OY 36

3.6K 152 41
                                        

Khai P. O. V

"Lia, jogging jom." Aku mengajak Lia melalui telefon.

"Bila? Sekarang?" Soal Lia.

"Yup. Jomlah." Pujuk aku.

"Malaslah, ajak lah sweetheart kau tu. Aku nak lepak dengan sweetheart aku."

"Ala... Ala... Jomlah. Aku memang ajak Sya. Tetiba pula rasa nak jogging dengan kau sekali. Kau bawa lah Elly tu. Kita lepak sama-sama lepas jogging. Jomlah... Jomlahh..." Aku 'menggedikkan' suara.

"Eeee... Kau kenapa? Gedik betul. Yelah-yelah. Aku ikut. Tapi aku turun lambat sikit. Dah lah ajak last minit." Bebel Lia disebelah sana. Aku tersengih.

"Yeah... Love you Lia."

"Love you, love you. Aku bagi penumbuk nanti, koma kau seminggu. Gedik kalah Sya." Masih dengan bebelannya.

"Alah, ni last dah kau dengar. Lepas ni mesti kau rindu aku punya. Werkkk." Aku mengejek sambil menjelirkan lidah, macam lah Lia boleh tengok.

"Takde makna aku nak rindu orang gila macam kau ni. Dah lah, aku nak bersiap, nanti lambat kau juga yang marah."

"Orait, cepat sikit tau."

"Iye aku tau. By the way, jogging mana?" Tanya Lia.

"Mana lagi, tasik Uni ni lah."

"Beres bos. Tunggu aku dengan Elly sampai baru start lari." Pesan Lia.

"Beres." Usai membalas, aku menutup panggilan tersebut.

Terasa sepasang tangan memeluk pinggang aku dari belakang. Mesra. Aku tersenyum.

"Lia nak join tak?" Tanya Syakila dibelakang aku. Aku melepaskan pelukannya, dan terus berpaling menghadap dirinya.

"Ha'ah, tapi dia lambat sikit." Balas aku tersenyum memandang bidadari dihadapan mata. Rambutnya diikat satu, namun masih ada yang sengaja dibiarkan lepas ditepi pipi.

Aku menyelitkan rambut tersebut ke belakang telinganya. Dia tersenyum membalas.

"Haih, cantiknya sweetheart saya ni." Ucap aku, memuji.

"Mana ada. Ada yang lagi cantik kot." Dakwa Syakila.

"Tapi dorang tak secantik awak di mata saya. Kan?" Balas aku masih tersenyum memandang wajahnya. Sumpah takkan pernah puas.

Aku terus sahaja menarik Syakila ke dalam dakapan aku. Dia nampak terkejut.

"I'm gonna miss u sayang." Ucap aku lalu mengeratkan lagi pelukan tersebut.

"Hei, kenapa ni? Ada apa-apa ke yang Khai tak bagitau Sya lagi?" Soal Syakila pelik.

Aku tersenyum.

"Khai dah ready untuk operation tu." Balas aku masih memeluk dirinya. Terus sahaja Syakila menolak sedikit tubuhnya, menjarakkan ruang.

Mata Syakila membulat.

"Seriously?" Riak wajah Syakila aku tidak dapat baca.

"Yup, please don't be mad sayang. Bukan nak belakangkan sayang, tapi Khai perlu masa untuk fikir. I'm sorry." Pujuk aku. Ya, aku tau aku buat keputusan sendiri.

"Eh, no! Sya tak marahlah, Sya cuma terkejut. Btw, Sya memang dah niat untuk sokong bila-bila je Khai nak buat pembedahan tu. Sya takkan halang. Itu untuk kebaikan Khai juga." Terang Syakila, seperti memujuk. Pipi aku diusap lembut.

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang