Aku menarik nafas lega ketika sedang berjalan ke tempat letak motorsikal. Ya, hari persekolahan aku telah tamat setiap jam 2 petang. Hari ini juga merupakan hari yang agak meletihkan diri aku. Bukan sebab belajar sahaja, apa lagi kalau bukan Oiji Hanaito yang tidak jemu mengacau hidup aku. Aku mengimbas kembali kejadian di kelas pada hari ini.
**********
"Hei, bagi baliklah buku lukisan aku!" Aku menjerit geram sambil cuba mencapai buku lukisan aku di tangan Oiji. Oiji pula dengan nakalnya mengangkat tinggi buku lukisan aku.
"Cubalah ambil buku ini sendiri. Hahaha," Oiji gelak nakal sambil masih mengangkat buku lukisan aku. Sedaya upaya aku cuba mencapai tetapi tak dapat juga. Mungkin kerana ketinggian aku lebih rendah berbanding dia iaitu aku hanya setinggi sama paras bahunya. Dengan perasaan geram yang ada, aku terus menendang kakinya.
"Aduh!" Oiji mengaduh dan terima kasih untuk tendangan itu dia dengan automatiknya merendahkan tangan yang memegang buku lukisan aku. Tanpa membuang masa, aku terus merampas buku itu.
"Padan muka. Siapa suruh cari pasal dengan aku. Haa itu makannya," Ujar aku sambil tersenyum puas memandang Oiji yang masih menggosok kakinya yang sakit. Dia memandang aku dengan tidak berpuas hati.
"Ohh, kau main kasar ye dengan aku." Oiji bangun selepas selesai menggosok kakinya yang aku tendang. Dia menghampiri aku dengan sengih yang nakal manakala aku pula mula mengundur. Jantung aku mula berdegup laju ketika Oiji semakin hampir dengan aku. Dinding pula menjadi penghalang aku untuk terus mengundur dan dia semakin hampir.
"A..Apa yang kau n..nak buat ni?" Aku bertanya gagap sambil memandang muka Oiji yang semakin mendekati aku. Papp!! Aku terpaku sebelum dahi aku merasa sakit. Dia tersengih nakal selepas menjentik dahi aku. Muka aku memerah sebelum menjerit geram dan dia cepat-cepat cuba meloloskan dirinya sambil tergelak puas.
"Kenapa kau suka sangat kacau aku hah?! Kenapa kau tak kacau orang lain?!" Aku menjerit geram kepada Oiji. Kemudian, dia memandang aku dengan senyum nakalnya.
"Kau nak tau kenapa aku suka kacau kau? Sebab kau selalu bagi reaksi yang membuatkan aku rasa terus-menerus nak kacau kau. Salah kau, siapa suruh bagi reaksi macam tu," Jawab Oiji sebelum dia tergelak besar meninggalkan aku yang masih menahan geram melihat dia.
**********
Aku mengeluh perlahan sebelum menyeluk poket beg aku untuk mengambil kunci motorsikal tetapi kemudian aku terdiam. Aku baru sahaja perasan bahawa ada barang yang tidak cukup dalam beg aku. Telefon pintar! Tiba-tiba aku teringat yang aku tertinggal di dalam meja aku di kelas. Cepat-cepat aku berlari semula ke kelas sambil berharap tiada yang nampak dan ambil telefon pintar aku terutama sekali Oiji Hanaito itu!
Aku semakin hampir ke kelas namun aku menghentikan larian aku serta-merta selang satu kelas sebelum kelas aku kerana aku terdengar suara orang berbual sambil bergelak ketawa. Aku mengintai dari luar untuk memastikan siapa yang ada apabila aku terdengar suara yang aku kenal. Oiji Hanaito! Aku mula membebel sendiri sambil berfikir cara untuk ke kelas aku. Tiada pilihan lain kerana aku mahu pulang cepat jadi aku terus memakai hud sweater aku dan berlari laju secara membongkok dan berharap dia tak nampak aku. Terus aku mencari telefon pintar aku di dalam meja tetapi tiada?! Aku pasti aku tertinggal di dalam meja aku! Aku mula cemas sambil teruskan mencari.
"Hei, kau cari ni ke?" Aku terhenti apabila mendengar suara nakal itu. Aku memusing perlahan kepalaku ke arah suara itu dan melihat muka nakal Oiji sambil memegang telefon pintar aku. Aku bangun menghampiri dia kemudian menghulurkan tangan.
"Bagi balik telefon aku," Ujar aku memandang Oiji. Dia ketawa kecil sebelum memberikan semula telefon pintar kepada aku.
"Nah, lain kali jangan lupa lagi. Aku jumpa telefon kau ni atas meja. Memang sengaja ke macam mana? Belum tua lagi dah nyanyuk," Oiji menyakat aku dengan muka nakalnya sebelum tergelak besar.
"Aku tak sengajalah," Aku ambil telefon aku dari tangannya dan cuba beredar dari situ tetapi terhenti apabila Oiji bersuara mengatakan sesuatu. Aku memandang dia.
"Tadi masa aku jumpa telefon kau, budak-budak kelas sebelah sibuk nak buka telefon kau. Nasib baik kau letak password, jadi mereka tak boleh nak buka," Oiji memberitahu aku apa yang berlaku. Nasib baik juga aku letak kata laluan pada telefon pintar aku. Sudahlah banyak rahsia dalam ini.
"Ohh seriuslah?" Aku memandang dia dan dia menganggukkan kepalanya. Aku pun terus berterima kasih pada dia kerana menyimpankan telefon aku. Malas berlama-lama di situ, takut dia sambung menyakat aku. Jadi, aku terus beredar meninggalkan dia dengan senyum nakalnya dan pulang ke rumah.
**********
Seperti biasa aku bermain telefon pintar selepas meminta diri ke bilik. Aku membalas mesej-mesej seperti biasa sama ada di whatsapp, wechat mahupun facebook. Kemudian, teman lelaki aku, Nura menelefon aku untuk berbual. Kami berbual mesra sehingga larut malam sehinggalah aku terdengar suara ibunya menjerit. Aku terdiam sebelum beberapa saat kemudian panggilan terputus. Aku sudah seperti cacing kepanasan apabila memikirkan apa yang terjadi pada Nura memandangkan sebelum panggilan terputus, aku terdengar ibunya memarahinya. Bunyi notifikasi facebook masuk dan aku cepat-cepat membukanya kerana aku tahu itu daripada Nura.
-Maaf sebab saya matikan panggilan secara tiba-tiba.. Ada sesuatu yang saya perlu beritahu awak..- Aku membaca mesej Nura dengan risau lalu terus aku membalas mesejnya.
-Tak apalah, saya paham.. Awak okay tak ni? Saya risaulah..- Aku menunggu Nura membalas mesej aku. Ya, Aku risau kerana terdengar ibunya membebel.
-Saya tak okay.. Saya minta maaf tapi saya terpaksa putuskan hubungan kita..- Aku terkaku membaca mesej yang baru sahaja dihantar oleh Nura. Hatiku seperti gelas yang terhempas ke lantai. Jemari aku menggeletar ketika aku cuba membalas mesejnya.
-Apa yang berlaku? Adakah awak buat macam ni sebab mak awak yang suruh?- Aku cuba menahan sebak. Aku sayangkan Nura dan aku tak sangka boleh jadi begini.
-Ya, saya minta maaf.. Saya sayangkan awak, Ami.. Saya sendiri tak nak tapi ibu saya yang memaksa untuk saya putuskan hubungan dengan awak.. Dia tak mahu pelajaran saya terganggu disebabkan hubungan ni.. Dia tak mahu saya bercinta sekarang..- Aku membaca berulang kali sebelum air mataku jatuh.
-Hmm tak apalah.. Bukan awak yang nak.. Saya paham.. Awak jagalah diri ya..- Aku tak mahu dia rasa terlalu serba salah sebab perlu meninggalkan aku. Nura berulang kali menghantar mesej meminta maaf kepada aku. Apa yang aku boleh buat hanya berkata tak apa. Tiba-tiba dia menghantar sebuah video lagu kepada aku.
-Video ini saya berikan pada awak untuk kali terakhir.. Saya betul-betul minta maaf.. Semoga awak jumpa orang yang lebih baik.. Jaga diri, Ami.. Saya sayangkan awak.. Saya minta maaf.. Selamat malam..- Belum sempat aku membalas mesej Nura, dia telah log keluar dari facebook. Aku menekan video tersebut dan secara tiba-tiba air mata aku tidak berhenti mengalir kerana video yang Nura hantar itu benar-benar menggambarkan keadaan kami sekarang. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana hariku tanpa mesej-mesej dari Nura selepas ini. Aku mendengarnya berulang kali sehingga aku menutup mata kerana penat menangis terlalu lama...
*****Coretan Penulis*****
Hello pembaca-pembaca semua~ Terima kasih kerana masih sudi membaca cerita yang saya karang ini.. Saya harap semua pembaca dalam keadaan sihat sahaja.. Bagaimana dengan bab pada kali ini? Adakah membosankan? Jika ya, maafkan saya.. Anda semua bolehlah memberi cadangan ataupun comment anda di ruangan comment. Jika anda suka cerita saya, silalah vote ya.. Harap semua pembaca tidak jemu membaca dan menunggu cerita saya.. Thanks in advance and have a nice day~ (O///w///O)/
YOU ARE READING
Sentiasa Di Sisimu ❤
RomancePertemuan yang tidak dijangka telah menjadi satu permusuhan... Pelbagai kejadian yang berlaku pula menjadikan permusuhan itu satu persahabatan... Namun, adakah persahabatan tersebut akan bertukar menjadi satu percintaan? "Aku takkan jatuh cinta pada...