"Aminn.."
Selesai berdoa, para pelajar saling bersalaman. Ada yang salam lepas tu cium pipi. Salam macam tepuk tangan nak Hi5 pun ada. Macam-macam jenis cara salam boleh nampak kat sini. Tapi hakikatnya semua pelajar asrama kat sini semuanya perempuan.
Tanpa berlengah, aku terus berjalan laju keluar dari kawasan masjid. Tergopoh-gapah aku mencari selipar yang aku pakai tadi. Tapi tak jumpa.
"Lin, nampak tak selipar akak?"
Tanyaku pada juniorku, Lin yang sedang minum Teh Ais ikat tepi.
"Yang warna pink tu ke? Rasanya kak Mila pinjam sekejap nak pergi beli nasi kerabu kedai depan."
BERTUAH PUNYA JUNIOR. PAKAI DULU TAPI TAK BAGITAU TU BUKAN PINJAM NAMANYA!
"Bila Mila pergi?"
"Sebelum solat Isyak tadi dia dah blah."
"Habis tu selipar dia mana?"
"Selipar kak Mila kak Tisya pakai."
"Selipar Tisya?"
"Selipar kak Tisya pulak kak Nadia yang pakai"
Wow aku tak tau pulak pelajar aspuri saling 'pinjam meminjam' sampai tahap ni.
"Rilek Kak Yaya, nah teh ais"
"Huhu, thanks Lin"
Tapi sebaliknya yang Lin bagi kat aku bukannya sebungkus teh ais tapi bungkusan plastic yang hanya ada beberapa ketul ais.
"Nanti tolong buang ek plastik tu ok kak."pinta Lin dengan senyuman tak bersalah.
Manakala aku pulak sedang berasap tunggu meletup je. Huh sabarlah Yaya.
~ ~ ~ ~ ~
S
K
I
P
~ ~ ~ ~ ~
"Najwa,hari ni PREP kat mana?"
Aku menanya Najwa, Ketua Dorm aku. Orangnya hitam manis dan tinggi kami lebih kurang sama walaupun aku lebih tua daripadanya. Dia diam sekejap sebelum menjawab soalan aku.
"Warden kata hari ni stay kat bilik je. Tak selamat keluar ke kelas malam ni. Bahaya katanya."jawabnya lembut. Buku-buku yang dia ambil dari rak buku tadi dia susun di atas meja jepunnya.
"Apa yang bahayanya?"
"Eh..Akak baru masuk kan?" tanyanya tanpa memandang aku sebaliknya membelek satu nota.
Aku hanya mengangguk. Sebenarnya aku sengaja lambat mendaftarkan diri ke asrama. Niatnya supaya aku tak dapat masuk asrama. Tapi malangnya aku tetap diterima masuk. Huhu.
"Patutlah.". Najwa menutup notanya dan kembali fokus kepada aku.
"Kenapa pulak?"tanyaku lagi.
"Sebenarnya sejak awal tahun ni, ada lembaga selalu berkeliaran sekitar sekolah dan kawasan asrama ni pada waktu malam. Ada yang kata tu pekerja buruh yang gatal nak menghendap pelajar aspuri. Tapi ada jugak yang cakap tu orang minyak"jelas Najwa dengan wajah serius.
"DAN TOYOL!"celah Qish yang sedari tadi duduk berdekatan kami.
"Kau diamlah Qish! Toyol apanya?"marah Najwa kerana Qish tiba-tiba masuk campur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Acchan "Sayang Mama"
General FictionDia seorang budak lelaki yang comel. Matanya yang bundar dan senyumannya yang manis sering kali menemani aku di saat aku kesunyian. Namun kehadirannya semakin lama menimbulkan kegusaran, melemahkan satu sisi yang mana selama ini aku cuba hindarkan...