Jimin - Hurt pt. Last

436 27 9
                                    

Jimin - Hurt pt. Last

-
-
-

Seminggu selepas kejadian itu..
Entah kenapa Jimin berasa pelik dengan perangai Yena dua tiga hari ni. Walaupun dia marah, tengking, tak pernah dia balas balik apa yang Jimin lakukan. Makin manja..

Jimin berjalan menuju ke pintu. Seperti biasa Jimin tidak akan menegur atau memberitahu Yena jika dia hendak keluar ataupun pergi ke kerja

"Ermm oppa!" Panggil Yena

"Apa?" Jimin menjawab sepatah dan berhenti seketika

"Nak salam" Yena menghulurkan tangannya.

"Haih.." Jimin mengeluh sedikit dan terus menyambut huluran Yena itu. Yena mencium tangan Jimin dan melepaskannya.

"Bye!" Ceria sahaja muka Yena hari ini

Jimin berlalu pergi. Selepas pintu ditutup.. Jimin menggelengkan kepalanya

'Dah kenapa dia tu?' Jimin tersengih. Dengan keadaan tersengih begitu, cepat-cepat Jimin menampar perlahan mukanya sendiri

'Heh kenapa aku perlu ambil tahu pasal dia..' kata Jimin di dalam hati

-

"Anak eomma nak lawat appa ke kat tempat kerja hah?" tanya Yena sambil mengusap perutnya

"Rindu kat appa ke?" Yena tersenyum

Yena disahkan mengandung sebulan. Memang ceria sahaja muka Yena bila dapat tahu dia mengandung. Jimin marah atau tengkingnya, dia tidak pernah ada rasa benci pada Jimin.. lagi2 bila dia mengandung. Rasa nak bermanja saja walaupun Jimin membencinya

"Kita pergi lawat appa okay!"

-

"Yaa oppa" Yena terdengar suara perempuan di dalam bilik Jimin. Tak mungkin Jimin...

Yena membuka pintu bilik itu tanpa rasa takut.

Hancur hati Yena bila melihat perempuan yang dia terdengar suara tadi tengah duduk di atas Jimin sambil memeluk lehernya. Jimin hanya membiarkan perempuan itu duduk di atasnya tanpa membuat apa2.

Terbeliak mata Jimin dengan perempuan tersebut. Mereka cepat2 bangun dari posisi tersebut

"A-awak.." Jimin terkejut dengan kehadiran Yena

Air mata Yena mula bertakung. Terus sahaja Yena pergi ke arah Jimin

"Oppa.. apa semua ni.." Yena menolak banyak kali bahu Jimin

Jimin hanya senyap tidak berkata apa-apa. Yena memandang perempuan tersebut

"Kau siapa hah perempuan?!" Lalu menolak kuat perempuan itu

Jimin yang memandang kejadian itu terus bertindak dengan menarik lengan Yena

"Lyn, keluar.." arah Jimin

"Tapi..."

"Keluar aku kata kan!" Jimin menengking Lyn. Terus sahaja Lyn keluar dari bilik tersebut

"Ergh"

Jimin memandang Yena dengan pandangan yang tajam. Yena sudah tahu apa yang akan terjadi dan mula mendekati Yena. Yena selangkah kebelakang

"Nak apa awak- k-kau datang sini?!" Jimin bertanya dengan nada marah

"Siapa perempuan tu?!" Yena menanyakan soalan

Jimin hanya senyap memandang ke arah lantai

"Oppa! Saya tanya kan siapa perempuan tu?!" Yena bertanyakan soalan itu sekali lagi dengan nada yang tinggi

BTS IMAGINES {malay ver}Where stories live. Discover now