Stefanus Myran Sandros.
Nama itu tidak asing lagi bagi aku.
Nama yang kini telah menjadi sebutan ramai.
Lelaki siluman.
Dia penjenayah.
Dia membunuh.
Dia berkelana.
Dia menjejaki mereka yang menderita dengan kisah kehidupan dunia ini.
Dan dia akan membunuh.
"Aku.. bukan sengaja nak bunuh mereka.."
Aku masih tidak boleh lupa saat dia ingin menegakkan benang yang basah.
"Aku..simpati dengan keadaan hidup mereka..."
Aku melihat kejujuran di dalam pandangan matanya.
"Hanya dengan mati sahaja, mereka akan tenang..."
Aku akur akhirnya dengan alasan yang diberi.
Dia dikehendaki.
Dia harus dibunuh.
Kerana itu dia telah pergi meninggalkan aku.
Aku cintakan dia.
Dia pergi tanpa aku rela.
Alasannya..
"Aku tidak mahu kau diheret sama dengan masalah aku."
Kau kejam Myran. Kau pergi menyelamatkan mereka daripada segala derita dunia.
Namun kau meninggalkan kesengsaraan kepada aku.
Kau ukirkan penderitaan dalam jiwa aku.
Kau menebuk keperitan dalam hati aku.
Dan kau telah mengukirkan kenangan manis dan indah dalam jiwa aku.
Aku ingin menghapuskannya.
Aku tidak mahu kenangan ini.Kerana ia menyeksakan.
Dan kerana itu aku telah melaksanakan satu sihir kegelapan ke atas diri aku.
Satu kenangan lama yang telah dilupakan.
Aku akan berikan kembali kepada mereka.
Aku menjual kenangan.
Bayarannya akan aku terima.
Dengan itu aku mampu lupakan kau.
YOU ARE READING
KENANGAN UNTUK DIJUAL
Gizem / GerilimAku akan berikan semula kenangan yang telah hilang. Segala memori yang telah ditelan zaman akan kembali mekar di dalam fikiran. Moga kenangan yang indah akan sentiasa tersemat di dalam jiwa. Sehingga ke akhir hayat. Ketika di akhir hayat. KETIKA DI...