Escape II

89 8 0
                                    

  "Biar aku masuk. Korang semua tunggu sini" Hwang Hyunjin menawarkan dirinya. "Aku nak ikut sekali" kata Kim Hyunjin pula. Kedua-dua Hyunjin masuk ke kawasan hotel meninggalkan Heejin dan lain-lain di luar sebentar. Gowon memandang kawasan sekeliling dan bertanya "Selain kita, memang takde orang lain ke?" "Ha'ahlah. Memang takde orang lain selain kita berenam" kata Heejin. "Takde penginap lain takpe. Kalau takde orang kat kaunter tu yang jadi masalah " sampuk Seungmin. "Nasib baik ada orang kat kaunter" Hwang Hyunjin berasa lega selepas ternampak seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30 tahun. "Selamat datang ke Dream Hotel. Ada apa-apa yang boleh saya boleh bantu?" Hwang Hyunjin dan Kim Hyunjin disapa mesra oleh penjaga kaunter itu. "Boleh saya tahu berapa harga satu bilik?" tanya Hwang Hyunjin sambil menceritakan apa yang berlaku pada mereka berenam kepada lelaki itu.

  5 minit kemudian, kedua-dua Hyunjin kembali semula kepada Heejin dan lain-lain untuk menyampaikan satu berita baik. "Dua bilik pada satu harga? Seriously?" tanya Heejin. "Yes. Abang tu bagi kita separuh harga memandangkan kita ni masih student" terang Kim Hyunjin. "Tunggu apa lagi? Jomlah check-in cepat" Gowon mula teruja. Selesai segala urusan di kaunter, mereka berenam terus menaiki lif ke tingkat 9. Hwang Hyunjin, Seungmin, dan Felix menginap di bilik 909 sementara Kim Hyunjin, Gowon, dan Heejin pula di bilik 912. Usai menyegarkan diri, Hwang Hyunjin dan Seungmin terus menghempaskan diri ke atas katil. Felix pula leka menonton televisyen. Sementara itu, di bilik 912; "Korang semua tak lapar ke? Kita belum dinner lagi ni" tanya Gowon yang baru sahaja selesai mandi. "Mestilah lapar tapi kat hotel ni ada restoran ke?" tanya Heejin semula.

  "Ada tapi dah tutup" ujar Kim Hyunjin. "Sementara tunggu hari esok mahu mati kebuluran kita. Korang tak bawak apa-apa snek ke?" "Kau ni overlah Gowon. Takdenya mati kalau tak makan malam. Lagipun kita baru je makan 2 jam lepas takkan dah lapar kot?" "Kali ni aku setuju dengan Gowon, Hyunjin. Memang kita dah makan 2 jam lepas tapi tadi kita makan sikit sangatlah" tambah Heejin. "Kalau macam tu, korang pergilah bilik Seungmin and the gang. Mana tahu diorang ada makanan lebih" cadang Kim Hyunjin. "Daripada kita pergi mengemis di bilik diorang, lebih baik kita mintak diorang datang sini" kata Gowon sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. "Kau memang genius Gowon tapi jangan cakap pasal makanan dulu. Kau mintak je diorang datang sini dengan beg diorang" cadang Heejin.

  5 minit kemudian, Hwang Hyunjin, Seungmin, dan Felix pergi ke bilik 912 bersama beg masing-masing. Mereka bertiga langsung tidak mengetahui sebab mengapa mereka bertiga perlu membawa beg mereka ke bilik Heejin dan lain-lain. Tanpa membuang lebih banyak masa, Heejin dan Gowon terus menggeledah beg mereka bertiga. "Korang berdua dah kenapa? Dah macam pengawas sekolah aku tengok" kata Hwang Hyunjin. "Apahal dalam beg korang penuh dengan sampah je? Satu snek pun takde" tanya Gowon. "Well, MeN Kan TRaSH jadi faham-faham je lah kenapa ada banyak sampah dalam beg kitorang" sindir Seungmin. Walaupun Seungmin dan Gowon rapat, mereka berdua sering bertengkar dan bergaduh. Hal ini demikian kerana Seungmin tidak suka akan perangai Gowon yang gemar memanggil semua lelaki 'Trash' setiap kali seorang lelaki buat salah. Baginya, tindakan itu tersangatlah tidak matang.  

Stray Kids x Loona Special Fanfic Part II: Escape [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now