Tepat pada pukul 915 pagi Intan siap-siap untuk mengambil rakannya Nani untuk pergi ke kerja. Semasa pejalanan menuju ke rumah Nani , Intan teringat peristiwa yang berlaku malam tadi.
"Aku janji akan setia dengan kau Intan" kata Syafiki
Kata kata Syafiki masih berlega di ingatan Intan. Sungguh bahagia dirasakan.
Sesudah sampai ke rumah kawannya Intan mengunggu Nani yang sering lewat bagun untuk pergi ke kerja. Jam sudah menujukan pukul 920
"Eee mana Nani ni , asyik bagun lambat je"
Tiba tiba Nani mecelah
"Kejap kejap ! Nak kunci pintu" kata Nani
Pejalanan menunju ke tempat kerjanya itu mengambil masa 15 minit. Sambil dalam pejalanan ke sana Nani bertanya sesuatu tetang Syafiki.
"Eh kau dengan syafiki dah okey ke belom ?"
"Dah , dia dah janji dengan aku yang dia akan setia dengan aku sampai kitaorg ke jinjang pelamin" kata Intan dengan perasaan sangat gembira
"Wah bagusnya , aku harap kau dengan Syafiki akan terus bersama okey ?" Kata Nani yang ikot gembira sama
Sampai sudah destinasi mereka. Mereka berkerja dengan perasaan gembira.
Jam menunjukan pukul 0130 petang. Intan dan Nani menuju ke kedai makan untuk makan tengah hari. Sesudah sampai ke kedai makan mereka duduk di tempat yang disediakan. Pelayan di kedai makan tersebut mula mengambil oder mereka.
"Saya nak nasi goreng kampung 2" kata Intan
"Eh banyaknya kau makan ?" Kata kawannya
"Aku satu , Syafiki satu. Dia nak kata dia nak datang makan dengan aku sebab tu aku oder dua nasi goreng kampung"
"Oh patutlah , mana dia ? Lambat lagi ke nak sampai ?"
" kejap lagi kot" kata intan yang sudah mula tidak sedap hati
Setengah jam berlalu. Nasi goreng kampung yang dipesan untuk Syafiki tidak disentuh langsung. Intan mula menelefon kekasihnya yang sudah lewat setengah jam
"Hello , awak dekat mana ? Awak janji nak makan sama sama dengan saya" kata Intan dengan perasaan sedikit marah
"Sory sayang , saya tak sempat nak ke sana. Saya banyak kerja nak disiapkan. Awak makan dulu okey ? Jangan tunggu saya" kata Syafiki
Intan berasa sangat sedih. Dia sangat merindui kekasihnya itu. Sudah 2 bulan mereka tidak jumpa. Mata intan sudah merah menadakan dia mahu menagis tetapi Intan kawal kerana tidak mahu Nani tahu tentang masalah dia dengan Syafiki.
Waktu rehat mereka sudah habis. Sesudah habis makan mereka menuju ke tempat kerja untuk memulakan kerja semula. Nani perassan temannya Intan tidak seceria seperti waktu pagi tadi. Lantas Nani bertanya
"Kau kenapa ? Monyok je" kata Nani dengan perassan yang tertanya tanya.
"Takda apa apa , aku okey cuma penat sikit" kata Intan yang menyembuyikan perasannya itu.
"Kau jangan nak tipu aku , aku kenal kau bukan sebulan dua tapi dah sebelas tahun"
Ya mereka sudah kawan dari bangku sekolah lagi sehingga sekarang. Nani dan Intan tidak dapat dipisahkan kerana mereka terlalu akrab. Persahabatan mereka suci.
"Hmm sebenarnya hm aku hm"
"Apa cakaplah ? Kalau kau cerita mana tahu aku boleh tolong kau"
Akhirnya Intan cerita juga
"Emm sebenarnya aku rindukan Syafiki tapi Syafiki asyik sibuk berkerja sehingga dia tidak ada masa untuk aku. Malahan dia juga tidak menelefon aku. Aku bimbang dia buat peragai dia dahulu je."
Syafiki seorang jejaka yang sangat tampan. Badannya sado dan sangat digilai oleh ramai perempuan. Oleh kerana dia digilai ramai kaum wanita , Syafiki sering curang dengan Intan tetapi Intan tetap tahan dengan sikap Syafiki. Intan banyak kali terluka dek kerana peragai Syafiki.
"Alah kau jangan fikir bukan bukan lah. Dia kan dah janji dengan kau yang dia akan setia dengan kau. Dia pun dah janji yang dia tak akan curang dengan kau lagi , so kau tak payah nak fikir yang bukan bukan. Aku yakin 100% yang Syafiki dah mula berubah. Aku yakin yang Syafiki tak kan mainkan perasaan kau lagi tak kan curang dengan kau lagi." Kata Nani untuk menceriakan hati Intan
"Baiklah aku janji aku tak fikir bukan bukan tapi aku terlampau rindu kan Syafiki" kata Intan dengan nada yang sedih
"Cuti nanti kita datang ke rumah Syafiki okey ? Dah jangan sedih lagi nanti tak comel lagi hehe senyum sikit"
"Hahaha banyak la , dah la aku nak pergi depan , nak susun barang"
Sesudah mereka selesai berbual , Intan pergi ke depan untuk menyusun barang tiba tiba ada seorang jejaka melanggar Intan. Jejak itu tidak perasan kehadiran intan dek kerana jejaka tersebut mahu cepat
"Aaaa aduhhh sakitnyaa!?" Kata Intan
yang kesakitan"Sorry sorry" kata jejaka tersebut
"Emm sokey" kata Intan dan lalu bingkas bangun
Sesudah Intan bagun , jejaka tersebut meminta maaf berkali kali kerana terlanggar Intan. Intan memaafkannya kerana Intan tahu jejaka itu tidak sengaja melanggarnya.
Oleh kerana Intan sudah maafkannya jejaka tersebut mula berlari dan hilang dari pandangan mata Intan. Temannya dari belakang menegurnya
"Weyhh ! Kau okey tak ?"
"Huhuhu aku okey cuma sakit sikit je" kata Intan sambil mengusap bahunya yang sakit
"Betol eh kau okey?" Kata Nani dengan nada yang kerisauan
"Ye aku okey , tak ada ape ape yang kau nak risaukan"
Sambil mengusap bahunya yang sakit Intan sempat berfikir tentang jejaka tersebut
'Siapa lelaki itu ? Ah buat apa aku nak fikir siapa lelaki tu buat semak kepala otak je'
Jam menujukkan pukul 930. Waktu berkerja mereka sudah tamat. Intan menghantar temannya ke rumah. Sudah sampai ke rumah , Intan baring kepenatan. Sambil intan rehatkan diri Intan menelefon kekasih yang amat dia cintai.
~ tut tut tutt tutt tuttt tuttt ~
Tidak angkat'Mana dia ni , kenapa aku call tak dapat. Dia buat apa ? Dia tak rindukan aku ke ? Dia busy ke ? Dia tengah layan perempuan lain ke ? Hm Intan jangan fikir bukan bukan ! Tolong jangan fikir bukan bukan.' Kata Intan dalam hati
Akhirnya Intan tidur dengan seribu kerinduan.
YOU ARE READING
Imam Ku Seorang Nepal
RomanceImam Ku Seorang Nepal ? Oh biar betul ? Intan Nur Damia seorang wanita yang selalu dipermainkan cintanya kerana Intan seorang wanita yang naif tentang cinta. Mohamad Syafiki seorang lelaki yang terlalu dicintai oleh Intan Nur Damia tetapi cintanya...