Sambungan dari Part 2
~Mya yang mengelamun terkejut dengan tindakkan Nissa yang dengan tiba- tiba menguis sikunya.Mya menyedari bahawa semua mata sudah beralih kepadanya~~
"err..ye cikgu,Ada apa?"Soal Mya kebingungan.
"Awak faham ke apa yang cikgu terangkan tadi?".Tegas cikgu Yas lagi.
Apa yang aku nak jawab ni?.Mya berfikir sendiri.Tu lah.Mengelamun lagi kau.Apa aku nak buat ni?.Semua memandangnya dengan penuh minat.Nissa menunjukkan tajuk yang dipelajari sebentar tadi secara sembunyi dengan Mya.
"ohh..saya faham cikgu."Jawab Mya ringkas
"kalau tanya faham ke tak. mesti faham punya tapi kalau di suruh ulaskan semula diam seribu bahasa." bisik satu suara
Mya mendengar bisikkan tersebut namun mengendahkan kerana dia tahu insan tersebut memang tidak suka kepadanya.
"cuba terangkan dengan rakan kamu supaya mereka lebih faham "Arah cikgu Yas lagi.
Dup!terasa dihempap batu yang amat besar.Cikgu ni kan.Sengaja nak tangkap basah aku.Ada je cara dia nak kenakan aku.Aku tahu la anak dia tak suka aku.Tapi,takkan mama dia pun nak join anti-fans aku.Mya mengomel dalam hati.
Yasirah sempat melemparkan senyuman yang menjengkelkan ke arah Mya.Nanti kau!Mya memandang dengan perasaan yang bercampur baur.
Mya bingkas bangun dari kerusi dan membaca teks di dalam buku dan menerangkan serba sedikit yang dia faham.Cikgu Yas mengangguk tanda puas hati.Lega.Mya duduk semula dan sempat ber-low five dengan Nissa.
"Pandai jugaj kau ni kan.Dari tadi mengelamun dapat jawab apa yang cikgu nak."Ujar Nissa kagum.
"Eleh,pandai apa nya.Kalau kau tak bagi clue tadi,mati kering aku nak soalan dia.Lagipun aku baru jer bab tu sebelum dia masuk kelas.so ingatlah sikit.By the way,terima kasih!nomu nomu gomawo!!" Ujar Mya sambil tersengeh.
"Yelah tu.Dah masuk da bahasa Korea dia.Sama-sama cik Mya oi.Kau ada nampak muka si yasirah tu tengok kau tadi?"
"mana taknye.Dia kat depan kita je pun.Nak berbisik pun tak pandai.Suara tu kalau dah bising macam mikrophone tak payah la nak bisik-bisik.Buat malu je."
"hahaha..kau ni kan Ada-ada je. Jangan dikisahkan sangat budak tu.Dia memang dengki dengan kau."
"malas nak melayan"Mya menamatkan perbualan mereka dan menyambung semula pembelajaran.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RING!!!!!
Lonceng berbunyi menandakan pembelajaran Sejarah telah tamat.Seperti biasa ketua kelas mengetuai untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu.Sebaik sahaja cikgu Yas keluar dari kelas Keadaan menjadi bising.Semua "pasar" akan dibuka sekiranya ketiadaan cikgu yang masuk atau cikgu masuk lewat.
"Ehem geng!cikgu Fauzi tak ada.Dia pergi kursus selama 3 hari.Jadi dia dah bagi latihan yang perlu kita buat.Dia suruh hantar sebelum masa tamat.Aku letak kat depan ni,korang ambik la ye.Jangan tak buat pulak.10% markah ujian kita akan ditambah melalui latihan ini.Ingat tu."Pesan Adib selaku ketua kelas.
Pelajar mula mengerumuni meja depan untuk mengambil latihan yang dimaksudkan.Kelas 4sains2 yang seramai 25orang pelajar merupakan kelas kedua terpandai dan juga kelas yang menjadi bualan hangat guru dengan masalah disiplin mereka.Tetapi belum pernah lagi melakukan kesalahan yang berat.
Nissa mula bangun dari tempat duduknya dan berjalan untuk mengambil latihan tersebut.Mya hanya duduk memikirkan cara nak memberitahu mereka tentang berita gembira tadi.Tersedar yang dia belum kedepan.Mya meminta Nissa untuk mengambil untuknya sekali.Tetapi sudah ada yang menghulurkan bantuan.
"Nah.Aku dah ambik awal untuk kau."Ujar satu suara.
"Thanks Adib.Buat susah kau je tolong aku"
"Eleh,tak susah pun.Lagipun kita kan monday couple.Dah sepatutnya layan kau baik."Gurau Adib.
"Ne uppa,hari ini Jumaat.No monday couple."Mya menjawab acuh tak acuh.
"for me,every day is our couple day!"
"nope!every day is Girls Day.Tak ingat apa yang Jaesuk cakap masa Running Man hari tu"Mya mula mengubah topik.
"yelah Mya.Nanti tak pasal-pasal aku kena dengan Prince Charming kau tu."Adib tersenyum hampa.
Mya membalas senyuman Adib dengan menjentik dahi Adib.Adib mengaduh kesakitan tapi tidak pernah membalas.Adib Safwan memang sahabat Mya sejak dari kecil.Adib sentiasa berada di samping Mya jika Mya berada dalam masalah.Walaupun kehadiran Irham Ariffbillah membuatkan Adib sedar akan kedudukannya di hati Mya.Tapi Adib yakin Mya akan beralih kepadanya.Namun Adib tidak terlalu berharap.Berada di samping Mya sudah cukup untuk dirinya.
Seperti biasa,10 minit sebelum pembelajaran tamat semua pelajar sudah bersiap sedia untuk balik.Ada yang sudah duduk bagai "sapam" di depan pintu.
"Mya,kau masih hutang aku satu benda"Nissa memulakan perbualan semula.
"hutang apa lagi ni Nissa?"
"eh!kau ni lupa ke buat-buat lupa.Tadi kau jumpa Saem buat apa?kata nak bagitahu "Rajuk Nisa.
"hehee..mian.Lupa pulak aku.Nasib baik kau ingatkan.kena panggil yang lain dulu."
"Adib,Nurin,Joe,Nana,Lea.sini jap.Mya ada good news bagitahu"Nissa memanggil mereka dengan penuh semangat.
"Kenapa Mya.? orang dah nak balik ni.?"Joe yang duduk di depan pintu mula menghampiri mereka.
"Mian ganggu korang nak balik.Nak bagitahu pasal dance tu.Korang masih ingat tak?.Dah alang-alang kita sekelas.Benda baik kena bagitahu cepat."
"Ingatla.Gila tak ingat.Dapat ker"Nurin berasa ingin tahu.
"Alhamdulillah dapat!.Itu yang aku sibuk fikirkan tadi.Dia nak kita cari 12 orang untuk cukupkan group.Yang perempuan aku dah dapat.Tapi lelaki kena cari dua orang lagi kot.Kan kita biasa 10 orang je.Itu yang aku bingung."Ulas Mya panjang lebar.
"Daebak!akhirnya dapat jugak aku wakil sekolah.Yang 2 orang tu kau jangan susah hati.Aku tahu siapa boleh join.Tapi kena bagi Saem tengok prestasi mereka dulu."Lea menyelamatkan keadaan.
"Ok.Itu tak jadi masalah.Jom la balik.Orang lain dah keluar da tu.Thanks Lea."Mya menamatkan perbualan sebaik sahaja lonceng berbunyi.
"Malam ni aku datang rumah kau.Banyak benda aku nak cerita malam ni.Aku tidur rumah kau tau!"balas Nissa.
"Yelah cik Nissa.Datang je.Mama papa aku tak ada.Dia orang melawat nenek aku kat kampung.Aku dengan Kai je kat rumah."
"Assa~~~!!"Nisa membuat thumb up .
Mereka terus turun menuruni tangga dan menuju ke arah pondok bas di depan sekolah.
~~~~~~~TO BE CONTINUED~~~~~~~
COMMENT OR GIVE ME A STAR IF I DESERVE TO.^_^ thanks bagi yang baca. saya hargai sangat-sangat!!

YOU ARE READING
My Highschool Story
RomanceMya seorang gadis biasa yang mempunyai darah seni yang semulajadi.Kebolehannya dalam menari,menyanyi juga bersukan membuatkan dia menjadi role model kepada juniornya.Lebih-lebih lagi kpop sekarang sudah bermaharajalela di sekolah mereka.Semua junior...