Aku terkelu. Terkedu dan terbisu. Mata menatap ke dalam anak mata pekatnya itu. Aku dengan pandangan yang takut dan dia dengan pandangan yang sangat tajam lagi berbahaya. Kedudukan kami sangat rapat sehingga aku dapat rasakan nafas mintnya ditarik dan dihela di wajahku.
Diam. Aku nak bernafas pun takut.
Tapi aku masih sedar yang tangannya masih utuh di leherku yang bertudung. Tiada tekanan pada pegangannya itu. Hanya memegang utuh. Tapi kalau aku bergerak, tiada jaminan yang tekanan pada tangannya tidak akan ditambah. Silap-silap sampai putus nyawa aku dicekiknya.
Aku telan liur. Masih belum berani berbuat apa-apa. Nak bergerak, takut. Nak bersuara, gerun. Apatah lagi kedua-dua kaki dah macam kena strok. Hemiplegic. Paraplegic. Quadriplegic. Semua jenis plegic la. Kalau bukan tangannya yang memegangku, aku yakin aku mesti melorot jatuh.
"Tell me, dolce cuore. How much did you hear?"
Keras suaranya. Amaran bahaya! Tangannya sedikit ditekan. Tak sakit tapi cukup menggerunkanku.
"Nothing much. Saya dengar yang akhir aje. Yang encik jerit tu." Aku menjawab jujur.
Aku nampak sesuatu di balik mata hitamnya walaupun ekspresi mukanya tetap sama. Lega! Dia lega bila cuma itu yang aku tahu. Jangankan dia, aku pun lega itu aje yang aku tahu. Kalau aku tahu lebih, agaknya apalah yang dia akan buat? Dan lepas kejadian hari ni, aku tak rasa aku nak tahu apa-apa lagi tentang dia.
Are you sure, Nurissa?
Tersentak dengan kata hati sendiri. Aku pun ragu-ragu.
"You disobey me, Rose. I asked you to not wander around alone. I asked you to not be curious. I asked you to not show your face while the event was taking place. But, did you listen to me? No! You broke all of them!" Suaranya memarahiku.
Aku sedar sesuatu. Dia betul. Semua larangannya aku dah langgar. Stupid, Nurissa! Stupid!
Aku masih pegun. Masih tak berani nak bersuara. Bila dia dah marah macam ni, aku nak tatap anak matanya pun dah tak berani. Terus aku larikan anak mata.
"Look at me when I am talking to you!" Suara penuh authority.
Terus aku angkat kepala. Pandangan kami yang terputus tadi kembali bersabung. Aku takut! Serius aku takut dengan Dheo yang sekarang. Sangat bahaya! Aku tahu ketakutanku jelas terpancar melalui mataku. Dan memang satu keajaiban air mata belum mengalir lagi.
Mungkin melihatku yang ketakutan, aku dapat tangkap mata Dheo berubah lembut. Lama dia merenungku. Tangan yang berada di leherku terasa diangkat. Naik ke pipiku. Dia mula tegakkan sedikit tubuhku. Menjadikan jarak antara kami sedikit bertambah. Tapi masih dekat.
Nafas naik turun. Mata kami tak lepas dari berpandangan. Aku pula bagaikan tenggelam di balik anak mata cantik Dheo itu. Rasa bagaikan ditarik. Pandangan Dheo bagaikan punya seribu satu rahsia. Punya pelbagai rasa. Aku bagaikan dipukau. Hilang semua rasa takut.
Macam pernah dilihat. Tapi di mana?
Dheo juga masih diam. Dia bagaikan tenggelam dalam dunianya. Jemarinya yang berada di pipiku itu dielus lembut. Kepala masih memikirkan di mana aku pernah melihat mata cantik itu. Tiba-tiba jadi keliru.
"Bos!"
Aku kembali ke alam nyata. Dheo pun sama. Pegangan pada tubuhku dilepaskan bagaikan baru sahaja memegang besi panas. Nasib baik kaki dah ada kekuatan. Masih mampu berdiri sendiri.
Dheo berpaling ke arah suara itu. Wajah kembali ke versi sejuk beku.
Lucca tercungap-cungap mencari nafas. Nampak macam baru lepas lari pecut seratus meter gaya semputnya. Bila tengok Lucca, aku baru teringat yang aku sepatutnya menunggunya di depan lobi hotel.
YOU ARE READING
DHEO'S
Ficción GeneralTajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018