bab 2

7 0 0
                                    

Detingan jam menghentikan lamunanku. Itu semua kisah lalu yang langsung tidak memberikan aku amaran bahawa aku sudah masuk ke dalam zon bahaya. Sepatutnya aku berfikir masak-masak untuk menerima lamaran Asyraf dan ini yang aku terima.

  Wajahku sudah lesu. Bibirku sudah pecah dan badanku acapkali menjadi mangsa pukulan dia. Haruskah aku menyalahkan takdir? Atau wajarkah aku merintih? Menyesal? Aku mengikat rambutku separas bahu. Rambut yang tidak sama panjang gara-gara Asyraf mengguntingnya. Ah! Hidup selalu begini. Bukan setiap hari kita bahagia.

   Sudah setahun lebih aku mendirikan rumah tangga dengan Asyraf dan semakin lama semakin terbongkar perangainya yang sebenar. Tiada lagi Muhammad Asyraf yang sanggup menantiku berjam-jam lamanya tanpa merungut. Tiada lagi Muhammad Asyrah yang mencintaiku sepenuh hati.

  Aku mengeluh lemah. Bilakah semua ini akan berakhir?

 Bilakah semua ini akan berakhir?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
apa salahkuWhere stories live. Discover now