SC! 6

12 0 0
                                    

Suasana di dalam kelas 5 Permata sangat bising memandangkan hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Tipu lah kalau diorang tak nak bercerita pengalaman cuti diorang. *author pun cmtu gak, ahahahah*
Sedang rancak diorang berbual. Ada seorang makhluk Allah di depan kelas sambil acah acah nak bagi pengumuman.

"Weh weh weh wahai rakan rakanku sekalian, sila senyap" jerit Kamal. Tapi seperti kebiasaan budak Kamal ni dipalau oleh kawan kawannya.

"Senyap lah korang!!" jerit Kamal kali kedua. Dan masih dipalau.

"Weh bodoh, senyap lah setannnn!" carut Kamal dengan bengang

"Ehh Mal sejak bila kau berdiri kat situ ?" tanya Fadli dengan bijak

"Wah wah setan ni menyetankan aku" jerit Taufiq membalas carutan Kamal tadi

"Kau dah lama hidup ke setan!" balas Yuni

"Jate ni meme nok mapuh awa" bidas Hanis pula

Dan dengan itu kelas 5 Permata menjadi tempat pasar borong yang bising ya amat! Seorang demi seorang demi seorang mengecam Kamal kerana mencarut tadi. Dan dengan itu juga diisytiharkan bahawa Kamal dijatuhi hukuman palau sampai pengsan *hahaha hiperbola je lebih*

"Weh weh aku sarander, korang ni aku memain je" adu Kamal sambil mengibarkan sapu tangan putih

"Surrender lah bijak" Nazmi membuat pembetulan sambil ketawa

"Ahahahaahaha" seisi kelas ketawa

"Dah dah apa yang kau nak cakap ni Mal" soal Kamelia serius

"Uuuu garangnya akak Mel kita" celah Khairi

"Kau diam" balas Kamelia

"Eh eh aku bukan nak saksikan kesweetan korang ye" Kamal membalas sambil menayangkan muka selenga.

"Bodoh la kau" bidas Khairi dan Melissa serentak

"Uuuuuu" Fadli mengetuai upacara sorakan kepada KhaiMel

"Dah dah straight to the point, apa yang kau nak hebahkan senanya" ujar Kaira sambil memandang ke arah Kamal

"Kan, apa yang aku nak cakap eh, kejap aku pikir. Korang la ni selalu potong aku" Kamal berfikir dengan meletakkan jari ke dagunya

"Lahai hanat ni. Menyakitkan hati aku je keje kau kan" pekik Keisha

"Haaaa, dah ingat dah ingat" potong Kamal sebelum Keisha sempat membuka kelas bebelan percuma

"Sebenarnya kan. Ummm" ujar Kamal dengan suspen kemudian diam

"Sebenarnya kan." ujar Kamal lagi setelah beberapa saat

"Sebenarnya kan." Kamal menahan tawa apabila melihat muka rakan sekelas nya telah berubah

"Walaweh, memain pulak pinggan ni!" jerit Ilya

"Cepat lah bongok" pekik Kaira kerana sudah kehabisan sabar

"Kau cuba la ulang perkataan sebenarnya tu lagi, memang melekat kasut aku kat muka kau sat gi" ugut Taufiq

"Dasar mangkuk ayun"

"Lahnet betul setan ni"

"Cepat la woi"

"Jangan memain la cilake"

Carutan demi carutan dilontarkan buat Kamal. Actually Kamal memang sengaja buat dorang ternanti nanti. Lagipun dia sedia maklum pelajar sekelasnya amat meminati gosip baik perempuan atau lelaki sama je.

Selamatkan Cintaku ! Where stories live. Discover now