masih

49 5 0
                                    


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,kini sudah hampir sebulan Jimin tidak hadir ke sekolah. Surat berhenti sekolah juga sudah dikeluarkan. Dahyun resah. Gadis itu sudah melawat rumah yang pernah Jimin tinggal namun tak dijumpai Jimin atau sesiapa.

Dahyun melangkah masuk ke dalam cafe. Hatinya tergerak untuk mencuba hidangan yang disediakan. Masuk sahaja ke dalam cafe itu, dia ternampak seseorang yang amat dikenali.

"PARK JIMIN!" Dahyun berlari ke arah Jimin dan memeluk lelaki itu dengan erat. Sungguh ,dia rindukan lelaki ini. Jimin berdiri kaku bak patung cendana. Tak menyangka yang gadis ini dapat menjejakinya.

"Kenapa kau Kat sini? Kenapa kau tak pergi sekolah?kenapa kau kerja?kenapa kau pindah rumah? Jawab aku!?"sergah Dahyun. Dilihat Mata gadis itu sudah memerah seperti mahu menangis. Jimin menarik tangan Dahyun keluar dari cafe itu. Tak mahu drama mereka menjadi topik hangat.

Jimin melabuhkan punggung di atas tembok batu separas pinggangnya. Begitu juga dengan Dahyun. Jimin menghembuskan nafas perlahan sebelum bermula berbicara.

"Appa aku dah mati. Aku dan eomma lari untuk elakkan dari Along yang kejar Appa aku. Sejak Appa aku mati, Eomma aku tak berapa sihat. Aku tak sampai hati nak biarkan dia kerja. So, aku berhenti sekolah dan bekerja ".beritahu Jimin

"Kenapa Kau tak cakap dengan aku?aku boleh tolong kau. Appa aku boleh tolong kau" Nada suara Dahyun kelihatan marah

"Kau dengan Appa kau dah banyak sangat tolong aku. Aku tak nak berhutang budi. Cukuplah. Aku boleh usaha sendiri."Jimin bangun Dan berkira kira mahu beredar.

"Jimin!!"Jimin menoleh memandang Dahyun.

"Kita kawan sampai syurga kan?"

Jimin tersenyum,lalu mengangguk perlahan.

"Kita kawan, sampai syurga."balas Jimin.

KITA KAWAN SAMPAI SYURGAWhere stories live. Discover now