SC! 7

7 0 0
                                    

Diyan POV

Pelajar 5 Permata dah siap dengan denda mereka. Fulamak weh boleh lagi diorang bergurau depan teacher walaupun baru kena denda. Awesome ahh classmates baru ak ni.Baru je ak nak sambung monolog, ada suara nyah menegur aku.

"Ehh cikgu, model mana yang cikgu import ni ? " soal seorang budak lelaki yang sengaja kepitkan suara dia

"Apa kamu ni Kamal, cuba guna intonasi yang baik sikit. Kamu jangan cuba cuba mengajar dia jadi sekunyit dengan kamu" tembak Teacher Kayla

Serentak satu kelas terbahak bahak dengan semburan Teacher Kayla tadi.

"Auchhh cikgu, tembakanmu tepat mengena pangkal hatiku, aduh" ujar Kamal dengan sayu la konon. Ok fine sekarang aku dah tau mamat Kamal ni drama queen. Ehhh ehh king la. *muahaahaha*

"Dah dah, sekarang kamu boleh duduk tempat masing masing. Kalau melayan Kamal ni sampai ke esok takkan habis." perli teacher sekali lagi

Kamal di buu oleh kawan kawan dia. Apalagi acah acah nangis la mamat ni. Sambil bersandar bahu ngan kawan dia. Geli geli ak tengok pasangan ni.

"Ya Allah budak ni, dari teacher masuk, korang kena denda, gelak gelak apa semua. Dia still membuta. Tidur mati ke apa, blablablabla" teacher membebel kepada pelajar yang lena tadi

"Qarlissa Kaira Ahmad ! Bangun sekarang. Bangunnnn !" jerit teacher Kayla dengan suara yang lantang.

And guess what ? Dia tak bangun do. Salute ar, budak ni memang tidur mati. Aku tak dapat tengok muka dia sebab ala yang korang selalu buat kalau tidur dalam kelas tu. Yang gaya atomen tu. Haaa yang tu la.

Sekali lagi teacher Kayla panggil dia. And sekali lagi takde balasan. Last last ada sorang budak perempuan pergi kejutkan dia.

And tak sampai dua minit dia dah bangun. Aku speechless weh. Aku agak diorang ni bff la. Oh rupanya ni la anak gajah yang lena tidur tadi.

Semua orang dah pandang budak tadi and dengan innocent nya dia tanya "apa masalah korang ?"

_________________

Kaira POV

Aku baru aje bangun dari tidur tapi aku dengar cikgu Kayla tengah marah marah dekat malaun malaun ni semua. Lepastu, dia denda dorang pusing padang.

Aku yakin punya kalau aku bangun aku pun confirm kena. Aku tak buat salah kot takkan la ak pun terlibat. So aku pun terus pura pura tidur.Boleh tahan lama gak tunggu dorang ni.

(20 minit kemudian)

Aku dah dengar suara kamal dari jauh. Aku dengar pasal budak baru. What ? Budak baru ? Aduh jatuh la mas kahwin aku *ahahahahaaga kaira gedik*

Bangang la si Kamal ni. Kalau aku terbahak kat sini sapa nak tanggung ? Boleh dia buat suara terkepit. Si*l la lawak

Okey sekarang cikgu Kayla dah nampak aku yang konon tengah tidur ni. Dia tengah membebel wei. Lepastu dia jerit panggil nama aku siap nama bapak lagi.

Tapi macam bangang je kalau aku bangun terus. Tak ke kantoi nanti. So aku teruskan acting. Kali kedua dia panggil nama aku.
And aku buat tak endah.

Sampailah ada satu makhluk sy*alan ni pergi berbisik kat telinga aku

"Teruskan lakonanmu wahai rakyat jelata. Beta tahu tuan hamba bercita cita tinggi untuk menjadi pelataik." bisik suara sumbang itu

Haaaa korang dah boleh agak kan makhluk mana?

Aku pun acah acah la baru bangun daripada tidur. Tengah aku dongak kepala, semua orang pandang aku dengan pandangan membunuh. TF !

Aku cuba sehabis baik nak tahan dari gelak. Muka aku kawal supaya nampak innocent. Baru bangkit kan.

"Apa masalah korang" soal aku dengan innocent. Hanis dah buat muka menyampah kat tepi aku ni haa

"Saya nak kamu berdiri sekarang juga" kata cikgu Kayla sambil menahan sabar. Apa kata orang orang tua ? Jangan disimbah petrol je dalam api ? Ahh pape je lah. Sebagai pelajar yang berdedikasi, aku pun ikut la arahannya tanpa sebarang bantahan *hanjing kau Kaira hahahaha*

Sambil sambil tu aku pun mencari pelajar baru tu. Tinggggg ! Haaa tudia. Hurm not bad la. Patut la Kamal cakap model tadi. Tapi student baru ni still tak leh lawan laki aku Enzo Carini.

Sekarang dia tengah tengok ak. Aku pun tengok la balik. Apa dia ingat aku akan kalah. Heh tak boleh jadi ni. Dia tak nak mengalah.

"Apa kau pandang pandang ? Tergoda ?" aku just nak melawak tapi

"Buuuuuuuuu" bunyi sorakan melampau yang diketuai Kamal

Betapa sadisnya hidupku *sobsobsob*

_________________

Diyan POV

Tengah aku lawan pandang dengan dia. Tetiba dia boleh tanya sama ada aku tergoda tak dengan dia. Speechless kejap aku. Dah la dengan selamba badak camtu je dia tanya.

Yang sadisnya dia kena buuu bertalu talu dengan kawan kawan dia. Hahaha yang ni lawak. Diorang memang sehati sejiwa la.

"Dah dah la tu semua, ni haa saya datang sini nak kenalkan pelajar baru. Bukan nak layan perangai korang yang tak semenggah ni." kata kata amaran dikeluarkan daripada cikgu Kayla

Dan kelas pun kembali sunyi. Semua tengah tengokkan aku. Okey agak awkward disitu.

"Haa kamu Diyan, sila kenalkan diri" teacher Kayla menyuruhku intro

"Hello guys, my name Syed Diyan Anaqi bin Syed Amirul, I lived at Johor Bahru before and i moved here because i had some matters. Now I live with my grandmother. I was Nek Mah grandson. That's all from me. Any question ?" aku memperkenalkan diri in english sebab dulu di SM TENGKU MAHKOTA aku diajar begitu

*krik krikk krikkkkk*

"Bapok ahhh bi dio. Lacar gilo. Buleh doh wak tok laki ni" tempik budak perempuan yang lain. Bahasa mana yang dia cakap ni. Asal weird sangat. Aku tak faham sepatah haram pun.

"Wei cakap biasa dah la. Aku ni subjek bi failed kau tau tak?" bangkang Taufik

Ohhh patutla bunyi cengkerik tadi rupanya diorang tak biasa. Dah namanya sekolah kampung, asal aku intro in english. Sekarang ni diorang ke aku yang bodoh ?

"Ok ok sorry guys. Aku ingat korang boleh faham. Sekali lagi aku perkenalkan diri.

Nama aku Syed Diyan Anaqi bin Syed Amirul. Sebelum ni aku tinggal kat Johor Bahru and aku pindah sini sebab ada masalah sikit. Aku tinggal kat sini dengan nenek aku. Oh ya in case kalau korang kenal, orang panggil nenek aku as Nek Mah." Haaa ambik kau, dengan nenek nenek ak introkan. Bunyi dorang meng "ooooo" kan dengan panjang. So dorang kenal la kan dengan nenek.

"Korang boleh panggil aku Diyan. Ada apa apa soalan ?" sambung aku. Ada seorang budak perempuan yang angkat tangan. Aku just anggukkan je.

"Islam ke? " soal budak tu. Aku dengan blur anggukan je la kepala

"Assalamualaikum" seisi kelas memberi salam padaku.

Dushhhh terkena batang hidung aku wei. Salah aku jugak tak bagi salam pembuka tadi.

"Okey soalan lain sila tanya kemudian ye. Cikgu ada kelas sekarang ni. Ok Diyan, kamu boleh duduk sebelah Baim ye. Sebelah dia kosong." kata teacher Kayla sambil berura ura nak pergi

"Errr teacher, yang mana satu Baim ?" tak patut langsung dia nak tinggal aku camni

"Oh yea, baim sila angkat tangan. Haaa tu dia baim. Belakang dia tu puteri beradu kita tadi" ujar teacher Kayla

Ok nampaknya teacher still tak puas hati dengan budak nama Kaira ni. Aku pun nampak muka Kaira merah merah. Entahla marah ke malu.

"Oh ya, satu lagi cikgu nak kamu semua berbaik baik dengan Diyan okey. Yang pasti jangan membuli. Boleh kamu semua ?" teacher Kayla memberikan ugutan kepada pelajar 5 Permata

"Boleh" jawab mereka serentak

Lalu teacher Kayla pun tergesa gesa meninggalkan kelas memandangkan dah lambat untuk ke kelas 2 Intan.

Okey guys, author akan cuba cari masa untuk selalu update ye. Jangan marah haaa *hahahaha*

TRULY,
THEBELLASHAIN

Selamatkan Cintaku ! Where stories live. Discover now