aku dan Atikah part 3

24.9K 53 0
                                    

Setelah agak lama aku menyelinap masuk profil si Anoi ni, aku kembali ke laman inbox untuk meneruskan bacaan chat dia dengan Atikah. Satu persatu aku baca tanpa jemu. Tiada satu perkataan pun yang tertinggal. Sehinggalah aku terbaca mesej2 lucah mereka. Badan aku mula menggigil. Aku macam tak percaya seorang perempuan yang aku begitu sayang 'macam ni'. Antara mesej mereka yang aku ingat adalah Anoi memberitahu yang dia rindukan Atikah dan keadaan itu dibalas baik Atikah. Anoi memberitahu yang dia tidak sepuas bersama Atikah bila bersama isterinya. Aku teruskan bacaan. Aku semakin menggigil walaupun mesej2 tu sudah agak lama dan ketika aku masih belum mengenali Atikah. Setelah habis aku baca semua mesejnya, terpampanglah seorang Atikah yang sebenar. Pada fahaman aku diorang adalah bekas kekasih dan pernah sampai ke tahap melalukan seks.

Pandangan aku terhadap Atikah mula berubah, namun perasaan sayang masih belum terhakis. Berfikir panjang aku dibuatnya. Ikutkan hati mahu saja aku lepaskan si Atikah ni, tapi aku tak mampu kerana perasaan sayang masih ada. Aku menyedapkan hati sendiri dengan berfikiran yang ini adalah peluang aku merasai nikmat yang telah dirasai Atikah dan Anoi dulu.

Pada malamnya,  seperti biasa aku menelefon Atikah. Aku buat biasa macam aku belum tahu apa2. Namun aku tak tertahan memikirkan mesej2 mereka hingga aku terlepas tanya pasal Anoi. Awalnya Atikah macam terkejut. Percakapannya mula tersekat2. Aku terus bertanya ibarat seorang budak yang mahu memahami sesuatu keadaan. Mungkin ini kelebihan dalam percakapan, aku boleh menjerat hanya dengan pertanyaan. Akhirnya Atikah mengalah dan dia bersetuju menceritak hal sebenar pada aku tapi dia mahu aku menelefonnya selepas 10minit. Mungkin dia mahu bertenang fikirku. 10mnit berlalu, aku menelefon Atikah dan ketika itu aku sedar yang Ijaa berada disebelahnya. Mungkin dia menceritakan hal ini pada Ijaa. Ketika masih dalam talian, aku mendapat satu mesej dari Ijaa yang suruh aku bertenang dan meminta maaf padaku. Atikah mula menceritakan kisah dia dan Anoi. Aku rasa tak perlulah aku ulas disini. Mungkin ditulisan yang lain. Dari cerita Atikah yang aku dengar, dia masih belum memberitahu tentang tahap hubungan mereka. Aku teruskan mendengar sambil siapkan peluru soalan. Setelah abis ceritanya aku teruskan bertanya tanpa berlengah, "sampai mana tahap perhubungan awak dengan Anoi" tanyaku. Dia mengaku yang pernah melakukan hubungan seks ketika bercinta dahulu sebelum si Anoi berkahwin. Terakhir mereka malakukan hubungan itu ketika Anoi seminggu bertunang. Aku bertenang tanpa sepatah kata. Atikah tanpa henti memintaa maaf dan sedia ditinggalkan jika itu yang aku mahu. Dalam keadaan itu aku tahu Atikah betul2 sayang padaku membuatkan aku merasakan 'semakin mahal'.

aku dan atikah student uitm kelantanNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ