pun keluar dari wad.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari lobi hospital,Suga dan Jhope dikerumuni wartawan.

"Suga,betulkah pihak Big Hit berdiam diri kerana tak mahu membela awak?"

"Isu ciplak lagu ni dah diketahui di seluruh negara,apa pendapat awak?"

"Gosip awak dengan ahli Twice tu betul ke?"

Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut para wartawan.Ada juga ARMY di disitu.Ramai ARMY membawa banner dan sepanduk yang ada wajah Dahyun yang telah diconteng.Ada juga yang membakar gambar Dahyun.

Suga dan Jhope hanya berdiam diri.Nasib baiklah ada bodyguard yang bersama mereka berdua.Mereka berdua selamat masuk ke dalam kereta.

###

"Dahyun!!!! Kau tengok ni!Sini,cepat!"
jerit Nayeon.Dahyun dan Nayeon sedang mengemas bagasi memandangkan mereka mahu pulang ke Korea.Dahyun berhenti mengemas dan mendekati Nayeon.

"Kenapa ni?'
tanya Dahyun kepada Nayeon.Nayeon tak berkata apa-apa sebaliknya dia terus menyerahkan iPadnya kepada Dahyun.Dahyun pun mengambil iPad itu.

"BTS Suga dan Twice Dahyun dikatakan bercinta setelah satu gambar menunjukkan mereka bercuti bersama telah tersebar.Setakat ini kedua-dua syarikat yang terlibat menafikan perkara ini."

iPad milik Nayeon itu terlepas dari tangan Dahyun.Air mata mengalir.
"Wae?"
Nayeon meraih Dahyun ke dalam pelukannya.

"Sabar Dahyun."
Nayeon cuba memujuk Dahyun.

"Baru je aku happy sebab ingat aku nak jumpa dia bila aku balik Korea.Macam mana aku nak jumpa dia kalau gosip ni tersebar?"
kata Dahyun sambil menangis.

Tiba-tiba Miss M masuk ke dalam bilik hotel mereka.
"Kim Dahyun!Macam mana gambar tu boleh ada?Kan saya dah kata, hati-hati!Jangan tonjolkan diri.Kenapa awak tak hati-hati?Saya ni dah cukup baik sebab bagi awak peluang walaupun saya tau benda ni berisiko."
merah muka Miss M kerana sedang marah.Dahyun hanya mampu tunduk ke lantai.

"Mianhae."
hanya itu sahaja yang Dahyun mampu ucap.

"Lepas ni saya nak awak putuskan hubungan awak dengan dia! Jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan dia!Kalau awak ingkar, company takkan teragak-agak untuk tamatkan kontrak awak serta-merta.Dahlah dia ada masalah pasal lagu tu.Tambah lagi dengan benda ni.Saya minta maaf tapi company tak dapat nak beri awak peluang sebab isu ni serius."
kata Miss M lagi.

"Miss M,tolonglah jangan buat Dahyun macam ni.Dahyun betul-betul tak sengaja.Dahyun tak pernah ambik gambar sepanjang kami kat Daegu hari tu.Jebal,give me a chance."
Dahyun melutut di depan Miss M.Sampai menangis-nangis dia merayu Miss M.Nayeon hanya mam melihat sahaja.Dia tak ada kuasa untuk buat keputusan.

"Miahae,Dahyun.Semua ni company yang tentukan.Saya cuma ikut arahan."
Miss M bersimpati dengan nasib Dahyun.Tapi,tiada apa yang dia boleh lakukan.

BERSAMBUNG.

Accidentally Fall in Love[✓]Where stories live. Discover now