Desir pasir pantai masih aku terdengar
Umpama aku menyelam lalu pasir pantai membisik.
Aku cemburu
Ya..
Cemburu pada pepasir pantai itu
Kerana pantai setia mendengar
Rintihan dan bisikan pepasir pantai
Dan aku ?
Terdampar cemburu di pergigian ombak laut yang membuih
Tapi aku tahu ,
Alam tidak sekejam itu,
Alam tidak sekejam manusia.
Pada pepasir;
Pada ombak yang membuih,
Pada seluasa lautan Perhentian,
Terima kasih.
Kerana melihat keindahanmu ,
Membuat aku masih ingin hidup.
310318
Actually dah lama buat puisi ni. Tapi terperap kat dalam beg masa pergi pulau hari tu. 😆
ANDA SEDANG MEMBACA
PENA Si KOSONG
PoetryWhat brings us to tears, will lead us to grace. Our pain is never wasted.
