<Author Pov>
Pada pagi yang indah lagikan nyaman,tidur seorang perempuan telah diganggu oleh makhluk yang kurang ajar.Makhluk tersebut telah mengetuk pintu bilik perempuan tersebut dengan kuat sekali.Boleh pecah kalau dibiarkan lama-lama.
“Yahh!!!Shin Saeyoung,bangun la pabo!!!Kau nak tido sampai pukul berapa hah!!!Kau tu anak dara,tak baik bangun lewat!!!”.Laung makhluk tersebut dengan kuat sambil berusaha membuka pintu bilik Saeyoung.Makhluk tersebut tidak dapat masuk ke dalam bilik Saeyoung kerana Saeyoung telah mengunci pintu biliknya.
Saeyoung yang sedang enak dibuai mimpi di atas katil miliknya mendengus kasar sambil menggeliat kecil bila tidurnya dikacau oleh oppanya.Sebenarnya makhluk tersebut adalah oppa Saeyoung.Nama dia adalah Shin Seojun.Tapi orang panggil dia Jun je.Umur dia 27 tahun.Dia bekerja sebagai modelling.
“Saeyoung,baik kau bangun sekarang sebelum oppa pecahkan pintu bilik kau!!!”.Jerit Jun sambil berusah untuk memecahkan pintu bilik Saeyoung.Bila mendengar amaran tersebut,Saeyoung terus bangkit dari tidurnya dengan muka malas dan badannya juga masih tidak bermaya.
“Nae!!!Young dah bangun dah!!!Oppa pergi la masuk bilik oppa dan jangan la pecahkan pintu bilik Young!!!”.Balas Saeyoung dengan menjerit dengan kuat.Boleh tahan kuat jugak jeritan Saeyoung.Kalau korang ade sebelah dia,konfem² korang masuk hospital dan disahkan pekak.
“Arra,oppa nak kejap lagi Young dah ade dekat bawah!!!Kalau oppa tengok Young masih belum turun,siap la!!!”.Setelah selesai berucap,Jun terus meninggalkan bilik Saeyoung dan dia terus pergi ke biliknya.Saeyoung yang masih berada di atas katilnya mengeluh.Sebenarnya dia bukan taknak bangun tapi,kalau dia bangun awal pun dia nak buat apa.Dah la dia baru sahaja dibuang dari kerjanya dan dia juga telah menjadi penganggur.
Tanpa membuang masa,Saeyoung terus bangun dan mencapai tualanya lalu menuju ke bilik air untuk mandi.Setelah beberapa minit,dia terus keluar dari bilik air dengan memakai pakaian yang sesuai.Dia memakai short pants dan baju t-shirt hitam.Di terus duduk di meja solek untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.
Setelah rambutnya kering,dia terus turun ke bawah untuk sarapan.Bukan apa,dia takut gorilla jantan akan mengamuk,mampus dia.Dia bukan tak tahu perangai oppanya.Kalau dah dia cakap yang dia akan buat sesuatu,means dia akan buat.Pernah sekali tu dia terlupa nak tolong kemas bilik Jun dan oppanya juga ada mengugut dia kalau dia tak kemas bilik Jun,anak patung Rillakumma milik Sayoung akan jadi target.So balik je Jun dari kerja,terus Jun ambik anak patung tu dan campak kedalam tong sampah.Hoho ni lagi kuang ajar.Ala Saeyoung bukannya apa,dia telupa aje pun.Diulang balik TERLUPA.Dah la anak patung tu,Saeyoung guna duit dia sendiri.Hasil titik peluhnya.Anak patung tu bukannya murah,mahal nak mampus.Sesampainya dia dia bawah,dia terus menuju ke dapur dan duduk di meja makan.
Dia melihat yang ommanya yang sedang menggoreng nasi goreng kimchi.Dia terus melihat jam di Iphonenya dan ia telah menunjukkan tepat pukul 7 pagi.Dia mengeluh sambil menyembamkan mukanya ke meja makan.Mesti korang semua tertanya-tanya mana appa Saeyoung? Sebenarnya appa Saeyoung telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Masa tu,appa Saeyoung sedang on the way pulang ke rumah tetapi malang tidak berbau,kereta miliknya telah dilanggar oleh sebuah treler yang sarat membawa kayu balak.
Masa mereka sekeluarga mendapat tahu yang appa mereka telah meninggal di tempat kejadian,omma mereka bagaikan terkena renjatan elektrik.Tapi mereka sekeluarga sekarang sudah boleh menerima dan redha dengan pemergian appa mereka.Sedang Saeyoung menyembamkan mukanya ke atas meja,datang oppanya lalu menepuk kuat belakang adik perempuannya.Berdesis Saeyoung akibat tepukan maut yang telah diberikan terhadapnya.
“Yahh oppa!Sakit tahu tak!Suka buat darah orang mendidih pagi-pagi buta”.Ujar Saeyoung lalu menjeling tajam oppanya.Oppanya yang kini berada di hadapannya sudah tersengih seperti kerang wangi.kerang wangi pon boleh 😂.
YOU ARE READING
•[OG]• A NANNY TO AUTISM BOY •[Byun Baekhyun + Shin Saeyoung]•
Fiction généralePELAKON Byun Baekhyun-Seorang lelaki istimewa yang mempunyai IQ budak 6 tahun.Berumur 26 tahun,kacak dan comel.Dia sama sahaja macam kanak-kanak yang lain.Banyak kerenah.Anak kepada seorang jutawan di Korea. Shin Saeyoung-Seorang perempuan yang pe...