A [1]

85 28 11
                                    

Kling! Kling!

Dua keping syiling 20 sen dimasukkan.

Tutt.. Tut..

"Ummi.. Tolonglah angkat.." keluhku berat. Tanganku pegang erat gagang telefon. Menanti balasan sang ibu dari hujung corong telefon.

"Harap maaf, nombor yang anda dail tak dapat dihubungi."

Lain yang dipinta lain pula yang jawab. Aku mendail semula nombor telefon ummi sebanyak 19 kali tapi hasilnya tetap sama. Ummi tak menjawab.

Perlahan-lahan gagang telefon aku letak kembali ke tempat asalnya. Aku mengeluh lagi buat kali kedua. Sebaik sahaja aku berpaling, sudah 7 pelajar berbaris di belakang aku.

"Public phone tu rosak ke kak?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Tak lah, mak akak je tak angkat phone. Boleh guna je public phone ni." balasku selamba sambil tersengih.

Lama ke aku guna public phone ni?  Lama dah mungkin.

Aku terus beredar untuk memberi ruang untuk pelajar lain guna public phone. Duduk lama2 lagi kat situ nak buat apa?

Aku menatap sekilas jam tangan aku. 3:05 pm.

"Dah masuk waktu makan."bisikku perlahan. Laju je langkah aku menuju ke ruang makan. Bab makan cepat je bergerak.

Sampai je kat kafe asrama, barisan dah panjang sampai kat luar. Aku mengintai sekejap apa menu tengah hari ni. Lahh, nasi briyani ayam rupanya. Patutlah ramai sangat.

Selepas 15 minit beratur barulah aku dapat makanan yang terhidang tu. Tapi ada masalah baru pulak, nak duduk kat mana ni?

Mata aku meliar mencari tempat kosong. Dan pandangan aku terhenti ke arah meja kosong di hujung kafe. Tanpa berfikir panjang, aku terus duduk di situ walaupun tiada orang.

Semasa aku makan aku terfikir kenapa ummi tak menjawab panggilan aku. Sedangkan aku dah menelefon ummi berkali-kali.

"Takkan la ummi ada urusan luar negeri lagi? Nak kata sebab waktu pejabat. Aku dah telefon semasa waktu rehat. Hmm.."fikirku.

Ummi bekerja sebagai Nazir di bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia. Dia sering ke luar negeri untuk melaksanakan tugasnya. Tapi dia jarang dan tak pernah beritahu dia buat tugas apa kat sana. Cuma beritahu yang dia ada kerja.

Aku sering menelefon ummi setiap hari sejak aku dipaksa masuk ke asrama. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Waktu pulang kelas pagi dan waktu malam selepas Isyak. Aku tak kisah pun orang lain cakap aku manja ke apa . Dah tingkatan 5 pun nak telefon ummi hari2? Apa salahnya kan? Bukan aku telefon boyfriend pun.

"Harap malam ni ummi jawab phone."bisikku penuh harapan. Ayam yang terhidang aku hanya kuis dengan garfu. Tiada niat nak teruskan makan. Seleraku hilang walaupun itu antara hidangan paling lazat di cafe asrama.

"Nak buang ke tak? Buang membazir pulak." Aku menolak perlahan tray makanan menjauhi aku. Aku menunduk sambil bermain dengan jari kaki aku sendiri.

"Wow ada ayam~!". Kedengaran suara budak bersorak ceria berdekatan aku. Lantas aku mendongak dan aku melihat seorang budak lelaki berlingkungan 4 tahun di hadapan aku.

"Acchan nak ayam ni boleh tak mama?" pintanya sambil menunjuk ke arah ketulan ayam dalam tray makanan aku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Acchan nak ayam ni boleh tak mama?" pintanya sambil menunjuk ke arah ketulan ayam dalam tray makanan aku.

Aku hanya terdiam dan mengerutkan dahi. Kenapa dia panggil aku mama?

Melihat aku tidak menjawab , budak itu mencebik dan bermain dengan jarinya sendiri.

"Mama taknak bagi Acchan ke? Acchan lapar. Dah lama Acchan tak makan ayam."ujarnya sayu merenung tepat ke arah anak mata aku.

"Hmmm.. Kau amik jelah... Aku tak makan." jawabku selamba lalu menolak tray itu supaya budak itu mampu mengambil ayam itu sendiri.

"Kenapa mama cakap kau aku? Ni Acchan la mama. Bukannya orang lain. Panggillah Acchan, Acchan. Jangan panggil Acchan, kau.".

Aku terpana sebentar sementara budak yang bernama Acchan itu menikmati ayam yang aku tinggalkan tadi. Aku tersenyum sendiri melihatnya makan seperti watak ipin animasi upin ipin yang aku sering tonton sejk kecil. Comel.

"Mekasih mama. Ayam ni sedap la. Rugi betul mama tak makan.". Acchan menjilat jarinya lalu tersenyum kembali ke arah aku.

"Lain kali, mama makan sampai habis tau. Kalau tak Acchan makan makanan mama."pesannya sebelum dia turun dari kerusi.

Aku dapat melihatnya berlari-lari ke pintu kafe dan melambai ke arah aku sebelum dia keluar.

Aku mengambil kembali tray makanan aku. Mencuci tray dan letakkannya di rak tray yang telah disediakan.

"Siapa sebenarnya budak tu?" fikirku sebaik sahaja aku keluar dari kafe. Yang pasti kelibat Acchan tidak kelihatan langsung di sekitar luar kawasan kafe.

"Di mana dia? Budak sekarang memang cepat betul hilang."

Acchan "Sayang Mama"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang