Lia P. O. V
Aku bersandar lemah pada dinding yang berwarna putih. Kedua tapak tangan aku pandang, sedikit menggigil dan dipenuhi warna merah. Sweater serta t-shirt aku juga terdapat beberapa kesan merah.
Aku mengalih pandang kepada seseorang yang dari tadi diam. Tidak menangis tetapi sekadar termenung memandang pintu wad kecemasan. Badannya nampak menggigil
meskipun tengah duduk.
Tangan yang menyentuh bahu aku, membuatkan aku tersentak.
"Hah, macam mana police report? Okay tak?" Terus sahaja aku bertanyakan soalan.
"Semua okay, jangan risau. Polis kata bukti kita boleh membantu cari orang tu. Diorang dah mulakan operasi cari kereta based on keterangan saya bagi tadi." Elly membalas.
Aku melepaskan nafas lega, aku harap sangat orang tu dapat ditangkap segera.
"Pergilah bersihkan diri dulu. Basuh tangan tu." Bisik Elly. Beg sandang dihulur kepada aku.
Aku tersenyum nipis memandang kekasih hati aku ini.
"Takpe, saya nak tunggu..."
"Saya faham, tapi takkan awak nak jumpa ayah dia dengan keadaan macam ni. Pergilah bersihkan diri tu, pasal ayah dia biar saya yang tunggu."
Arah Elly lagi.
"Hmm... Tapi..." aku kembali memandang si 'dia' yang masih duduk terdiam.
"Awak pergi dulu, nanti saya pujuk Sya."
"Hmm... Yelah." Aku mencapai beg tersebut lalu berjalan ke tandas yang terdekat.
*****
"Cepatlah, kita dah lambat ni. Mengamuk budak Khai tu nanti." Aku menarik tangan Elly supaya bergerak sama.
"Ye, ye. Kejaplah, tali kasut ni." Elly berhenti mengikat tali kasut.
"Dah jom."Aku dan Elly berlari anak menuju kearah Khai dan Syakila yang sudah aku nampak dari tadi.
Beberapa langkah lagi nak sampai, tiba-tiba sahaja mereka bangun dan berlari kearah jalan raya.
Segalanya terlalu pantas, dalam sekelip mata sahaja ianya berlaku.
"Sya!!!" aku mendengar jeritan nyaring Khai sebelum Khai menggunakan tubuhnya untuk menolak Syakila yang berada ditengah jalan raya.
"Khai!!!"
Serentak aku melihat tubuh Khai melambung dirempuh sebuah kereta. Aku terkaku seketika, sebelum Elly menarik tangan aku dan terus berlari pantas kearah Khai yang terbaring berlumuran darah.
Aku sempat melihat nombor plat serta jenis dan warna kereta tersebut. Elly terus sahaja menelefon ambulans
" Khai!" Aku cuba untuk menutup luka Khai yang semakin banyak mengalirkan darah . Darah yang mengena pada baju dan tangan aku hiraukan.
Syakila disisi Khai tampak terdiam. Sekadar memandang Khai yang berkerut menahan sakit dan hampir menutup mata.
"Khai, jangan tido. Jangan tutup mata kau. Pandang aku Khai! Pandang aku." Aku berusaha menyedarkan Khai agar tidak menutup mata.
"S... Sya..." Khai menyebut perlahan. Seperti terseksa. Pastinya menahan sakit.
"Jangan cakap banyak, kau kena bertahan. Kejap lagi ambulans sampai. Tahan Khai! " Tangan aku masih menutup luka yang mengalirkan darah.
Airmata aku mula merembes keluar.
"S... Sya..." Sekali lagi dia bersuara. Dengan mata yang hampir terpejam. Dahinya berkerut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...
