"Syarat?" Aku mula tak sedap hati. Ragu-ragu aku pandang wajah kacaknya itu.
"Yup... What can you do for me?" soalnya balik.
"Maksud awak?" Tak sedap hati berganda. Dup dap... Dup dap... Macam nak bermaraton keluar aje jantung sekarang ni.
Dia diam dulu. Cuma matanya renung aku dari atas sampai bawah. Bagaikan menilik tubuhku. Macam sedang menilai berapa bintang harus diberikan pada susuk tubuhku ini. Meremang segala tubuhku. Aku telan liur. Jangan cakap dia fikir apa yang aku fikir sekarang ni. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat!
"Jangan harap saya nak..."
"Whoa... Relaks! Saya tahu apa dalam kepala awak sekarang ni. That thought is impressive. Unfortunately, I'm not interested in any woman."
Dia cantas kata-kataku. Mukanya jelas menunjukkan kebenaran kata-katanya itu. Muka bosan dan tak berminat langsung.
Meruap malu mukaku. Amboi, Nurissa! Ingat kau tu cantik sangat ke sampai fikir macam tu? Berderet-deret model taraf dunia yang meleleh air liur tengah tunggu masa dia pilih untuk ajak makan. Ingat dia nak pandang kau sebelah mata ke? Aku termalu sendiri dengan pemikiranku itu.
"Habis tu?" Malu-malu pun aku lega. Sekurang-kurangnya orang tu dah tak payah pergi tempah appointment dengan pakar sakit tuan besok.
Tapi... Bila ingat balik apa yang dia cakap, dia tak berminat dengan perempuan? Lelaki tak minat dengan perempuan? Dia ni gay ke? Aku mula bersangka buruk. Tapi cepat-cepat aku hapuskannya. Dia bukan bff aku jadi aku tak kenal dia. So, jangan fitnah dia ya, Nurissa! Melainkan dia cakap I'm not interested with species like you. I like species who have beard with six pack, ha... Yang tu memang sahih lagi betul dia bernafsu songsang.
Bibir Dheo naik sikit. Sinis.
"You know... Despite your innocence look, you have quite dirty mind."
Dengan itu, meluap-luap rasa marahku sekarang ni. Dah la dia cakap muka aku innocent, lepas tu aku otak kuning. Cis, ini dah melampau! Tapi macam biasa, aku sabarkan hati, kuatkan iman. Apa boleh buat kalau lelaki di depan dia ni insurans mulut dah habis semalam!
"I'm not innocent."
Suara sedikit marah. Muka pun masam. Aku dah selalu dengar orang kata wajahku suci bersih, bagaikan tak tahu apa-apa. Aku tak suka! Sebab kalau fikir macam tu, maksudnya orang senang nak ambil kesempatan denganku.
"Yeah, right! You're not innocent."
Suara dia macam sengaja nak ya kan apa yang aku cakap sebab dia malas nak layan.
"Awak cakap pasal syarat apa?"
Aku ubah topik. Berbalik kepada tujuan asal.
"I'm a businessman. No business of mine gives me no profit. So, kalau awak tak nak saya robohkan kafe tu, apa yang awak boleh buat untuk saya? What can you offer me, tesoro?" katanya lagi.
"I'm not your treasure." Spontan aku membalas. Ada aje nama-nama aneh dia nak panggil aku, kan?
Wajahnya sedikit terkejut.
"You know Italian?"
Aku tahu bahasa Itali? Aku sendiri terkejut. Kelip-kelip aku pandang dia. Bisu. Sebab aku memang tak punya jawapan untuk soalannya itu. Kalau ikutkan, itu kali pertama aku mendengar perkataan itu. Aku cuma tahu ti amo dan mia bella.
"Awak nak saya lakukan apa untuk awak?" soalku balik.
"Work for me and I promise you no harms done on that café."
"Kerja dengan awak?"
"Awak tahu kan, yang rumah yang awak tinggal sekarang ni adalah hak milik saya. You're not staying on my property for free, are you?" soalnya lagi dengan penuh selamba.
YOU ARE READING
DHEO'S
General FictionTajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018