OY 7

4.6K 156 6
                                        

Khai P. O. V

"Argh!!! Penat nya." Aku menggeliat diatas kerusi. Penat kerana sudah berjam-jam aku duduk menghadap laptop.

"Bila assignment ni nak habis?" Keluh aku lagi. Aku menghentakkan dahiku keatas meja. Tiba-tiba aku merasakan belakang kepala aku digosok, terasa dimanjakan.

Tak perlu angkat kepala, kerana aku tahu gerangan orang itu. Tak ada orang lain dalam bilik aku ni selain kami berdua.

"Sabar lah, sikit je lagi ni." Pujuk Syakila, di telinga aku.

Dekat Universiti ni, kami diberikan satu bilik untuk dua orang. Tapi aku bernasib baik sebab aku tak ada roomate, maknanya satu lagi katil dalam bilik aku ni kosong. Sebab tu dengan senang nya Syakila boleh datang dekat bilik aku ni.

"Nak air tak? Saya buatkan." Pelawa Syakila. Terus tegak aku duduk dengan muka ceria. Aku pandang dia dengan muka aku buat-buat comel.

"Nak!!" Ucap aku kuat.

"Okay,  tapi dekat mana awak letak mug dengan air 3 in 1 awak? " Tanya Syakila sambil mengisi air mineral ke dalam heater dan menghidupkannya.

"Dua-dua dalam loker. Buka lah, buat macam loker sendiri." Ujar aku lalu berdiri, hendak merenggangkan urat-urat pinggang. Fuh!! Leganya~

Syakila sibuk mencari mug dan paket 3 in 1 aku didalam loker. Aku memandang belakang tubuhnya. Tiba-tiba dia berpaling menghadap aku dengan wajah teruja. Dah apa kena pula ni?

"Awak pandai main gitar?" Soalnya masih didepan loker.

"Kenapa pula tiba-tiba tanya ni?" aku bertanya semula. Syakila mengecilkan mata memandang aku.

"Awak ni waktu SPM gagal bahasa melayu eh?"

"Maksud?"Aku tertanya apa maksud Syakila.

"Tengok tu! " Ujar Syakila lagi.

"Apa dia? Saya tak faham." Dahi aku dah habis berkerut ni. Sumpah! aku memang tak faham.

"Saya tanya awak, awak tanya saya balik kenapa? Susah ke nak jawab?" Ujar Syakila.

"Masih tak faham lah, apa awak cakap ni." Aku angkat bahu.

"Eee... Kenapa lembap sangat ni?" Syakila menggenggam penumbuk, tanda geram. Apa? Betullah aku memang tak faham.

Dia menghadap pintu loker semula dan menarik keluar sesuatu. Gitar aku! Bunyi 'tik' pada heater menandakan air sudah pun masak.

"Ni siapa punya?" Tanya Syakila. Mata dia jangan cakap, tajam je dia tenung aku.

"Saya."

"Awak boleh main gitar?"

"Bolehlah sikit-sikit. Masih belajar lagi." Ucap aku tertunduk malu. Dia bergerak menghampiri aku.

"Boleh tak mainkan untuk saya satu lagu?" Pinta Syakila. Aku cepat-cepat angkat kepala, memandang dia tidak percaya.

"Saya dah lama teringin nak dengar orang mainkan lagu untuk saya."

"Hisyam?" Tanya aku. Ya! Aku dah tahu serba sedikit tentang Hisyam daripada Syakila sendiri. Dia kata tak ada benda perlu dirahsiakan daripada aku. Sebab katanya, dia dah selesa dengan aku.

"Tak, dia tak pandai main gitar." Ucap Syakila, sedikit sedih. Ah!  Peluang ni.

Oleh sebab aku tak sanggup tengok dia bersedih dan dia nampak sangat berharap aku mainkan lagu, akhirnya aku mengambil gitar digenggamannya. Syakila terus tersenyum gembira.

"Duduk!" Aku menyuruh dia duduk diatas katil aku, manakala aku menarik kerusi belajar aku dan duduk menghadap Syakila. Muka teruja dia dah memang tak boleh nak sorok dah.

"Nak lagu apa?" Tanya aku.

"Tak kisah, apa-apa pun." Cepat je dia jawab. Aku tersenyum.

Aku menunduk memandang gitar aku untuk membetulkan kedudukan jari. Perlahan-lahan aku memetik tali gitar dan tersenyum memandang Syakila. Mata Syakila tampak bersinar teruja mendengar bunyi petikan gitar aku.

Lubuk Hati Yang Terdalam
Dihuni Rindu Menjalar
Jarak Terus Memisahkan
Tapi Hati

Mungkin Tangan Ini Tak Pernah
Membelai Indah Cintamu
Mungkin Mata Ini Tak Terlihat
Tak Akan .. Hilang

Bayang
Mekar Di Dalam Jiwaku
Bersebelahan Tanganku
Tak Mungkin Aku Terlupa..
Rindu

Hati Ini Semakin Risau
Jurang Perjalanan Ku
Walau Jauh Tak Kan Berubah

Bila aku nyanyikan lirik lagu tersebut, Syakila terus menutupi mulutnya. Entah dia teruja,  terkejut Ataupun tengah gelakkan suara aku yang sumbang. Tapi aku tetap teruskan.

Aku berjaya menyanyikan lagu tersebut sehinggs habis. Habis sahaja petikan tali gitar aku terakhir, Syakila bertepuk tangan.

"Terima kasih, terima kasih peminat sekalian. " Aku berdiri sambil melambai kononnya melambai peminat-peminat aku. Dia tergelak.

"Sedap nya suara awak, dah macam suara lelaki. Serak-serak basah. Saya minat penyanyi lelaki yang suara macam awak ni." Puji Syakila bersungguh, membuatkan aku tersengih malu.

"Ish! I adore lah dengan suara awak. Jadi crush saya lah kalo macam ni." Ucap Syakila lagi, dan kami sama-sama tergelak.

"Lepas ni boleh lah selalu nyanyikan lagu untuk saya. Ingat tau, mulai hari ni saya peminat nombor satu awak. " Selepas sahaja dia berkata sebegitu, dia terus datang menghampiri dan memeluk aku.

Aku terdiam. Jantung jangan cakap~ dub, dab, dub, dab~ Laju semacam.
Air masaj tadi dah lupa dah... Hahaha




#support#vote#comment😘😍

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang