Episod 5

25 0 0
                                    


Dalam kelas 5 Amanah , semua pelajar agak bising kerana ketiadaan guru disebabkan cikgu sedang bermesyuarat tentang hari guru yang bakal diadakan pada 16 Mei.

"Woi boleh senyap tak?" Tiba-tiba seorang pelajar yang asyik mengulangkaji pelajaran menjerkah rakan-rakannya yang agak keterlaluan bisingnya.

"Kau dah kenapa? Nak jadi cikgu pulak suruh kitorang senyap. Kalau nak senyap pergi perpustakaanlah." Ujar Syafinaz .

"Tak pun kau boleh blah. Pergi mati. Kan senyap je kat kubur tu." Ujar Batrisya mengiakan lalu menutup mulutnya.

"Oops sorry." Ujarnya lagi. Semuanya ketawa kecuali rakan-rakan pelajar tadi yang ralit mengulangkaji pelajaran dan pelajar lelaki yang sememangnya tidak mengendahkan perbalahan antara pelajar perempuan.

"At least bila dah mati nanti mungkin aku tak lah terseksa korang!" Marah Alissa yang merupakan pelajar yang menjerkah tadi.

"Ohh ya. Why?" Soal Syafinaz

"Aku masih hormatkan cikgu dan tempat aku menuntut ilmu ni but korang? So, apa yang korang boleh hadapkan kat sana nanti? Kalau dengan cikgu pun korang kurang ajar korang rasa kat sana nanti nasib korang semua ni camne? Fikirlah , aku dah penat tengok cikgu yang selalu fikirkan pasal anak muridnya tapi anak muridnya? Tak pernah nak hargai cikgu. Kau tengoklah sendiri , hari guru pun mereka yang sediakan. Kalau aku jadi cikgu, korang semua ni dah lama kena buang sekolah." Ujar Alissa panjang lebar.

-semua pelajar terdiam termasuk Syafinaz dan pelajar lelaki mula memandang Alissa dengan pandangan terkejut -

Happy Teacher's DayWhere stories live. Discover now