Hai puan,
Nampak bodoh,
Malah air mata jadi jualan,
Bersiul syaitan kegembiraan,
Kali di hujung,
Masih basah dek hujan,
Ehh kau puan masih,
Tanpa hati.Alahai puan,
Bangun pun tidak bertimbang,
Kasut tinggi nampak tetap pendek,
Bungkam mukamu,
Mapan kakimu,
Bingai kah kamu.Puan oh Puan,
Sudahlah itu,
Pulanglah sudah,
Petang dini menjelma,
Takkan kau mahu jadi patung,
Yang tangan dimainkan Tuan,
Bangkitlah Puan,
Jangan lena panjang,
Aku kan ada,
Kalau kau tanpa hati,
Aku disini tanpa nama.