Escape V

62 7 0
                                    

  "Siapa suruh makan mee goreng tengahari tadi? Orang lain makan nasi kau pulak pergi rembat makan mee goreng. Tengok sekarang kan dah lapar" sampuk Gowon. "Yang kau pulak dah kenapa makan Chicken Chop waktu tengahari? Kata orang" balas Seungmin. "Apa salahnya makan Chicken Chop untuk lunch? Bukannya ada peraturan wajib kena makan nasi dengan lauk untuk lunch" Gowon enggan mengalah. "Tahu pun. Jadi apa salahnya aku makan mee goreng untuk lunch? Kau makan chicken chop aku pulak makan mee goreng. Jadi kita sama" "Tak sama. Kau makan mee goreng aku makan chicken chop. Mana sama" Gowon sengaja membangkitkan kemarahan Seungmin. Seungmin mengetap bibir menahan perasaan marahnya. "Tak sah kalau tak bergaduh diorang berdua ni" kata Felix sambil menggelengkan kepalanya. "Pasangan kekasih mana tak bergaduh Felix oiii" kata Heejin pula.

  Hwang Hyunjin dan Kim Hyunjin memandang sesama sendiri sebelum mengalihkan pandangan. Sehingga kini mereka berdua masih tidak bertegur sapa. 5 minit kemudian; "Baiklah kawan-kawan semua, mana ground floor? Takkan kita tak sampai ground floor lagi?" tanya Gowon. "Ha'ahlah. Dah lama kita turun tangga. Takkan tak sampai ground floor lagi?" kata Heejin. "Aku rasa kita dah sampai" kata Felix pula. Sebaik sahaja Felix menolak pintu, dia terkejut. "Ini bukan ground floor. Ini tingkat 9" "Apa maksud kau ini tingkat 9 Felix? Bukankah kita turun dari tingkat 9 tadi?" tanya Seungmin. "Kita memang turun dari tingkat 9 tapi sekarang kita kembali ke tingkat 9. Cuba korang tengok nombor bilik. Setiap bilik di tingkat 9 bermula dengan nombor 9" maklum Felix. Selepas mereka memeriksa tingkat itu, barulah mereka percaya kata-kata Felix.

  "Ini memang pelik. Kita turun dari tingkat 9 dan kembali semula ke tingkat 9?" Seungmin menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Mari kita naik balik dan periksa semua tingkat" cadang Hwang Hyunjin. Felix, Heejin, dan lain-lain mengangguk. Hwang Hyunjin dan lain-lain pantas naik ke tingkat atas meninggalkan Kim Hyunjin di belakang. Belum sempat Kim Hyunjin mengejar mereka, pintu koridor tiba-tiba terbuka dan dia ternampak seorang perempuan jalan sambil menunduk. Kim Hyunjin turun semula untuk mendapatkan bantuan perempuan itu. Sementara itu, selepas memeriksa dua tingkat di atas, mereka menemui kebenaran yang menakutkan. "Tak kira tingkat mana kita pergi, kita pasti akan kembali ke tingkat 9" Gowon mula rasa takut. "Ini memang tak masuk akal. Mula-mula lif hilang dan sekarang ni pulak? Kita seolah-olah terperangkap dalam labyrinth" kata Seungmin.

  "Wehh korang, mana Hyunjin?" tanya Heejin. Dia baru sedar akan ketiadaan Kim Hyunjin. "Dia bukan dengan kau ke tadi?" tanya Felix pula. "Ya tapi aku tinggalkan dia tadi. Aku ingat dia ada dengan Hyunjin" jawab Heejin. "Kau silaplah Heejin. Hwang Hyunjin lead kita tadi. Kim Hyunjin pulak kat belakang sekali" maklum Gowon. "Korang tunggu sini kejap. Aku nak kembali ke tingkat bawah yang mula-mula kita pergi tadi untuk cari Hyunjin" pinta Hwang Hyunjin. "Tunggu dulu Hyunjin. Kebarangkalian untuk kau sesat memang tinggi. Lebih baik kita cari dia sama-sama" "Felix betul tapi aku rasa kita dah terlepas pandang sesuatu. Andai kata Kim Hyunjin ada di tingkat 9 di bawah, maknanya dia mesti ada kat sini jugak. Cuba korang fikir balik, tingkat 9 tak kira di atas atau bawah semua sama"

Stray Kids x Loona Special Fanfic Part II: Escape [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now