Bab 1

32 3 1
                                    

Aisyah Humaira mendayung basikal warna pinknya. Sesekali bibir munggil itu menyanyi kecil. Kain baju kurung dipakainya membuat gadis bertubuh kecil itu agar sukar untuk mendayung. Tambahan lagi jalan yang dilalui itu berbatu. Jika tidak berhati, alamatnya menyembah ke bawah lah dia.

Kayuhan gadis manis berbaju kurung itu terhenti di hadapan warung milik Pak Samad. Usai menyandarkan basikalnya di tempat biasa, dia mengambil bakul yang diikatnya di tempat belakang basikal lalu menuju ke arah dapur, warung Pak Samad.

Suasana warung tersebut agak sunyi sedikit, kerana jam masih awal lagi. Jadi tak hairan lah pengunjungnya kurang.

"Assalamualaikum Pak Samad" sapa Aisyah seperti biasa. Senyuman manis sentiasa menghiaskan bibir gadis bertudung biru muda itu.

Pak Samad yang sedang menjerang air di dapur menoleh. "Waalaikumsalam Aisyah, awal kamu pagi ni?" tanya Pak Samad. Dia menghampiri Aisyah yang sudah terduduk di salah satu meja dalam warungnya itu.

Gadis itu kelihatan mengeluarkan beberapa bungkusan dari bakul yang dibawanya tadi.

"Awal apanya Pak Samad, macam biasa ni"

"Ermm.. Ye lah tu. Hahh! Berapa bungkus kamu bawa hari ini?" tanya Pak Samad.

Aisyah yang sudah selesai dengan tugasnya itu menoleh ke arah Pak Samad. " Macam biasalah, Dua puluh lima bungkus Pak Samad" Aisyah tersenyum.

"Sikit sangat tu Aisyah, esok kalau boleh buat lebih dari ni. Laku nasi lemak kamu ni. Macam semalam, tak cukup tahu tak?" ujar Pak Samad lalu melangkah ke dapur semula.

Beberap minit kemudian, dia muncul kembali dengan beberapa keping pinggan ditangan. Pinggan itu diletaknya di atas meja di sebelah Aisyah.

Nasi Lemak yang diletak Aisyah di dalam dulang tadi, diambil satu persatu dan disusun ke dalam pinggan. Setiap satu pinggan itu diletaknya lima bungkus nasi lemak.

Aisyah turut membantu. Selepas itu dia menolong Pak Samad meletakkan setiap satu pinggan itu ke atas meja² yang terdapat di warung itu.

"Nah, Aisyah ni duitnya" Pak Samad menghulurkan beberapa keping not kepada Aisyah.

Aisyah tersenyum, menyambut huluran itu. " Terima kasih Pak Samad, kalau macam tu. Aisyah pergi dulu lah ye, nak hantar Adam pergi Tadika pulak lepas ni"

"Ermm. Baiklah, hati² jalan tu" pesan Pak Samad.

"Ye Pak Samad. Assalamualaikum" Aisyah mula mendayung basikalnya. Sempat dia melambaikan tangan ke arah Pak Samad.

"Waalaikumsalam" Pak Samad melihat kepergian Aisyah, sehinggalah bayangan gadis itu hilang dari pandangan. Dia kembali menyambung kerjanya.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

"Adam... Cepat sayang! Nanti lambat." laung Aisyah dari arah tangga.

Terkedek-kedek Adam berlari mendapatkan Aisyah.

"Hati-hati jatuh kang" Aisyah menghampir Adam yang menuruni tangga. Takut dia melihat adiknya yang berumur enam tahun itu turun. Bukan main laju lagi kaki dia tu melompat.

"Jangan melompat, jatuh nanti sakit tahu tak?" marah Aisyah lagi, dia membimbing tangan kecil itu menuruni tangga.

"Laa! Tadi kan Kak Icha suruh Adam cepat. Tu lah Adam lompat-lompat ni" bibir comel itu petah menjawab. Lepas itu bibirnya dicebikan, membuat Aisyah tersenyum. Adeh! Cantik mulut.

Walaupun usia Adam baru menjangkau enam tahun, namun cara percakapannya lancar sekali, tiada pelat dalam setiap bicaranya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aisyah HumairaWhere stories live. Discover now