eomma!

54 3 0
                                    


Waktu pulang sekolah sudah bermula. waktu di mana para pelajar mula berpusu-pusu meninggalkan kawasan sekolah.Jimin berjalan di bawah terik matahari menuju ke rumahnya yang tak jauh Dari sekolah. Dia bukanlah anak orang kaya yang mempunyai pemandu untuk menghantar Dan mengambilnya di sekolah.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah setinggan ini. Dia memandang sekeliling. Hanya dia ,Dan beberapa perabot rumah sahaja. Dia berlalu ke dalam biliknya. Jimin meletakkan beg sekolahnya dan merebahkan diri di atas katil Tampa menyalin baju seragamnya. Dia menghembuskan nafas beberapa Kali. Matanya terasa layu Dan akhirya dia tertidur.

Petang itu,Jimin terjaga Dari tidur apabila terdengar bunyi bising di luar biliknya. Dia menggagahkan diri untuk bangun dan memeriksa di luar biliknya. Jimin menjenguk ke luar biliknya dan kelihatan Tuan Park sedang mencengkam rambut Puan Park sambil menampar pipi wanita itu beberapa Kali. Kelihatan wanita itu lemah terhadap kekerasan ke atas dirinya.

"AKU NAK BESOK!FAHAM!"Tuan Park melepaskan cengkaman ram but Puan Park lalu beredar. Kedengaran pintu rumah ditutup dengan kasar. Puan Park menyentuh hujung bibirnya yang sedikit lebam akibat ditampar.

"Eomma...."perlahan-lahan Jimin mendekati Puan Park. Wajah lelaki itu nampak risau.

"Eomma tak apa-apa. kamu nak makan?"Tanya Puan Park lalu bangun perlahan-lahan menhadap anak lelakinya. Sakit di wajahnya tak diendahkan. Jimin mengangguk perlahan. Perutnya kosong sejak tengahari tadi.

Puan Park melangkah ke ruang tamu dan mengambil bungkusan makanan yang dibelinya tadi. Bungkusan itu diserahkan kepada Jimin.

"Makan ye..."Puan Park terus berlalu me biliknya. Jimin menghela nafas perlahan lalu berlalu ke dapur bersama bungkusan plastik itu.



Maaflah kalau banyak typo✌😂
Maaflah kalau episode kalini agak bosan🙏

KITA KAWAN SAMPAI SYURGAWhere stories live. Discover now