Kisah Raya Suri - Part 1

1.2K 31 0
                                    

Raya...

Tahun ni dia datang ke tidak ye? kalau dia datang sekalipun Suri kau boleh buat apa dok cam tu jelah tak ada peningkatan pun.Sudah hampir 2 tahun berturut-turut raya dia gerenti datang.Hati kau pun duduk tak berubah macam tu jugak dari lima tahun lepas. Oh, Abang Surau kalau lah kau tahu isi hati ni agaknya kau mesti lari bermillion-million batu dari aku.Apa tidaknya cik abang surau ni sikit punya pemalu mata dia yang entah cantik entah tidak tu kalau boleh nak pejam terus kalau cakap dengan aku ni.

...

Raya 5 tahun lepas.

"Akak, senyum-senyum dari tadi apasal. Gila eh?"Rafiki buat muka pelik tengok Suri.

"Penyebuk main jauh-jauh"Geram betul aku dengan adik seorang ni. Oh! abang surau a.k.a Abang Shah sebelah rumah datang lah, Suri sebelah rumah ni setia menuggu. Gatal! sungguh kalau tahu dek Mak nak mampus aku kena bebat.

Kenapa aku panggil abang Shah, Abang surau? Sebelum ini tak pernah aku nampak dia dan tak tau pun yang Abang Shah ni duduk sebelah rumah.Kalau nampak dia bila ada majlis dekat surau sahaja.That' s why gelaran abang surau tu melekat.

Satu hari tu masa Terawih malam 1 ramadan ternampak dia sebab memang kalau jemaah lelaki masuk surau gerenti nampak sebab surau ni kecik saje kat tempat tirai penghalang lah letak pintu masuk jemaah lelaki.Malam ke-2 pun ada dan semenjak hari itu kalau pergi terawih dapat buat 8 rakaat pun jadilah.Tetapi di sini ingin aku katakan aku pergi terawih memang sebab Allah S.W.T bukan sebab lain. Ada Abang Shah tu kira bonus sambil beribadah sambil cuci mata. Hehe.

Ada satu malam tu aku dapat buat 8 rakaat sahaja tak macam selalu kalau malam minggu mesti buat 20.Walau bagaimanapun, malam tu perut aku meragam. Gerenti sebab ayam golek sedap orang sebelah bagi. Kalau tak sebab ayam golek sedap yang ada masa bulan ramadan sahaja punya pasal, mesti aku dapat buat pahala lebih hari ni.

Perut aku ini memulas-mulas sahaja dari lepas buka lagi, tapi degil punya pasal pergi juga terawih.Selipar mana selipar aku ni selipar o... selipar. Dapat sahaja selipar tercocet-cocet Suri jalan tak tengok kiri kanan dah. Jalan saja. Jauh perjalanan ni.

Gedebuk, Adoi bila masa pulak tengah jalan ni letak sign bord sakit kepala aku.

"Adoi.."Bunyi orang mengerang.Eh manusia bukan sign bord ah.

"Pak cik ... Pak cik sorry,saya tak sengaja."Suri cepat-cepat minta maaf tak tengok orang yang dilangar itu.

"Pak cik!"Suara tu terjerit.

Suri terus angkat muka nak tengok orangnya. Alamak bukan pak cik tapi cik Abang Surau lah.Malu...malu aku nak letak mana muka ni.Ah...nak jadi woodpacker sakarang."Maaf ya encik saya tak sengaja."

"Tak apa awak bukan sengaja pun."Suaranya merdu rasa macam terbuai-buai di buatnya mampus. "Awak ni cucu Tok Mak bawah ye?"

Eh dia ni cucu tok mak atas ke? cuma tok mak atas punya cucu atau cucu Mak Esah (Mak Esah tu mak angkat aku nama dia memang Esah bukan bomoh tau.)

"Maaf ye,saya nak tanya ni awak ni siapa?"Pusing-pusing anak siapa dia ni pening aku.

"Saya Shah cucu Hj.Nabsah."Dia kenalkan diri.

"Cucu tok mak atas ye.Tapi kenapa tak pernah nampak sebelum ni?" korek Suri jangan tak korek.Sambil berbual mereka melangkah balik.

"Sebelum ni tak duduk sini, Bila masuk U dekat sini baru ada balik rumah tok mak kadang-kadang itu pun tak selalu."Alamak dia senyum lah boleh jatuh jantung ini Mak..ayah selamatkan Suri.

"Patutlah. Abang ke hantar ayam golek petang tadi?"Wah dah panggil Abang tak boleh blah. Memang pun kena panggil abang muka dia nampak lebih tua tau lagi pun aku sekolah pun belum tinggal walaupun dah Pra-U.

"Betul lah tu.Tapi tak nampak pun petang tadi."Macam mana nak nampak aku tengah sedap buat kuak lentang atas sofa tadi. So dia lah yang hantar ayam golek yang buat aku sakit perut ni. Sakit pun sakitlah orang dah ikhlas memberi kita terima sahaja.

"Boleh makan tak ayam tu?Abang ni sebenarnya perut ni tengah meragam maybe sebab ayam tu kut."

Oh sah memang sah ayam itu punya pasal kalau tak, Cik Abang surau aku ni pun tak sakit perut dibuatnya. Eh sejak bila jadi hak milik kau? Entah tak tau. He he he.

Dipendekkan cerita sejak hari tu aku dah jadi penunggu tingkap yang setia.Siap tak hantar kereta pergi car wash lagi basuh sendirik tau bulan puasa pulak tu memang sengaja nak cari alasan nak bersidai kat luar dan sengaja nak tinggikan bil air rumah.Bila nampak sahaja mulalah tersengeh-sengeh macam orang kena sawan. Suri..Suri tak boleh den nak tolong.

Ada satu malam tu Abang Shah tak ade dekat surau,  dekat rumah sebelah pun tak nampak sampai demam dibuatnya kronik betul. Kata Asmin aku dah kena penyakit gila bayang. Apa tidaknya sampai tidur pun termimpi-mimpi gila lah tu, habis kronik aku ini.

...

"Asalamualaikum" Alert Suri terus ke depan tak tengok kiri kanan dah siapa makan kat meja makan, siapa melepak dekat ruang tamu semua tak diendah. Abang Shah dah datang hantar makanan dengan adik sepupu dia.

"Waalaikumsalam."Mula lah tu sengih macam kerang terlebih gula.Rafiki yang duduk dekat depan pandang semacam. tadi sengih macam nak tercabut mulut sekarang dah macam nampak harta karun terus bersinar-sinar memang dah berpenyakit Kak suri ni.

"Tok mak bagi lauk, mangkuk tepin tu nak balik ye."

"Nak masuk dulu tak? sebab nak salin lagi ni."Masuk, masuk, masuk doa Suri.

"Tak apalah kawan abang nak datang"Hish tak apalah sekurang-kurangnya ada alasan nak pergi rumah dia kejap lagi.

"Tak apa kejap lagi Suri hantarkan ye."Tengok tu kalau aku cakap dengan aku mata dia mesti tak tengok mata aku. Alim betul.gediks lah kau ni Suri.

Suri cepat-cepat suruh Pn.Zalna isi mangkuk tepin dengan makanan dari rumah mereka tak sabar sudah nak ke sebelah ini.Baik aku bawak Rafiki tak nampak despret sangat huuuuh.

Suri dan Rafiki mulakan langkah ke rumah sebelah yang berapa langkah saja."Assalamualaikum"mereka serentak beri salam.

"Waalaikumsalam", Suri dengan Fiki rupanya masuk-masuk"Ajak Tok mak atas.

"Tak apalah tok mak..."Belum sempat ayatnya habis ada lagi salam dari seseorang Suri beralih pandang pada yang memberi salam.Cun betul perempuan ni.Tak berkelip matanya memandang lawa gila, Siapa ni?

"Hah,Shira dah sampai Shah dah tunggu dari tadi."Sambut Aunt Sal.Ni ke kawan Abang Shah tu? Musykil betul.

"Suri tak masuk?"ajak Aunt Sal pula.

"Eh, tak apa Anti banyak rumah lagi nak hantar."Terus Suri dengan Rafiki bersalam dan berlalu.Rafiki lihat perangai Suri yang ceria terus berubah mendung tiba-tiba.

Ada hati dekat Abang Shah lah tu.

Apalah nasib bila aku suka sahaja mesti dah berpuya lepas tu sikit punya lawa pulak tu kalah actress hollywood,bollywood dan seangkatan wood dengannya.Tak apalah milik orang jangan nak kacau.

Kisah Raya Suri.Where stories live. Discover now