SC! 5

21 0 0
                                    

Kaira sedang melangkah untuk ke sekolah. Kejadian beberapa hari yang lepas masih menghantui fikiran Kaira. Intan dan maklang nya takde tanda tanda nak menghentikan cacian dan kutukan kepada Kaira. Tujuan mereka hanya satu iaitu supaya Kaira tinggalkan rumah kerana diorang menganggap Kaira ni pembawa malang.

"Bila pak lang nak balik ni. Aku dah tak sanggup nak mendengar cacian maklang aku yang tersangat baik hati ni." keluh Kaira

Sambil mengeluh Kaira tengah bersiap untuk ke sekolah. Dia bersiap dengan tergesa gesa sebab terlambat bangun pagi tadi. Tu pun sebab maklang dia yang paksa suruh cuci tandas tengah-tengah malam buta tu. Kaira dah agak tu memang modal ibu saudaranya untuk terus mendera mentalnya.

"Kau ni bersiap mengalahkan Permaisuri, muka bukannya cantik sangat pun. Kalau nak dibandingkan dengan anak aku, dia seribu kali lagi cantik dari kau. Kau tau tak?" jerkah Puan Suri di hadapan pintu bilik Kaira

"Dah dah kalau tunggu kau bersiap, memang kebulur aku dengan anak aku. Kau pergi masak sekarang. Kalau kau tak turun dalam kiraan sepuluh siap kau" tempik Puan Suri lagi

"Ish bising la orang tua ni, semalam kau juga yang tak bagi aku tidur awal. Lepastu nak marah marah orang pulak" desis Kaira

"Wei kau buat apa lagi tu, mak aku dah kira sampai 6 dah ni. Kau memang cari pasal kan" giliran Intan pulak yang nyaring memanggil

Memang dah kebiasaan dua beranak ni selalu test vokal di pagi hari. Jiran-jiran pun dah terbiasa dengan kekurang ajaran mereka ni. Jiran-jiran pun tak berani menegur sebab Puan Suri dengan Intan ni memang lantang bersuara. Orang tegur sikit, diorang balas dengan hinaan yang serupa dengan peluru berpandu tu.

Mereka pun malas nak merosakkan mood di pagi hari. Dibiarkan aje la dua makhluk ni melalak melolong menyuruh Kaira membuat itu dan ini. Terbit juga rasa kasihan kepada Kaira yang kadang kadang lebam di badan itu. Tapi mereka hanya mampu berdiam diri kerana tidak mahu dicop 'busybody'kerana mencampuri hal peribadi keluarga orang lain.

"Yeye Kaira dah siap ni" jawab Kaira dengan laju menuruni tangga dan terus ke dapur untuk memyediakan sarapan

*usai bersarapan*

Kaira melihat jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Memandangkan waktu persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi. Dia masih mempunyai banyak masa untuk ke sekolah.

Tapi sebelum Puan Suri nampak kelibat dia. Lagi baik dia cepat-cepat cabut. Sementara banyak masa lagi boleh la dia pergi ke tempat kegemarannya sambil meluahkan perasaan.

"Kenapa lah hidup aku macam ni" Kaira mengeluh sambil berjalan ke tempat kegemarannya

"Umi dengan Walid kenapa cepat sangat tinggalkan Kaira. Kaira tak puas lagi bermanja dengan umi walid. Kaira sedih bila dapat tahu umi dengan walid terkorban dalam kemalangan tu. Kenapa umi dan walid yang harus pergi. Dan kenapa bukan orang lain" ujar Kaira seperti sedang menyoal takdir

"Umi dengan walid tahu tak, Maklang dengan Intan selalu dera fizikal dan mental Kaira. Kadang Kaira rasa tak sanggup nak tinggal kat situ lagi. Tapi Kaira selalu teringat layanan baik Paklang. Paklang selalu layan kerenah manja Kaira, Maklang pulak kalau ada Paklang dia akan layan Kaira ni macam Princess. Kaira rasa bersalah pulak nak mengadu pasal Maklang." ujar Kaira lagi dalam sendu yang cuba ditahan

"Kaira janji dengan umi dan walid yang Kaira tak kan pernah berputus asa dalam hidup Kaira, Kaira akan selalu tabah. Dan Kaira juga janji Kaira akan capai cita-cita Kaira supaya orang lain tak kan boleh nak pijak kepala Kaira lagi. Kaira janji !" Kaira cuba untuk menanam semangat dalam dirinya

Disitulah tempat yang setiap pagi Kaira akan lawati. Walaupun ramai yang cakap tempat ni berpuaka. Tapi dia sedikitpun tidak kesah dengan semua tu. Kerana di tempat inilah telah disemadikan jasad umi dan walid nya. Iaitu 'Tanah Perkuburan Batu Dua' . Dan disini juga lah dia sering menanam azam dan semangat agar terus tabah dalam hidupnya. Disini dia terasa umi dan walid nya seperti memerhatikan nya. Kaira akan merasa tenang dengan persekitaran di sini. Tidak ada sedikitpun rasa takut dan gentar di hatinya walaupun dia berada di kubur sendirian seawal jam 6.50 pagi.

Selamatkan Cintaku ! Where stories live. Discover now