Episod 8

25 0 0
                                    


"We must do something!" Tegas Syafinaz.

"Apa yang kita nak buat?"

"Kita mesti menjayakan hari guru tahun ni dengan gilang gemilang" -Syafinaz

"So, kau nak buat apa?"

"Sini, aku bagitau...." Syafinaz membisikkan ideanya kepada rakan-rakannya.

....

16MEI2018

Suasana pagi sempena hari guru yang begitu meriah, ada yang sedang menghias pentas buat kali yang terakhir, ada yang susun kerusi dan pelbagai lagi.
Tetapi tidak bagi budak kelas 5Amanah. Mereka sedang menyiapkan sesuatu yang tidak diketahui oleh mana2 gurupun.

Kelas 5 Amanah dihiasi dengan begitu cantik. Pelbagai juadah tersedia di dalam kelas itu. Bagai pestalah pulak.

Tiba-tiba pengunguman dibuat supaya semua pelajar berkumpul di dewan. Pelajar-pelajar kelas 5 Amanah begitu kelam kabut menyiapkan segala persiapan. Mereka keluar daripada kelas dan pintu kelas ditutup rapat agar tiada siapa yang melihat ke dalam kelas tersebut.

Usai segala acara, ketua kelas 5Amanah meminta semua guru yang mengajar 5Amanah ke kelas 5 Amanah bagi acara yang dirancang oleh para pelajar 5 Amanah.

Semua cikgu terpinga-pinga. Ada cikgu yang tidak mengajar kelas tersebut berasa cemburu. Melihatkan perkara itu, maka semua guru boleh hadir ke kelas tersebut. Tetapi guru yang mengajar kelas tersebut wajib hadir.

Maka, setelah semua guru berkumpul di kelas 5 Amanah. Acara dimulakan dengan mempersembahkan video lakonan para pelajar 5 Amanah yang bertemakan hari guru.
Video diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar kelas tersebut.

Ada sesetengah guru yang mengalirkan air mata terharu.

Setelah itu , acara berada di kemuncaknya.

Ucapan terima kasih kepada cikgu.

Syafinaz mewakili para pelajar 5Amanah memberi ucapan.

Ada sesetengah guru yang tidak mengajar kelas tersebut mula merakam video. Pengetua pula asyik memerhati drama yang dimainkan oleh pelajar-pelajar 5 Amanah.

"Assalamualaikum, terima kasih saya ucapkan kepada semua cg yang sudi hadir ke kelas kami. Saya Syafinaz wakil kelas ini diminta beri ucapan kepada cg2 sekalian. Pertama sekali kami nak minta maaf dekat semua cg yang telah ajar kami. Cikgu, kami minta halalkan semua ilmu yang telah kau curahkan pada kami. Doakan kejayaan kami. Kami sayang cikgu. Maaf sebab buat cikgu marah. Buat cikgu sakit hati dan lawan cakap cikgu. Sekali lagi maafkan kami cikgu. Walau usia kami antara tertua di antara pelajar-pelajar sekolah ni sebab kami dah form5 namun perangai kami mengalahkan anak kecil yang sering menyusahkan ibu bapa. Cikgu, maafkan kami. Restuilah kami. Kami sayang cikgu." Syafinaz mengakhiri ucapan seterusnya semua pelajar 5 Amanah dengan kuat dan ikhlasnya menjerit...

"Kami sayang cikgu. Happy Teacher's Day. "
Belon dipecahkan dan semua pelajar bersalam dengan guru-guru. Ada yang memberi hadiah ada juga yang bersembang lalu menangis. Macam-macam ragam dapat dilihat.

So, inilah kisah 5Amanah. Akhirnya pelajar sedar juga yang guru itu mendidik pelajar dengan pelbagai cara. Selagi mana dia bergelar gurumu selagi ITU kau mesti hormat akannya. Guru telah mempermudahkan jalan untukmu tuk memperoleh ilmu. Maka, jangan kau pula yang susahkan.

"Cg jap. Meh kita bergambar sebagai kenangan." Ujar Alissa kepada semua cikgu.

Maka , sekeping gambar terbit disamping lahirnya generasi yang hormatkan guru. Guru jasamu akan kami kenang selalu.

Happy Teacher's DayWhere stories live. Discover now