OY 8

4.6K 146 2
                                        

Khai P. O. V

"Khai, jom teman Sya keluar." Tiba-tiba sahaja Syakila menelefon aku pagi ahad yang indah ni. Aku menggosok mata aku, baru bangun sebenanrnya.

"Nak pegi mana?" Tanya aku masih mamai, suara pun nak tak nak je keluar.

"Jumpa Hisyam. Dating. " Syakila tergelak. Terus terbuka mata aku, hilang mamai. Aku salah dengar ke?  Aku pandang telefon aku semula. Gila ke nak ajak aku temankan dia pergi dating, boleh kena sawan aku nanti sebab Sakit hati.

"Tak nak lah, malas. Hari ni nak rehat." jawab aku pendek, hilang mood dengar nama Hisyam.

"Ala... Please! Please! Please! My honey bunny, my lovely scandal.... Please!!!" Rayu Syakila bersungguh. Aku pandang siling bilik aku yang berwarna putih.

Oh ya! Pasal ayat scandal tu dia bergurau je, dia kata dia Anggap aku ni boyfriend kedua dia. Adakah patut? Dia tak faham ke hati aku dekat dia macam mana. Adui....

Tapi tak apa, aku layankan je. Salah aku juga sebenarnya, sebab depan dia aku kata aku dah anggap dia bestfriend aku. Sedangkan dalam hati... Korang dah boleh agak kan?? Hehehe...

Lama aku diam...

"Tak nak!" Ringkas je aku balas.

"Okay fine, kita putus kawan." Terus talian terputus. Aku tersengih pandang skrin telefon.

'Ceh, putus kawan konon.  Sepanjang tiga sem kita dekat sini sehari pun kau tak pernah missed nak WhatsApp aku." Nak minta aku pujuk lah tu, tak ada maknanya lah, sekejap je merajuk dia tu.

Sorry guys!!!  Lupa nak bagitau, kitorang dah masuk sem ketiga. Aku dengan Syakila memang dah rapat macam belangkas kot. Mana dia ada, mesti aku ada. Dan yes! Aku ada bawa motor macam yang aku nak sebelum ni. Hahaha...

Sebab tu juga lah, perasaan aku dekat Syakila bertambah-tambah. Aku selalu rasa nak jadi pelindung dia mana je dia pergi. Dia ni mudah jadi tarikan sebab cantik sangat, jadi aku ni dah rasa macam bodyguard dia.

Dan satu lagi yang buat aku Makin Jatuh Sayang, sebab dia ni manja yang amat. Mustahil aku tak Jatuh cinta, kalau sikit2 merengak manja... Cair beb~. Lpastu, tiap kali berjalan beriringan, tangan dia tak lepas genggam tangan aku. Dan tiap kali tu lah, aku rasa macam diawangan. Berkali-kali jatuh cinta agaknya.

"Baik Sambung tido daripada fikirkan si Hisyam dengan Syakila." Aku tarik bantal dekat bawah kaki, dan peluk. Sambung tidur lagi sedap.

*****

Nada dering telefon aku berbunyi lagi~

"Eeyyy!! Kacau hari ahad aku lah korang ni." Dengkil aku marah. Aku tarik telefon dari bawah bantal, nak tengok nama si pemanggil. Tapi tak ada, yang keluar cuma nombor telefon. Maknanya ni nombor yang tak ada dalam contact list aku.

Nada dering tadi mati tanpa sempat aku angkat.

Aku terus bangun untuk duduk.

"Nombor siapa ni?" Aku garu kepala aku yang berambut pendek. Sekali lagi, telefon aku berbunyi, dan nombor sama yang keluar. Cepat-cepat aku jawab.

"Hello, Khai ke ni?" Tanya si pemanggil, dan ianya bersuara garau. Suara lelaki.

"Ye saya! siapa ni? "Jawab aku sopan.

"Saya ni, Hisyam."

"Hisyam? Hisyam mana ya?" Dahi aku dah berkerut waktu ni.

"Boyfriend Syakila." Terus aku buat reaksi sememeh. 😒😒😒. Dorang dua ni tak boleh bagi aku tenang ke, asyik nak menyakitkan hati aku je.

"Hmmm... Kenapa?" Tanya aku malas.

"Syakila ada dengan awak tak?" Lah, kata dating. Buat apa Syakila nak ada dekat aku pula.

"Mana ada, dia dah keluar tadi lagi."

"Khai, saya nak minta tolong sikit boleh tak?" Eeee.... Pakcik ni, ini mesti kes gaduh dengan Syakila lepastu nak minta aku tolong pujuk kan. 😒

"Hmmm... Apa dia?"

"Kalau Syakila dah balik, tolong bagitau dia saya minta maaf. Memang sepatutnya hari ni kitorang keluar, tapi tiba-tiba pula saya ada meeting persatuan. Saya tak boleh tinggal meeting ni."

"Lah, itu je kot. Telefon lah dia. Apa susah." Balas aku, malas sebenarnya nak masuk campur hal diorang dua ni.

"Itu masalahnya. Dah dekat dua jam saya telefon dia tapi tak angkat. Ingatkan dia dengan awak. Sebab tu saya telefon awak, memandangkan nombor awak je yang saya ada.  Ini pun Syakila yang bagi sebelum ni." Eee... Budak kecik ni lah kan, sesuka hati dia bagi nombor aku dekat orang.

"Tolong ya,  Khai. Saya kena gerak ni, meeting dah nak start. Sorry, bye!" Terus telefon ditutup. Aku pandang telefon terkebil-kebil.

Dia punya masalah, aku pula kena tolong settle. Haish!! Tapi budak Syakila satu ni pun lah, apasal tak angkat telefon.

Aku cuba dail nombor Syakila. Cuma masuk peti suara. Maknanya telefon Syakila mati.

Eh! Takkan merajuk dengan aku sampai off telefon kot. Aku cuba lagi, masih sama.

Aku dah tak sedap hati ni, lain macam rasa. Aku cuba lagi sampai yang kesepuluh kali. Makin lama, hati aku makin tak sedap.

'Kenapa ni? Ada apa-apa tak kena ke?' Gumam aku. Sumpah! Aku tak tenang. Aku kena cari Syakila!

Cepat-cepat aku ambil tuala dengan bakul barangan mandian aku. Berdesup aku lari ke bilik air.

Sorry for the late update...ni dah mnggu assigment kna hntr... Jadi kurang dh masa free saya.... Sori again.

#support#comment#vote

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang