Aku terjerat dalam cintamu,
Yang mungkin sedikit jauh dari hatiku,
Yang mana antaranya ada kasih sebutir,
Aku takuk,
Aku simpan.Mana antara kita,
Simpannya dendam,
Dalamnya kasih,
Rosaknya hati.JERAT yang aku buang,
Masih rapi menjerutku,
Dalam malam kelam ini,
Aku biarkan IA memakanku,
Dan kemam aku erat-erat,
Kerana aku percaya,
Ini kerana cintamu.