09 ❤ SELENDANG DIKAIT KENANGAN

389 71 0
                                    


Rinna kini berada di dalam rumah kayu itu. Ia dipenuhi dengan barang-barang lama dan terpakai. Ada yang berada dalam keadaan yang cantik. Ada yang berada dalam keadaan buruk. Ada yang rosak. Ada yang cela. Dan seolah-olah iasengaja tidak dibaiki.

Rinna perlahan-lahan melangkah. Meneliti segala ruang di dalam rumah itu. Matanya kemudian tertumpu pada satu selendang biru yang tersangkut di dalam almari yang sememangnya terbuka.

Pandangan mata Rinna berkerut. Selendang itu amat dikenalinya.

Pantas Rinna mencapainya dan diamatinya. Ia mirip selendang yang dikaitnya sendiri bersama seorang sahabat selama berbulan-bulan suatu ketika dahulu. Dan bagaimana ia boleh berada di sini?

"Aku jual selendang tu. Kau nak beli?"

Megan Salanah Marlys menyentuh perlahan bahu Rinna.

Rinna terdiam. Selendang itu sememangnya adalah miliknya. Terdapat kesan tampal yang dijahit dengan nama 'Cynthia'. Nama sahabatnya. Sekaligus segala kenangan bersama sahabatnya menyerang mindanya. Air matanya perlahan-lahan gugur.

Bagaimana selendang ini boleh ada di sini?

Megan Salanah Marlys memegang wajah Rinna. Air matanya diseka.

"Di sini aku menjual kenangan. Segala yang telah dilupakan boleh didapati di sini. Segala di dalam rumah ini adalah barang-barang yang mampu mengenangkan kita kepada seseorang yang kita sayang."

Rinna hanya tertunduk merenung kain selendang biru itu. Ia dikait bersama seorang sahabat yang amat dikasihinya, Cynthia.

Namun, disebabkan satu peristiwa yang mengundang pertelingkahan, Rinna telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Cynthia. Cynthia telah berdusta terhadap dirinya. Dirinya dikhianati oleh sahabat yang amat dipercayainya.

Rinna telah jauh pergi dengan mengharapkan segala keperitan mampu dilupakan.

Dan selendang biru ini telah dibuang ketika berada di pertengahan samudera. Rinna tidak mahu mengenangkan ia.  Namun, Rinna tersilap.  Tanpa kenangan itulah yang membuatkan jiwa Rinna menjadi kosong dan keluh-kesah. Kerana selama ni Cynthia hanyalah peneman hidupnya. Tanpa Cynthia Rinna hanyalah hidup seperti sebatang kera.

"Sekiranya ia memang milik kita, ia  tetap akan kembali."

"Aku nak selendang ini..."

Rinna meraup wajahnya dengan kain selendang itu. Segala perasaan rindu terluah. Lututnya perlahan-lahan menyentuh lantai kayu. Disitu Rinna melepaskan segala esakkannya.

Dia terlalu rindukan sahabatnya. Terlalu rindu. Sehinggakan dia tidak peduli orang luar melihat dirinya menangis teresak-esak seperti seorang kanak-kanak.

"Baiklah. Aku jualkan kenangan itu.."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KENANGAN UNTUK DIJUALWhere stories live. Discover now