Disebabkan author dah lama tak update. So author bagi special utk readers semua part Jimin ni! So enjoy!!! Lagipun Hoseok part tak settle lagi😂
Jimin - Hurt
Readers as Song Yena
Request by song_yena
-
-
-"ERGH! Kenapa kau perlu sibuk hal aku haa sial!" Jimin menolak kuat perempuan itu sehingga terjatuh
"Ahh! Appo.. oppa" dia mula menangis. Tidak dapat menahan air mata yang memang sudah lama bertakung
Song Yena iaitu isteri kepada Jimin. Selalu sahaja Yena dipukul oleh Jimin.
Dia sendiri tidak tahu kenapa Jimin berkelakuan begitu. Ada yang kata muka Yena sama dengan arwah isterinya.
Ya, dulu Jimin pernah berkahwin dengan orang yang amat dia cintai, mungkin sebab itu Jimin begitu. Mungkin kerana terlalu rindukan arwah isterinya.Isterinya terlibat dalam kemalangan 2 tahun lepas yang membuatkan Jimin murung dan menyalahkan dirinya atas kemalangan yang terjadi ke atas mendiang isterinya dan disebabkan itu juga Jimin tidak sanggup melihat muka Song Yena yang seiras dengan arwah isterinya.
Flashback
"Chagi, tunggu dekat sini tau!" kata Jimin pada isterinya, Dayana.
"Nae! Phalli! Tak sabar chagi nak tengok apa yang special sangat tu" Dayana agak teruja
"Okay! Tunggu!" Jimin terus berlari meninggalkan Dayana di tepi jalan yang terdapat sebuah bangku
Dayana duduk di bangku tersebut sambil menunggu Jimin.
"Apalah dia nak bagi tu.. lewat malam macam ni" kata Dayana sambil memikirkan sesuatu yang memang dia inginkan
Entah bagaimana sebuah van tidak dapat di kawal menghala ke arah Dayana yang sedang duduk di bangku tersebut
"BOOM!"
Jimin POV
11:55 P.M. (30/9/20...)
Tinggal lagi berapa minit je hari jadi dia 1/10. Tak sabar aku nak bagi hadiah ni dekat dia!
Aku berlari ke kereta untuk mengambil hadiah tersebut dan berlari semula ke tempat Dayana menunggu..
Aku lihat ramai yang berkerumun di tempat aku tinggalkan Dayana, aku dapat lihat dengan van yang habis rosak di bahagian depan dan terdapat warna merah seperti darah
Aku pergi ke tempat itu..
End POV
Alangkah terkejutnya Jimin, terjatuh barang yang dipegang oleh Jimin.. terkeluar isi barang yang berada di dalam kotak tersebut. Ia adalah seutas jam dan sebuah patung bear.
Jimin menuju ke arah Dayana yang sedang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah
"Chagi!!!" jerit Jimin
Jimin memangku kepala Dayana dan mengusap lemah pipi Dayana yang tidak bermaya lagi
"Chagi.. Saengil Chukkahaeyo.. mianhae semua salah oppa tinggalkan chagi kat sini" Jimin berkata dengan air mata yang sudah membasahi pipinya
"Gomawo.. Gwenchana oppa.." Dayana masih senyum memandang Jimin
"Jangan tinggalkan oppa! Ya!!! tolong call kan ambulan!" Jimin memarahi orang yang berada di situ
"Sabar encik, ambulan dalam perjalanan. Sabar ye encik" seseorang cuba untuk tenangkan Jimin
Jimin mengusap pipi Dayana
Seoul Hospital
"Maafkan saya. Isteri encik tidak dapat di selamatkan.. maaf" kata seorang doktor
Jimin mendengarnya jatuh terduduk di hadapan doktor tersebut. Betapa sakitnya hati dia.. Dayana tinggalkan Jimin sama dengan tarikh hari lahirnya sendiri.
Bagi Jimin, tarikh hari itu amat dia benci.
"Mianhae semua salah oppa.. chagi.." Jimin terus menangis, tiada siapa lagi yang hendak Jimin bermanja dan meluahkan perasaannya. Hanya tinggal keluarga dan sahabat rapatnya sahaja..
"Jeongmal mianhaeyo.."
End Flashback
"Oppa, jom makan" ajak Yena
"Makanlah dulu. Aku sibuk ni" Jimin berkata dengan nada yang marah tanpa memandang Yena
"Tapi oppa tak makan langsung dari pagi sampai malam ni" risau Yena
"Kesah pulak aku nak makan atau tak.
Boleh tak kau jangan kacau aku!
Menyemak!" Jimin menengking Yena
Yena hanya menundukkan kepalanya. Sudah 2 bulan mereka berkahwin, tidak pernah Jimin layan dia dengan baik.
Song Yena berkahwin dengan Jimin atas permintaan ibu dan ayahnya, begitu juga dengan Jimin. Yena menerima permintaan itu disebabkan memang sudah lama Yena menaruh hati pada Jimin sejak ibunya membawa Yena berjumpa dengan ibu Jimin, dan di situlah Yena bertemu dengan Jimin.. selepas sahaja kematian isterinya.
Jimin ketika itu hanya memberi pandangan kosong terhadap mereka
Jimin hanya mengikut sahaja permintaan ibu menyuruhnya berkahwin dengan Yena, tak naklah hati ibunya terluka jika menolak.
-
"Yaa!!! Aku suruh kau seterika baju kerja aku yang warna ungu ni kan?! Asal tak seterika lagi?!!" Jimin mencampakkan baju kerjanya tepat kena pada muka Yena
"Mianhae.. saya terlupa, sebab tadi saya penat sangat.." kata Yena menundukkan kepalanya, takut akan Jimin
Bila Jimin sudah marah, benda yang kecil pun boleh menjadi besar. Itu yang membuatkan Song Yena makin lama makin takut pada Jimin. Sudah penat dia cuba untuk memikat hati lelaki itu
"Banyaklah kau penat! Kau duduk rumah kemas rumah je! Bukan macam aku pergi kerja, aku lagi penat berbanding kau perempuan!" Jimin menarik kebelakang rambut Yena
"M-mi-mianhae op-oppa.." tersekat2 Yena hendak berkata akibat tahan sakit Jimin menarik rambut dan mencengkamnya dengan kuat
"Tchhh.." Jimin melepaskan tangannya dari mencengkam rambut Yena dan berlalu pergi
"Eomma.." Yena menangis sambil memeluk tubuhnya
To be Continued
YOU ARE READING
BTS IMAGINES {malay ver}
Fanfiction[MALAY ver.] (On-going) Your imagines with BTS Tempat manusia-manusia seperti ARMY berangan? begitu juga author yang memang suka sangat berangan tak tentu pasal. Enjoy!!! *Imagines ini mempunyai 5 part dan tambahan part bagi satu idol BTS. Only (Ji...