Tersingkap Segalanya
Terang Dan bersuluh
Balikkan Kepuraan
Bicara Yang palsuMemusnahkan Perasaan ini
TerhadapmuTernyata Hakikatnya amat memedihkan
Terlucut Semuanya harapan untukkuKemanakah Sumpah dan setia
Yang Pernah mengikat hatimu
padakuKau Telah dikaburi
Dengan Sekadar budi dan janji
Yang Telah ditaburi
Hingga Aku terusirAku Yang berusaha
Mengharap Kau kan setia
Namun Kau berpaling
Dan Aku tersiaKemanakah
Sumpah Dan setiaTernyata Hakikatnya amat memedihkan
Terlucut semuanya harapan untukkuKemanakah
Sumpah Dan setiaYang Pernah mengikat
hatimuKau Hancurkan
Segala JanjimuKau Telah dikaburi
Dengan Sekadar budi dan janji
Yang Telah ditaburi
Hingga Aku terusirAku Yang berusaha
Mengharap Kau kan setia
Namun Kau berpaling
Dan Aku tersiaKemanakah
Sumpah Dan setia
Yang Pernah mengikat hatimu
PadakuNasha menyanyi lagu Kepuraanmu nyanyian Iqmal Faiz dengan penuh perasaan sambil mencuci kereta kesayangan di halaman rumahnya.
Tanpa disedari Nasha, ada seseorang yang sedang memerhatinya sambil tersengih - sengih. Susuk itu mendekati Nasha dengan perlahan sekali. Nasha masih bernyanyi dengan penuh emosi sambil menggosok kereta seakan-akan menyental kotoran yang degil pada pakaian yang kotor.
Susuk itu masih menghampiri Nasha dengan perlahan. Ia seakan menunggu masa yang sesuai untuk menerjah Nasha. 1..., 2..., 3... Dia masih diam sahaja di belakang Nasha. Akhirnya, waktu yang ditunggu tiba...
Nasha menoleh ke belakang apabila berasa seperti ada sesuatu di belakang. "Arghhhhh !!! Mak, tolong Sha !!! Ada hantu !!!" Nasha menjerit sekuat hati.
"Shhhh !!! Jangan menjeritlah makcik !! Sakit telinga aku yang berharga ini. Baru terkejut sikit, menjerit sampai satu taman dengar suara kau yang macam mak ponti tu. Relakslah, aku je pun," kata Sheila sambil menekup mulut kawan baiknya itu.
Sheila kemudiannya melepaskan tangannya dari terus menekup mulut Nasha. Nasha mengelah nafas lega sambil matanya menatap tajam Sheila.
'Kau ni kan, Sheila. Memang nak kena luku dengan aku gamaknya. Selalu sangat terkejutkan aku. Tak ayu aku time menjerit tadi. Kalau bakal mak mertua lalu tadi, double confirm kena reject. Jatuh standard aku!'
"Kau ni kan memang takda kerja lain eh. Asyik terkejut kan aku je ! Kau nak aku mati sebab kena serangan jantung ke apa hah?" Nasha menggosok dadanya secara perlahan.
Sheila ketawa besar tanpa rasa bersalah langsung. "Kenapa kau kelakar sangat hah beb ? Bila terkejut sikit je, mesti cakap ada hantu. Kau dah pernah nampak hantu ke sebelum ini ? Sampai muka best friend kau yang cantik macam Yoona Girls Generations ni kau cakap macam hantu." Sheila berposing seperti model di runway.
Nasha membuat mimik muka ingin muntah sebaldi, eh bukan sekolam sahaja kerana perangai Sheila yang suka perasan itu. Sheila itu peminat setia Yoona Girls Generations sebab itulah sampai perasan yang muka dia secantik idolanya itu.
YOU ARE READING
Encik Suami Mr. Hati Beku!!
RomanceNasha Ilaina - Seorang ejen insurans. Mempunyai ramai secret admirer tetapi dia buat tak tahu saja. Dia tidak suka bercouple. Dia lebih suka bercinta selepas nikah. Matlamat hidupnya yang paling utama adalah membahagiakan keluarganya dan memiliki se...