OY 5

4.7K 150 10
                                    

Syakila P. O. V

"Ya Allah,  diorang bertumbuk." Aku pandang Khai,  Faisal  dekat atas. Aku nampak Faisal dah terduduk, and Khai tengah cakap something dekat Faisal. Lepas tu dia terus blah~

"Korang, aku gerak dulu. Ada hal." Aku bagitau Nadia dengan Hana, sebelum aku terus berlari ke bawah. Keluar je pintu dewan kuliah, aku nampak Khai tengah berjalan seorang diri. Cepat-cepat aku kejar dia.

"Khai, kejap!" Aku tarik lengan dia suruh berhenti. Dia terus pusing pandang aku. Tinggi juga dia ni, aku kena mendongak sikit nak tengok dia. 

"Eh?" Itu je yang keluar dari mulut dia, tapi reaksi muka lagi jelas lah. Nampak sangat dia terkejut.

"Awak okay tak ni?" Soal aku, masih lagi pegang tangan dia.

"Saya Okay, kenapa?" Dahi dia berkerut pandang aku.

"Tadi kan Faisal pukul awak, serius lah okay? Pipi ni tak sakit ke?" Aku angkat tangan aku and terus sentuh pipi dia yang ditumbuk tadi. Nampak macam nak bengkak ni!

"Jom! Kita surutkan bengkak ni." Aku tarik tangan dia, tapi dia masih lagi kaku pandang aku.

"Jomlah! Kita letak ais." Aku tarik tangan dia kuat.

"Hah!  Okay-okay." Lepastu baru lah dia ikut aku gerak. Tangan aku masih lagi mengheret dia sampai lah ke cafe.

*****

Khai P. O. V

'Sakit nya pipi aku.' Aku berjalan sambil aku sentuh pipi bekas ditumbuk Faisal.
Tapi bukannya aku tak biasa ditumbuk pun, kalo sebelum ini lebih teruk pun ada. Sampai koyak mulut aku dekat dalam.

Kaki gangster juga lah aku ni, sebab tu bila aku libas Faisal dia terus terduduk. Itu hasil daripada latihan tinju dengan punching bag  dekat rumah tu lah. And yeah! Ayah aku jurulatih tinju, tu yang aku maksudkan aku dibesarkan dan dikelilingi lelaki dari kecik sebab banyak masa aku terluang dekat gelanggang latihan tinju je.

"Khai, kejap!" Tiba-tiba ada orang tarik tangan aku dari belakang. Aku pun pusing lah nak tengok.

"Eh?" Sorry lah, itu je yang terkeluar dari mulut aku, terkejut kot!

Mustahil lah kan tak terkejut, andai tiba-tiba si cantik tegur kita dulu. Macam mimpi pun ada juga.

"Awak okay tak ni?" Tanya sang bidadari. Muka dia nampak risau.

"Saya okay, kenapa?" Aku pandang je dia yang rendah daripada aku. Gosh! Mata bulat dia,  cair beb.

"Tadi kan Faisal pukul awak, serius lah okay? Pipi ni tak sakit ke?" Tiba-tiba tangan dia sentuh pipi aku.

Aku punya terkesima jangan cakaplah, rasa nak melompat waktu tu juga. Lembut nya tangan dia~ Melting woi, aku melting. Rasa macam bunga api tengah meletup-letup kat dalam hati ni, gembira sangat.

Walaupun dia pegang pipi yang salah~😒 Padahal yang kena tumbuk belah lain, tapi tak apa aku diamkan aje. Hehehe. Orang dah care pasal kita takkan kita nak malukan dia pula. Betul tak?

"Jom!  Kita surutkan bengkak ni." Dia tarik tangan aku, tapi aku masih berdiri statik. Seriously weh, caring gila dia dengan aku. Tak pernah pula ada orang buat aku macam ni.

"Jomlah!  Kita letak ais." Dia tarik aku lagi kuat.

"Hah! Okay-okay." Barulah aku ikut dia yang bawa aku entah ke mana. Aku ikut je. Tengok-tengok dia bawa pergi cafe.

"Tunggu sini kejap, saya pergi beli ais." Beritahu dia, aku mampu angguk je. Duduk dengan dia ni, aku dah macam kena baca-baca. Aku ikut je apa dia nak. Hahaha...

Lima minit kemudiam, dia datang dengan ais diisi didalam cup air.

"Mari! Kita cari tempat tak ramai orang." Dia tarik lagi tangan aku. Aku pun menonong je ikut. Jauh juga dia tarik aku, sampai ke kerusi depan tasik buatan universiti ni. Memang tak ramai sangat orang sekarang ni.

Aku duduk hadap tasik. Diam~ Sesekali aku jeling dia di sisi aku. Dia tengah keluarkan sapu tangan dari dalam bag dia, then dia letakkan ais atas sapu tangan dia tu.

"Ouch!" Aku terteriak sedikit, sakitlah makcik.

"Opss... Sorry-sorry." Lepas tu dia tuam pipi perlahan-lahan. Kadang-kadang keluar juga perkataan 'ouch' aku kalo dia tertekan.

Dah macam Musim bunga dalam hati aku ni, mekar je~ Berbunga-bunga penuh.

"Thanks, sebab ambil berat pasal saya." Ucap aku, sambil pandang dia. Dia tersenyum manis. Zupp!  Macam ada anak panah tembus Dalam hati aku ni tengok senyuman dia.

"Ur welcome. Ni sebagai tanda balasan awak selamatkan saya pagi tadi." Ucap dia, giliran aku pula tersenyum.

Tiba-tiba ada bunyi ringtone daripada telefon dia. Dia serah sapu tangan yang berisi ais tu kepada aku, sebelum dia mengambil telefon dari dalam beg dia.

Sempat aku pandang nama pemanggil dan tengok reaksi dia. Muka dia nampak ceria bila nama 'my love' yang terpapar.

"Hai Sayang." Tu je aku sempat dengar sebelum dia berdiri menjauh daripada aku.

Ada rasa kecewa menular dalam hati sekarang ni. Tadinya Musim bunga, sekarang dah berubah jadi Musim luruh. Habis hilang semua bunga2 yang mekar tu. 

Perlahan-lahan aku bangun tinggalkan sapu tangan dengan beg dia, beredar daripada situ.




#support #vote #comment

Only you, my love! (GxG) Where stories live. Discover now