Pada suatu tengahari yang tidak berapa nak terik, cuaca begini sememangnya sesuai untuk sesiapa sahaja yang sedang belajar untuk mendapatkan lesen memandu. Perkara ini juga membuatkan semua pelajar tersebut bersyukur termasuklah aku, Ami Sakura. Ini adalah latihan yang terakhir untuk aku sebelum menjalani ujian. Pada kali ini semua pelajar dan pengajar ialah perempuan kecuali terdapat tiga orang pelajar lelaki yang tersesat dalam kalangan kami. Semasa kami berehat, aku pun mula berfikir sambil memerhatikan mereka memandangkan aku bukan jenis yang mesra alam sangat pun lagi-lagi aku bersekolah di sekolah perempuan. Jadi aku memang tidak rapat dengan lelaki walaupun sejak kecil kecuali ayah dan pak cik-pak cik aku.
Mataku terarah kepada seorang pelajar lelaki dalam kalangan mereka yang sedang asyik berbual dengan gelak ketawa. Kemudian, terdetiklah di dalam hati aku.
'Aku tengok lelaki ni peramah semacam je. Sikit-sikit buat lawak, mengayat bagai. Mulut manis ni. Ntah-ntah dia ni playboy. Perempuan-perempuan ni pun aku tengok bukan main gedik je memasing. Bukan handsome sangat pun even ada juga rupa jugak.'
Setelah membuat kesimpulan yang mengikut suka hati aku, aku pun melihat ke arah jam tangan aku yang tersemat di pergelangan tangan kiriku. Jam menunjukkan bahawa aku sepatutnya sudah habis waktu belajar jadi aku meminta diri kepada pengajar aku. Ketika aku sedang mengorak langkah ke arah motorsikal setelah diberi kebenaran pulang, aku mendengar satu suara lelaki memanggil aku. Aku memandang kebelakang dan lelaki itu ialah lelaki yang aku anggap dia playboy.
"Kau memang saja nak tinggal ke benda ni? Nak bagi orang ke macam mana?" Katanya sambil menghulurkan telefon pintar aku dengan senyuman dan nada mengusik.
Aku terkejut apabila dia menghulurkan telefon itu kepada aku. Seingat aku, aku sudah memasukkan dalam poket seluar aku. Bagaimana pula boleh ada pada dia? Aku berteka-teki sendiri.
"Tadi kau tercicir kat kerusi yang kau duduk tu. Nasib baik aku perasan, jadi aku pulangkan la pada kau."
Seolah-olah dia boleh membaca fikiran aku, dia terus memberitahu sebabnya. Aku mengambil telefon itu sambil berterima kasih kepadanya dan terus melangkah ke motorsikal. Belum sempat dia ke tempat duduknya semula, aku yang ketika itu sedang cuba mengundurkan motorsikal telah terjatuhkan motorsikal ke arah kanan dan aku pula elok duduk di atasnya. Semua tergamam melihat aku termasuklah dia dan aku sendiri. Malunya tidak terkira dan ketika itu yang aku berharap bukan dia yang datang untuk menolong aku dan aku bernasib baik kerana yang datang kepada aku ialah pengajar aku. Selepas pengajar menolong aku untuk bangun, aku terpandang ke arah lelaki tersebut. Lelaki tersebut sedang senyum yang menahan gelak sambil menggelengkan kepalanya seolah-olah mengejek dan berkata cuainya.
"Lain kali berhati-hati ya," sempat lagi pengajar itu memberi nasihat kepada aku ketika menolong aku sambil tersenyum.
Dengan rasa malu, aku terus berlalu dari tempat itu setelah berterima kasih kepada pengajar aku kerana menolong aku. Seminggu berikutnya, aku menghadapi ujian lesen memandu dan lulus. Kemudian, dalam masa 2 bulan lagi aku akan mulakan persekolahan aku setelah cuti sekolah tamat.
**********
Hari demi hari aku lalui dengan membantu ibuku di rumah kerana ibuku tidak suka memberi kebenaran aku untuk keluar berjalan tanpa dia ada di sisi aku. Walaupun aku sudah besar dan boleh berfikir sendiri, aku tidak juga memberontak kerana tidak mahu ibuku risau memikirkan aku. Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu pun tiba. Aku seperti biasa akan menaiki bas awam pada awal pagi ke sekolah memandangkan sekolah aku jauh di tengah bandar sedangkan aku duduk di sebuah kampung yang berada berhampiran dengan pekan.
Sebulan kemudian, ibuku meminta aku untuk tukar ke sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal aku kerana dahulunya aku duduk di asrama yang disediakan oleh sekolah itu. Namun kini disebabkan asrama itu sudah penuh dan setiap hari aku terpaksa ulang-alik ke sekolah, ibu aku membuat keputusan sedemikian. Selepas seminggu proses pemindahan dilakukan, pemindahan itu berjaya.
Pada hari berikutnya, bermulalah kisah hidup aku yang baharu di sekolah campur lelaki dan perempuan. Aku berjumpa dengan guru-guru di sekolah itu sebelum salah seorangnya membawa aku ke kelas baru aku. Ketika itu ada seorang guru di bahagian hadapan kelas yang aku berpendapat dia baru sahaja ingin memulakan pelajarannya. Aku melangkah masuk setelah disuruh.
"Baiklah, sila beritahu kami nama penuh awak, nama panggilan, dari sekolah mana dan cita-cita awak," kata guru itu sebaik sahaja aku berada di sebelahnya.
Dalam rasa debaran di dada dan gugup, aku memulakan pengenalan diri, "Nama saya Ami Sakura. Boleh panggil saya Ami. Dulu saya bersekolah di sekolah perempuan dan berpindah atas sebab-sebab tertentu. Cita-cita saya ingin menjadi cikgu."
Habis sahaja pengenalan diri, guru tersebut meminta beberapa pelajar lelaki untuk membawakan sebuah meja dan kerusi untuk aku duduk memandangkan tiada tempat yang kosong. Walaupun pada mulanya mereka mengeluh tetapi akhirnya mereka akur. Selepas aku duduk, kami pun memulakan pelajaran.
**********
"Ami, kau dulu sekolah perempuan ramai tak perempuan yang cantik-cantik?" Salah seorang pelajar lelaki di belakang aku mula mengajukan soalan setelah habis sahaja pelajaran kami.
"Tak adalah. Semua biasa-biasa je. Kalau nak tau cantik ke tak, pergilah melawat sekolah aku tu sendiri," aku cuba menjawab dengan tenang. Yelah, aku bukan biasa sangat berborak dengan lelaki.
"Eh, kat sekolah tu kan, perempuan semua mesti menggedik kan kalau nampak lelaki masuk sekolah tu," tanya salah seorang pelajar lelaki lain kepada aku.
"Hahaha, biasalah tu. Sekolah perempuan kan. Itu perkara biasa tapi bukan aku tau. Aku tak berminat sangat pasal semua tu," aku cuba menjawab soalan tersebut dengan tenang sekali lagi.
"Eh, kejap.. Weh, kita pernah jumpa kan?" Aku memandang ke empunya suara dengan muka yang blur dan cuba mengingat semula di mana aku pernah melihatnya. Namun tidak lama kemudian dia pun bersuara.
"Yelah! Kita pernah jumpa! Kau yang tercicir telefon dekat tempat duduk masa di tempat ambil lesen tu kan??" Dia berkata dengan muka yang ceria dan nampak seperti mengejek. Ketika itu aku terdiam dan dengan pantas fikiran aku mengingatkan aku mengenai kejadian yang memalukan itu. Oh tidak.. Patutlah mukanya seperti aku pernah lihat.
"Lain kali jangan cuai tau," pesannya kemudian tergelak besar dengan pandangan yang penuh makna. Mungkin kerana dia teringatkan kejadian itu semula. Pada kala itu, aku seolah-olah mengetahui bahawa hidupku tidak akan tenang selepas ini...
*****Coretan Penulis*****
Hai semua pembaca yang saya kasihi.. Harap semua sihat-sihat jee.. Terima kasih sebab sudi baca cerita tak seberapa yang saya karang ni.. Kalau ada apa-apa comment atau cadangan, sila nyatakan di ruangan comment ye.. Kalau suka cerita saya, silalah vote.. Harap tak jemu membaca dan menunggu.. Thanks in advance~ (>///w///<)/
YOU ARE READING
Sentiasa Di Sisimu ❤
RomancePertemuan yang tidak dijangka telah menjadi satu permusuhan... Pelbagai kejadian yang berlaku pula menjadikan permusuhan itu satu persahabatan... Namun, adakah persahabatan tersebut akan bertukar menjadi satu percintaan? "Aku takkan jatuh cinta pada...