Scroll kebwh je kalau dah baca part ni. Ade tambah ayat je..luahan kasih syg saya pada kamu😂
Jin - Destiny pt Last
"Ehh Baekhyun oppa?! Kata takde dekat cafe harini?" tanya Jijae terkejut melihat kehadiran Baekhyun
"Eo.. urusan oppa dah settle tadi. Alang2 nak balik tu sekali jalan ke cafe. Tu lah datang ni.." jawab Baekhyun
"Ouh yeke.. haa Jin tadi nak cakap apa?" Jijae mengangguk dan seraya memandang ke arah Jin yang ingin bercakap sebentar tadi. Tapi dihalang oleh kehadiran Baekhyun
"Takde apalah.." jawab Jin lemah. Jijae hanya memandang Jin pelik. Dah tak nampak muka Jin yang tampak happy je tadi. Kenapa dia ni?
"Haa ni Jijae.. awak dah cakap ke belum tentang nak beli barang tu dekat Jin?" tanya Baekhyun pada Jijae
"Belum.. saya baru nak cakap ni" balas Jijae
"Okay takpe. Hah Jin, tolong belikan barang kat dapur yang dah nak habis tu. Hyung busylah nak settlekan problem kat cafe ni. Boleh kan? Mesti bolehnya kan.. yelah kau kan asisstant hyung. Boleh eh?" Pujuk Baekhyun pada Jin
"Hah? Okay" Jin mengambil kunci keretanya yang diletakkan dia
atas meja yang dia duduk dan terus melangkah pergi tanpa berkata apa-apa"Kenapa dengan Jin tu? Tadi elok je dia" kata Jijae pelik
"Ada masalah dengan yeoja chingu tu" jawab Baekhyun
Dey sejak bila Jin couple ni. Pandai2 je kau tambah ayat eh Baekhyun. Potong gaji drama kau dlm ni (note dari author kpd Baekhyun)
"Eik? Dia tak pernah cakap pun dia ada yeoja chingu. Siapa oppa? Oppa tahu? Siapa?!" Jijae tertanya-tanya
"Entah" jawab Baekhyun acuh tak acuh. Malas nak melayan terus sahaja dia masuk ke dalam pejabatnya
Jijae yang mendengar jawapan dari mulut Baekhyun seakan hilang mood tiba-tiba. 'Kenapa aku rasa sedih? Betul ke apa yang Baekhyun oppa cakap tu, dia dah ada yeoja chingu? Haih perlu ke aku kesah'
Jijae menggeleng dan biarkan kesemua itu berlalu dibawa angin.
Jin's POV
"Ergh! Kenapa dia perlu muncul tadi!" Jin menghentak tangan pada stereng keretanya
"Bod*h! bod*h!" Sekali lagi Jin menghentak tangannya pada stereng, kali ini lebih kuat. Merah tangan Jin diperlakukan begitu
Jin dan Baekhyun hanya berbaik bila ada di depan Jijae sahaja. Tapi bila hanya mereka berdua sahaja, mulalah jelingan maut berlaku. Kadang2 tak bercakap langsung pun ada. Disebabkan itu juga Jin selalu tidur di rumah kawannya di Busan.
Hanya disebabkan seorang perempuan, mereka jadi begitu. Masing-masing menaruh harapan tinggi pada Jijae. Walaupun Baekhyun cuba untuk lupakan Jijae, tapi masih tidak boleh disebabkan Jijae asyik ada didepan mata dia sahaja. Mana taknya kerja sama tempat.
Jin meletakkan kepalanya pada stereng kereta.
"Kau sengajakan hyung nak ambil peluang. ARGHHH" Jin mula menitiskan air matanya.
Walaupun Jin nampak baik, kuat dan seorang yang peramah. Tapi di sudut hatinya tersimpan satu perasaan yang dia tidak dapat kawal. Perasaan marahnya.
Pin! Pin! Pin!
Jin mengangkat kepalanya dan memandang ke depan. Alangkah terkejutnya sebuah kereta menuju ke arah kereta Jin..
Jijae's POV
"Nah ini pesanan coffee encik. Terima kasih, datang lagi ya" ucap aku dengan senyuman. Pelanggan itu membalas senyuman aku. Sebaik sahaja pelanggan tersebut itu keluar. Timbul perasaan tidak sedap hati pada aku
YOU ARE READING
BTS IMAGINES {malay ver}
Fiksi Penggemar[MALAY ver.] (On-going) Your imagines with BTS Tempat manusia-manusia seperti ARMY berangan? begitu juga author yang memang suka sangat berangan tak tentu pasal. Enjoy!!! *Imagines ini mempunyai 5 part dan tambahan part bagi satu idol BTS. Only (Ji...