OY 3

5.6K 162 31
                                    

Syakila P. O. V

"Hai! Boleh join? " Soal satu suara dihadapan aku, aku dongak sedikit untuk memandang. Mulut aku melopong.

"Sorry, tak nak ganggu awak pun tapi sekarang tengah lunch hour. Tak ada meja kosong, semuanya penuh. Awak seorang aje ke? "

Aku pandang suasana cafe yang ramai orang, betul memang tak ada meja kosong.

"Awak je yang saya kenal dekat sini."

"May I? " Tanya dia lagi.

"Hah!  Emm.. Duduklah." Jemput aku, janggal pula rasanya.

"Thanks." Beg sandang nya diletakkan di kerusi sebelah.

"Duduk sorang je ke? Mana member?" Sempat dia bertanya sebelum dia menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Ada tu, tengah beratur. " Tunjuk aku kearah tiga orang rakan aku. Dia cuma mengangguk sambil meneruskan makan.

Senyap!

Dan burung-burung pun berkicauan. Awkward~

"Emm.. Awak, thanks untuk pagi tadi." Ucap aku. Dia mendongak memandang aku. Cepat-cepat aku pandang arah lain. Jambu nya muka dia ni~

"No prob!" pendek je dia balas. Sambung lagi makan. Senyap lagi, tak tahu nak borak apa dah. Aku pandang je dia ni melahap penuh berselera.

Comel je, muka jambu. Rambut pendek, pakai jaket jeans... Comel! Suara serak2 basah macam tu.

'Ish! Yang aku puji dia sangat ni kenapa. Dia sudah lah tomboy.' Cepat-cepat aku ingatkan hati aku.

"Emm... Awak okay?" Tanya aku lagi, saja nak ajak berborak. Dia pandang aku lagi. Fuh! Pandangan mata dia tajam betul, macam waktu dia selamatkan aku pagi tadi.

"Saya nampak tak okay ke?"

Eh, eh... Aku tanya soalan, dia tanya aku balik. Ingat main super spontan ke, sesi soal menyoal. Fail bahasa dia ni.

"Tak adalah, tapi tadi... " Baru aku nak balas, dia dah bangun. Cepatnya makan.

"Thanks benarkan saya tumpang duduk, saya gerak dulu." Habis je dia cakap, dia terus pusing tinggalkan aku terkontang kanting dekat meja. Terkebil-kebil aku tengok dia tinggalkan kawasan cafe dengan beg sandang di bahu.

"Kila, sapa tadi tu?" Fikriyah menyentuh bahu aku secara mengejut. Aku gosok dada aku, gila tak terkejut.

"Classmate tadi." Jawab aku pendek je, malas nak ingat ke 'dia'.

"Handsome nya! Weh, kenalkan dekat aku. " Sempat lagi Fikriyah menyiku aku.  Aku ternganga tidak percaya.

"Kau nak dia? Biar betul? " Aku masih pandang Fikriyah.

"Yelah. Asal?  Kau nak dia juga ke?  Habis tu, Hisyam kau nak buang mana?" Eee... Aku menggeleng pantas.

"Tak nak aku, Hisyam my only love.  Hehehe... Weh, budak tadi tu perempuan lah, dia tomboy. " Jelas muka Fikriyah terkejut amat.

"What!?  Serius lah. OMG, hampir-hampir aku nak jatuh cinta tadi. Fuh!  Kalau tidak, jadi les lah aku. " Fikriyah tergelak, aku pun ikut sama ketawa. Tidak lama selepas itu, dua lagi rakan aku datang ke meja.  Giliran aku pula untuk beratur membeli makanan.

Oh ya!  Lupa nak bagi tahu. Aku dengan Fikriyah dulu satu kos diploma. Tapi bila masuk degree ni terpisah pula. Sebab tu dia tahu tentang Hisyam my love. Hehehe..

Hisyam? Of course lah pakwe aku. Kami dah couple 5 tahun kot. Dari sekolah menengah lagi, cuma nya dia tua setahun daripada aku.

Aku? Meh aku cerita sedikit tentang aku. Nama aku korang dah tahu kan. Tinggi aku 148 cm je, rendah tak aku. Hehehe... Orang selalu puji aku cantik, entah lah nak. Aku tak tahu kenapa dorang kata macam tu. Dorang kata sebab dagu aku berlekuk,  macam Dato' Siti Nurhaliza tu.... Hmmm.... Entah... Mungkin lah kot. Umur aku 22 tahun. Rasanya cukuplah kot. Nak tahu yang lain, teruskan baca cerita ni....

Khai P. O. V

"Uih... Tak puas lah cakap dengan 'bidadari'. Cantik nak mati, tak pernah aku jumpa orang secantik dia." Aku pandang dia dari jauh, tengah bergelak ketawa.

"Ingatkan cantik sebab make-up, tp tngok td natural je make-up dia... Hmmm, memang cantik sungguh ni."

"Aku kena cari jalan, macam mana nak rapat dengan dia ni." Hmmm... Macam mana ye? Agak-agak dia terima tak nak berkawan tomboy macam aku ni?

Memang takkan pernah puas nak pandang dia. Sumpah! Andai kamu jumpa dia berdepan pun, pasti nak tengok dia je. Dah lah cantik, comel pula tu dengan tinggi paras bahu aku je.

Oh ya! Tinggi aku 165 cm. Nak kata tinggi sangat tak juga kan. Sedang-sedang je lah.

Ni kalau aku pandang dia je, sampai ke esok tak sudah.  Tak apa, kelas petang nanti kita pasti jumpa semula Syakila. Aku tersenyum gembira. Headphone aku pasangkan ke kepala. 



Tolong!! Share dgn kwn2.. Support my story... Tenkiu😘

#vote #comment #share





Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now