Aku ingat lagi waktu aku darjah 5 dulu. Masa ni, dekat Astro Ria akan ada satu slot untuk drama Indon. Setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam (ingat dengan jelas tuu).Aku highlightkan satu benda eh.
Isnin hingga Khamis. Pukul 10 malam. Itulah masalah dia.Dia buat waktu hari sekolah! Hampir tengah malam pulak tu. Memang idokler mak aku nak bagi tengok tvnya...
Tapi tu tak mematahkan semangat aku nak tengok tv. Apatah lagi bila drama favourite aku dulu, Heart lakonan Adipati Dolken dan Yuki Kato dimainkan.
*ok anak anak ini Heart ver lain tapi tak mengapalah hamba letak juga*
D
ahlah cerita Indon episod beratus ratus. Hampir setiap malamlah jugak aku seludup keluar bilik, curi curi tengok tv hehehe.
Cerita Heart ni pula memang in gila-gila dikalangan pelajar darjah 5 sekolah aku dulu. So aku dengan kawan-kawan aku yang tengok drama ni memang akan standby phone dekat tangan, manalah tahu kan kalau kalau nak meroyan ke apa ke, ada jugak peneman.
Aku ingat lagi, ada satu hari dimana aku dan kawan aku voice call sambil tengok drama tu. Tiba satu part, dimana sang hero memberikan ayat ayat manis kepada sang heroin, kami pun termenjerit. Dan oleh kerana itu, mak aku terjaga dan terus tarik telinga aku untuk masuk bilik tidur. Aku masih boleh ingat macam mana muka kawan aku gelakkan aku keesokan pagi tu dekat sekolah.
Haih rakan-rakan sekolah rendah.
Aku terindu koranglah pulak 😅
YOU ARE READING
peaches talk
Randomkatakan kita akan tinggal di langit kau pilih mahu berada di langit siang, atau langit malam ? ㅡ Elli Wan