Aduh,
Panas ada sedikit percik air sup cina ditangan,
Haram,
Kata muslim liberal,
Konservatif,
Mungkar dan nangkir mencatit,
Pedih,
Kerana tidak dapat kunikmati.Kosong di luar,
Di dalam penuh sesak berduyun,
Wangi,
Jujur aku bodoh,
Nikmat,
Aku mungkin baur dosa,
Lantak,
Kedai cina ipoh ini,
Aku lepak aku jamah,
Babi,
Itu apa,
Aku,
Tak mengerti,
Hirup,
Aku tetap mati,
Iman,
Kejap beralih mungkin aku bukan malaikat,
Sudah,
Nyonya kedai mula bising,
Tutup,
Mahu kedainya lingkup,
Nyonya oh nyonya jangan jadi bodoh.