Belum keringkah air mata kamu ?
Belum habiskah tangis bisu ?
Belum selesaikah rintihan pilu ?
Belum matikah kerinduan menggebu ?
Mengapa terlalu lama itu berlaku ?Tegarnya kamu menyiksa diri,
Membiarkan kecewa memamah sepi,
Menghadirkan sendu membelenggu hati,
Menjemput pedih menghuni lagi,
Hingga tawar rasa menguasai nurani.Sudah cukuplah,
Hentikan sajalah.Segeralah —
Menyerah kalah,
Tiada lagi yang mampu kamu olah.🌸🍂
@nukilanterpendam
YOU ARE READING
Nukilan Terpendam
FantasyHanya sebuah puisi. Puisi yang aku ambil untuk aku tuju buat kamu yang jauh di sana. Kamu yang jauh tidak mungkin dapat aku gapai kerana kamu telah diambil pergi oleh Dia jauh dari aku :') Untuk aku tulis puisi, aku tidak mampu kerana aku bukanlah s...